Tuesday, May 28, 2013

Pulau Tiga da Survivor Island

 Group photo by iPhone 4

Its been a long time aku x menulis dalam blog aku ni hehehe. So here da 1st post dalam blog ni bagi tahun 2013.

Destinasi ke Pulau Tiga ini adalah satu aktiviti yang di anjurkan oleh AJK ICT dengan kerjasama AJK Sosial KIPS di tempat aku bekerja. CORE Major aktiviti ini di jalankan bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana capaian Network yang di perolehi di Pulau Tiga tersebut memandangkan pulau tersebut di kenali sebagai Da Survivor Island.

Setibanya kami di sana, aku memulakan percubaan Network yang mana ada 2 benda yang anda harus tahu ketika berada di Pulau Tiga ini. Pertamanya, pada waktu siang capaian Network amat jelas dan mudah sekali untuk mencapai signal 3G bagi Maxis dan Celcom manakala Edge bagi pengguna Digi. Keduanya pada waktu malam, signal tersebut amat sukar d perolehi. Walaupun pada waktu siangnya hujan tetapi signal tetap baik manakala cuaca waktu malam amat baik sama sekali tetapi signal amat teruk sekali. Adakah ini di sebab kan... JENG JENG JENG... pada waktu malam? biarlah ianya menjadi misteri.. hehehe...

Walaupun aku bawa kamera aku tapi aku kurang menembak pada waktu ini melainkan menembak dalam air hehehe kerna ini merupakan aktiviti menembak pertama kali aku lakukan di dalam air. Enjoy da pix...

Rakan kerja ku selepas mandi lumpur. Gambar by iPhone 4 (screen capture saja)

Group photo sebelum kami bertolak ke tanah besar. Gambar by EOS 7D

Aqil in da House. Inilah yang aku katakan aktivti menembak dalam air membuat aku teruja.

Saudara Faizal. Wowow kagum aku dengan dia ni walaupun kurang sihat tapi tetap bersemangat bagi menjayakan aktiviti ini.

 Saudara Said. Memang orang laut dia ni hehehe. Is Tidi Na hehehe...

Saudara Jaundi. Orang paling bersemangat dalam aktivti ini.

Saudara Jo. Beliau merupakan seorang yang tiada penglihatan mata. Walaubagaimanapun beliau merupakan seorang yang amat aktif dalam aktiviti di Pulau Tiga ini. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana menjalani kehidupan dalam dunia yang gelap.

Saudara Jaundi and Me. Baru aku tau guna flash dalam air lagi cantik gambarnya hahaha. Apakan daya bateri da nak habis. hehehe

Saudara Azreel and Me. Ini tembakan terakhir sebelum kamera habis bateri.

Me. MySelf and I.

Thumbs Up tandanya aku enjoy betul mandi laut. Da lama aku x mandi laut. Air yang bersih membuatkan aku lebih bersemangat untuk berenang. Dengan keterujaan aku ini, Insyallah akan aku bawa Isteri dan penyeri rumah ku ke sini. Akan aku ajar mereka menunggang kuda, memanah dan berenang hehehe.

Ingin aku ucapkan ribuan terima kasih pada semua AJK yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Walaupun ianya di panggil Survivor Island tapi x perlulah risau kerna talian telefon tetap ada. Enjoy.