Tuesday, August 8, 2017

Mini Gemaputera : Ipoh Mali... Ipoh Ipoh Mali....

Bismillah...

Begitu lama saya tak jejakkan kaki ke Ipoh rasanya selama 15 tahun... sejak dari saya habiskan pengajian saya di sana. Banyak perubahan mengikut peredaran masa. Ya 15 tahun satu tempoh masa yang cukup lama. 

Tapi ada bangunan yang masih kekal dan ada penambahbaikan bangunan yang sedia ada.. ada yang telah di robohkan di gantikan dengan bangunan baru. Apa pon bandar Ipoh masih kekal seperti dahulu... orang-orang ipoh saja yang tau tradisi Ipoh Mali...... hehehe.....

Aku ke Ipoh kali ini di sebabkan adanya pertandingan sukan Tenpin Boling antara PKEN PKEN Negeri yang mana Ipoh, Perak menjadi tuan rumah untuk sukan Mini Gemaputera yang pertama kali di adakan di sana. Manakala Grand sukan Gemaputera InysaAllah akan di adakan di Perlis  pada bulan Mac 2018 ini merangkumi semua sukan antaranya Badminton, Golf, Futsal, Sepak Raga, Netball, Karoom dan semestinya Ten Pin Boling.

Friday, July 21, 2017

Trip Laut Dalam : Mengalun

Bismillah..

Wow punya lama saya tidak menulis blog. Tahun ni dan kali ni akan di usahakan untuk menulis kembali dan kembali dan kembali lagi.

Dengan azam baru ni, aku stick saja untuk satu blog tapi aku campurkan sudah blog² senaman, memancing dan photography aku semua sekali dalam blog ini saja. Bukan apa x boleh manage kalaul terlampau banyak blog hehe.

Sebagai intro penulisan bagi tahun 2017 ini aku ingin menulis mengenai trip memancing aku ke laut dalam yang sekian lama juga tidak beraksi lebih kurang setahun.

Trip laut dalam yang di atur pada 14-16 julai 2017 kali ini banyak dugaannya hehe sebelum perjalan hingga la sampai waktunya.

Pada mulanya trip ini penuh 10 org dengan kadar sewa kapal RM3200 dan di terajui oleh Tekong Din (Fav Tekong aku). Apakan daya seminggu sebelum perjalanan, 1 per satu rakan tarik diri sebanyak 3 org dengan sebab dan alasan yang munasaba. Mereka bukannya saja-saja nak tarik diri tapi ada komitment lain yg lebih penting yg perlu di selesaikan. Dengan baki 7 org menyebabkan trip ini hampir-hampir tidak jadi jalan, Mana tidaknya RM3700 di bahagikan dengan 7 orang, mau kopak juga poket tu... da gaji bulan 7 ni belum masuk sebab hari raya gaji awal bulan 6 so nak tunggu gaji bulan 7 selama 44 hari lama wo, kalah berpantang hehe.

But itulah orang, kawan biar ramai tapi musuh jangan di cari. Dengan bantuan rakan-rakan pancing dari pelusuk Kota Kinabalu, akhirnya dapat dia tampung 3 orang, tapi 2 hari sebelum jalan seorang lagi tarik diri dan akhirnya kami 9 orang semuanya pada trip kali ini. Kalau 9 orang tu x la sakit sangat nak membayonya hehe. 

Memandangkan cuaca tidak seberapa elok kami menuju ke Perairan Mengalun yang tidak berapa jauh dari daratan dan memancing hanya pada kedalaman 40-60meter saja. Apa pun yang menariknya perairan Mengalun ni, ikannya banyak dan tidak boleh diduga pengguninya cuma bagi orang yang macam aku ini yang tidak berapa lasak kalau berada di atas air, lagi-lagi pulau Mengalun yang perairannya tanpa henti beralun aka bergelora membuatkan aku mabuk teruk pada trip kali ini haha.

Ok lets da pic pula bercerita.. enjoy...

Dari Kiri - Johnny, George, Suzaimi, Rayner, Gemel (duduk), Brenda (duduk), Jack, Husain dan akhir sekali saya.



Yes biar pun mabuk mancing tetap mancing. Muntah muntah tu pening pening perkara biasa bagiku yang memang gemar memancing dan kurang lasak apabila berdepan dengan alunan dan tiupan angin lautan yang kuat apabila berada di pertengahan laut yang dalam. Goncangan dan goyangan ini baru sedikit jika di bandingkan di kiamat kelak. Itulah menjadi peganggan ku yang membuatkan aku tidak kisah apabila aku mabuk dan pening ketika memancing di laut dalam.
Bon kalau tengok sekilas dia ni macam Mr. Ben. Awak-awak kapal yang rajin menolong dan setia dengan tekongnya


Saudara Husain. Dengan Suno nya, Alhamdulillah 5KG woooooo.

My Bro. Dia lah banyak membantu aku ketika aku mabuk di lautan, TQ so much hehe. Bia pun tutup muka di sebabkan panas tapi aku yang wajah senyuman kepuasan dengan mendaratkan dua ekor Suno seberat 4.6Kg dan 3KG.

Saudara Suzaimi dengan Sunonya. Aku tak pasti berapa KG ni hehe.

Apapun itu saja saja gambar yang dapat di kongsi untuk kali ini. X banyak ambil gambar maklum la mabuk kan hehe. Thanks semua rakan-rakan pancing semua. Alhamdulillah  tanpa anda semua trip kali ini tidak akan berjaya. Terima kasih sekali lagi.

Wednesday, April 16, 2014

Exabytes Network Hosting yang di percayai

Exabytes

Di percayai dari segi macam mana? aku sebagai webmaster bagi tempat aku bekerja telah meletakkan webhosting, domain serta email kami di bawah jagaan exabytes network ini sejak 2012.

Dari pakej GoldBiz akhirnya berpindah kepada Bizz pakej yang mana kami memerlukan ruangan yang besar untuk eMail kakitangan yang seramai 92 orang pada waktu itu.


Kemasukkan aku di SEDCO pada 2012.  Aku mendapat tahu yang SEDCO telah membeli domain  www.sedco.com.my tapi sayangnya domain ini tidak di gunakan dan tidak di aktifkan buat masa itu menyebabkan website SEDCO menumpang domain daripada sabah.gov.my yang menjadikan URL pada waktu itu www.sabah.gov.my/sedco.

Dengan perpindahan domain dari KKIP ke Exabytes Network akhirnya domain www.sedco.com.my berjaya di bangunkan. 

Apa yang menarik selama aku menggunakan perkhidmatan dari pada Exabytes Network ini ialah mereka akan melayan anda dalam bahasa english, tapi maklumlah english aku bukannya lancar sangat dan aku akan berbahasa melayu dengan mereka dan pada waktu itu mereka yang berusaha bercakap dalam bahasa melayu sedangkan mereka tidak fasih sangat berbahasa melayu. Dan lagi best perkhidamatan 24H boleh hubungi sekiranya anda mengalami masalah dari segi web down, email down dan apa-apa lagi yang break down.

Apapun untuk pengetahuan anda, sekiranya anda berminat untuk mencuba perkhidmatan mereka, anda boleh mencuba 3 bulan secara percuma untuk Dedicated Server. So tunggu apa lagi rebutlah peluang percuma ini untuk mencuba membangunkan web , email, domain anda secara percuma untuk menilai sendiri kelancaran menggunakan perkhidmatan Exabytes Network ini. Untuk mencuba perkhidmatan ini anda boleh terus klik Exabytes Network Sdn Bhd ataupun KLIK SINI

Exabytes