Monday, March 24, 2014

SEDCO sending 68-member contingent to 13th Gemaputera Games

Saturday March 22, 2014 - Sabah Times News Paper cutting 

Bismillah dan assalammualaikum sebagai pembuka bicara. Wa tanpa aku duga, SEDCO menghantar 68 kontingen ke pertandingan Gemaputera kali ini. Pertandingan GEMAPUTERA ini adalah sukan di antara Perbadanan Kemajuan Negeri di semua 13 negeri yang terdapat di Malaysia. SEDCO merupakan wakil dari negeri Sabah yang mana bukan hanya kakitangan SEDCO tetapi ada bakat-bakat yang hebat-hebat dari anak syarikat SEDCO itu sendiri akan mewakili SEDCO.

Walaupun gambar dari media cetak ini berbayang dan kurang jelas wajah-wajah yang para atlet dan pegawai, tapi semangat yang ditonjolkan sewaktu penyerahan bendera jelas terpancar.

Sebahagian atlet dan pegawai pengiring yang hadir dalam penyerahan bendera pasukan SEDCO

Semoga semua memperolehi kejayaan. Menang atau kalah adat permainan yang penting akhlak kita sebagai atlet dan imej sebagai warga SEDCO yang haruslah di utamakan.

Good Luck All The Best. SEDCO Gemilang, SEDCO Di Julang!!!

Monday, March 10, 2014

Collection : Droplet Photography

Bila berkata mengenai kamera, ramai di luarsana akan berhujah tentang jenis kamera yang mereka gunakan, fanatik brand akan memperjuangkan brand kamera yang di gunakan dan pelbagai lagi perdebatan yang akan di panjangkan sehingga tiada garis penamat.

Bagi aku pula, kamera yang terbaik ialah sebuah kamera yang dapat mengambil gambar di masa yang tepat. Bukan sekadar dapat mengambil gambar bayi, gambar pemandangan.. tetapi di saat-saat kamera itu dapat menangkap gambar yang kita sendiri pun tidak perasan akan masa tersebut. Sebagai contoh asap sebelum ia hilang ke udara dan juga titisan air.

Here some pix yang pernah aku ambil dalam droplet photography ni...

Droplet. Titisan air yang keluar dari paip air

Sphere. Pergerakan pertama di permukaan air yang terkena dari titisan air.

The Crown. Bulatan air menjadi pecah hasil daripada tekanan graviti.

Aku mengambil masa yang agak lama juga mempelajari teknik ni. Walaupun kurang sempurna tapi aku amat berpuas hati dengan hasil yang aku perolehi.



Monday, March 3, 2014

Collection : Macro Photography



Macro photography ini merupakan aktiviti menembak yang aku paling gemar berbanding landscape, portrait dan lain-lain. Aktiviti ini begitu mencabar sekali untuk di lakukan bukan maksud aku landscape dan portrait itu tidak mencabar, tapi bagi aku macro ini lebih mencabar dari aktiviti menembak yang lain. 

Bila bercakap mengenai macro ni, ianya berkaitan dengan kelajuan dan kesabaran. Kelajuan dari segi cahaya flash, kelajuan dari segi kita button trigger, ketepatan waktunya, shutter speed dan banyak lagi yang berkaitan dengan kelajuan ni. Manakalah sabar tu menunggu waktu yang sesuai untuk menembak objek. Tanpa kesabaran hasil yang di perolehi kurang memuaskan.

Here some pix yang pernah aku ambil dalam bidang macro photography ni terutamanya menembak serangga...
Fly - tengah senak agaknya

Ant - Sewaktu aku menembak serannga ni dia seolah olah ingin melakukan serangan terhadap lensa aku. Maklumlah kawasannya di ceroboh.

Spider - Bila tengok lelaba ni teringat aku War of the Worlds. Macam alien punya mesin saja yang menangkap manusia.

Dragon Fly - Ini adalah gamba macro yang aku menang sewaktu pertandingan yang di adakan di Flickr dengan bertemakan Dragon Fly. Aku pun tidak duga boleh menang gambar ni. Alhamdulillah

Jumper - Sibianor Aurocinctus adalah nama gelaran bagi jumper jenis ini.

Dengan berkecimpung dalam dunia macro ni, alhamdulillah aku banyak mempelajari cara mengendali kamera DSLR ini.