Wednesday, April 16, 2014

Exabytes Network Hosting yang di percayai

Exabytes

Di percayai dari segi macam mana? aku sebagai webmaster bagi tempat aku bekerja telah meletakkan webhosting, domain serta email kami di bawah jagaan exabytes network ini sejak 2012.

Dari pakej GoldBiz akhirnya berpindah kepada Bizz pakej yang mana kami memerlukan ruangan yang besar untuk eMail kakitangan yang seramai 92 orang pada waktu itu.


Kemasukkan aku di SEDCO pada 2012.  Aku mendapat tahu yang SEDCO telah membeli domain  www.sedco.com.my tapi sayangnya domain ini tidak di gunakan dan tidak di aktifkan buat masa itu menyebabkan website SEDCO menumpang domain daripada sabah.gov.my yang menjadikan URL pada waktu itu www.sabah.gov.my/sedco.

Dengan perpindahan domain dari KKIP ke Exabytes Network akhirnya domain www.sedco.com.my berjaya di bangunkan. 

Apa yang menarik selama aku menggunakan perkhidmatan dari pada Exabytes Network ini ialah mereka akan melayan anda dalam bahasa english, tapi maklumlah english aku bukannya lancar sangat dan aku akan berbahasa melayu dengan mereka dan pada waktu itu mereka yang berusaha bercakap dalam bahasa melayu sedangkan mereka tidak fasih sangat berbahasa melayu. Dan lagi best perkhidamatan 24H boleh hubungi sekiranya anda mengalami masalah dari segi web down, email down dan apa-apa lagi yang break down.

Apapun untuk pengetahuan anda, sekiranya anda berminat untuk mencuba perkhidmatan mereka, anda boleh mencuba 3 bulan secara percuma untuk Dedicated Server. So tunggu apa lagi rebutlah peluang percuma ini untuk mencuba membangunkan web , email, domain anda secara percuma untuk menilai sendiri kelancaran menggunakan perkhidmatan Exabytes Network ini. Untuk mencuba perkhidmatan ini anda boleh terus klik Exabytes Network Sdn Bhd ataupun KLIK SINI

Exabytes

Tuesday, April 15, 2014

Take care of your body . It's the only place you have live in...


Mana lebih penting kecantikan luaran atau kesihatan dalaman? Bagi aku dua-duanya penting tapi aku lebih mengutamakan kesihatan dalaman, apabila dalaman sihat secara tidak langsung akan menyihatkan kulit luaran kita secara semulajadi. 

Baru-baru ni isteri aku ada mengenalkan aku satu produk untuk aku cuba iaitu Phyto Fiber ia bukan keluaran daripada Phyto Science tetapi keluaran PHHP (People Happily Help People). Kenapa aku perlu minum benda ni? Bliss, Yakult aku da minum bersihkan usus aku dan Detox aku sendiri pun boleh buat. Lebih-lebih lagi aku yang 6 kali senaman dalam semingggu perlu ka aku minum ni? Takkan aku yang kerap senaman perlu juga minum ni? Takkan aku yang jaga makanan perlu juga minum benda ni? Soalan aku pada isteri tersayang. Apapun isteri ku hanya tersenyum, "cuma minum dulu satu paket, nanti tengok apa perubahannya" - kata isteriku.


Kurang dari 12 jam aku sudah rasa ada perubahan dalam badan aku. Aku kerap masuk ketandas membuang kotoran yang selama ini sangkut di cela-cela usus aku. Macam tidak percaya tapi itulah apa yang aku alami sendiri dan apa yang paling penting, lemak di bawah pusat merupakan lemak yang degil dan sukar di buang bagi siapa yang melakukan senaman perut pun boleh susut dengan ketara sekali. Wao... dalam masa 1 minggu saja aku melakukan senaman yang selalu aku buat. Lemak perut di bawah aku susut dengan pantas sekali tapi berat badan aku pun turun 2kg. Aku rasa lemak atau kotoran yang terlonggok dalam usus aku punya berat tu sebanyak 2kg telah di buang hehehe.

Apapun terima kasih pada isteri tersayang kerana memperkenalkan aku produk ini. Perut jangan cakap la, lebih selesa dari dulu dan lebih... SHREEDED hehehe.... siapa faham tu baguslah.

Boleh rujuk dan  iklan yang isteri aku buat mengenai Phyto Fiber ni terima kasih.
Sila Klik ->  PHHP Phyto Fiber


Monday, April 7, 2014

Hari Kesihatan Sedunia


Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 april setiap tahun, dengan tajaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pada tahun 1948, WHO mengadakan Perhimpunan Kebangsaan Sedunia pertamanya, dan memutuskan agar 7 April disambut sebagai Hari Kesihatan Sedunia setiap tahun, mulai tahun 1950. Hari Kesihatan Sedunia disambut untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan global semasa yang khusus - Sumber dari wiki.

Sebenarnya aku pun baru tahu yang wujudnya hari kesihatan sedunia ni. Itu pun dari corong radio. Maklumlah kesihatan tu harus sentiasa di jaga tanpa menunggu hari kesihatan sedunia. Tapi bila aku terdengar hari kesihatan sedunia ni, terus menarik minat aku untuk menulis di blog aku ini.


Bila bercakap mengenai kesihatan ini, ada orang mula berfikir diet... diet... dan diet... . Sebenarnya apa itu diet? Adakah dengan diet menjamin kesihatan? Bagi aku, aku pecahkan pemahaman diet dan menjaga makan.

Diet - tak boleh makan nasi, x boleh makan fast food, x boleh makan berminyak, x boleh minum bergas, x boleh .. x boleh... x boleh dan x boleh... jadi makan apa? (@.@)

Menjaga makan - Makan seperti biasa juga tapi di kawal kuantiti pemakanannya. Takkan kita orang Malaysia, yang sumber utamanya makan nasi x nak makan nasi? Buang jauh-jauh fahaman makan nasi bikin gemuk tu. Nasi tu sumber tenaga hehehe. Tak kan x nak makan chess cek oreo tu... adoi sedap tu hehehe.. tapi ingat kuantiti di makan tu macam mana.


Sejak tahun 2013 aku mula perasan yang bersenam ini menjadi ikutan dan gaya hidup. Walaupun tidak semua tapi perubahan ketara boleh di lihat. Dengan zumba, berbasikal, gym, jog, dan bermacam lagi yang mana aktiviti ini menjadi trend a.k.a ikut-ikutan tidak mengira usia, gemuk kurus dan jantina. Alhamdulillah x kiralah jenis bersenam apa yang kita lakukan yang penting kita ada bersenam.

 
Bila cakap bersenam ni. Berapa kerapkah anda bersenam selama seminggu? 1x seminggu, 2x seminggu, 3x, 4x, 5x, 6x atau non-stop sentiasa bersenam tiap-tiap hari? ataupun anda bersenam bila nak kahwin, bila nak menghadiri sesuatu function, atau bila mengikuti pertandingan atau kejohanan yang kecergasan anda amat diperlukan?


Apa pun yang anda lakukan yang penting, jangan lupa bersenam. Bersenam untuk kesihatan kita juga. Biarla sedikit daripada tiada langsung. Selamat hari kesihatan sedunia.








Wednesday, April 2, 2014

SEDCO masih menjadi pasukan elit dalam arena 10 Pin Bowling di antara Pembangunan Kemajuan Ekonomi Negeri

Assalammualaikum...

Sukan Gemaputera yang berlangsung selama 3 hari di Negeri Pahang merupakan lembaran baru bagi aku sebagai atlet bowling SEDCO dengan cara permainan iaitu "Hook".



Perjalanan dari KLIA ke Pahang memakan masa lebih dari 5 jam. Ianya satu tempoh perjalan yang agak panjang dan jauh serta amat memenatkan walaupun kami menaiki bas yang telah di sediakan khas. Alhamdulillah sepanjang perjalanan, kenderaan yang kami naiki tidak mengalami sebarang masalah walaupun di sepanjang perjalanan ada kelihatan kemalangan-kemalangan kecil sepanjang perjalanan. 

Bas yang di sedia khas untuk kontinjen SEDCO

Walaupun waktu menunjukkan 6.10pm, langit masih kelihatan cerah bagi semenanjung Malaysia. Berbeza bagi negeri Sabah waktu ini sudah menandakan hampirnya waktu Maghrib.  Pengurusan hotel M.S Garden amat bagus sekali. Kami tidak perlu menunggu masa yang lama untuk mendapatkan tempahan bilik masing-masing. No.903 merupakan bilik aku bersama En. Husain (pengurus serta pemain bowling) dan En. Helmi (pemain futsal). 

Selesai dari menguruskan apa yang patut, kami satu pasukan terus ke gelanggang bowling yang terletak hanya bersebelahan bangunan dari tempat kami menginap. Dengan erti kata lain, kami masing-masing kena tarik beg bowling sendiri ke gelanggang bowling... sebabnya hanya 5 minit da sampai ke gelanggang bowling.

So biarla gambar menceritakan sepanjang kejohanan yang berlangsung di Kuantan, Pahang :-

En. Suhaimi ingin melakukan lontaran di hari pertama latihan di Megalanes

Sesi latihan di hari pertama.

Sesi latihan di hari kedua

Sesi latihan di hari kedua.

Meraihkan hari lahir Pn. Leena. Salah seorang pemain wanita SEDCO.


Hari pertama 8.00am acara ber-Empat Lelaki dan Perseorangan Wanita.

Double SEDCO En. Faizal & En. Marzuki

Trio SEDCO En. Suhaimi, En. Husain dan En. Gilbert

Supporters dari Team Carom SEDCO

Secara rasminya aku menjadi Hook Bowler di Gemaputera.

Trio Wanita SEDCO Gangsa.

Ber-Empat Lelaki Emas


Team SEDCO Group Photo last day of tournament.

Majlis Penerimaan Pingat Emas bagi kategori Ber-Empat Lelaki.

Team SEDCO. No.2 Overall winner.

Bowling Mens team sewaktu majlis penutupan.

Celebrate kemenangan. Semua penuh keceriaan.

Gambar kenangan bersama medal masing-masing.

Wednesday April 2, 2014 - Sabah Times News Paper cutting
We Deserve it

Thanks to all Team SEDCO from our GGM, netball, futsal, carom, golf for supports us. And specially thanks to SEDCO bowlers En. Husain selaku pemain dan juga pengurus, Marzuki, Gilbert, Ahmed, Jaundi, Suhaimi, Ben, Faizal, Leena, Maurine and Norazah dengan kerjasama semua kita berjaya mendapat tempat ke.2 secara keseluruhan. Thank you. Train hard, work hard and get ready for 2016. Insya Allah.