Sunday, June 28, 2009

Revenge Of Time

2 minggu suda aku tak merasakan cuti aku. Apa pon aku bersyukur masa cutiku dipenuhi dengan benda-benda yang berfaedah bagi diriku. Selesai saja majlis akad nikah yang berlangsung di Kota Belud, aku dan rakan-rakan pun bertolak balik ke KK untuk ke rumah masing - masing. Tetapi...... ada pergaduhan yang berlaku di Rasa Ria, Resort.... saksikanlah aksi pergaduhan tersebut....

Aku pun tak tau apa yang menjadi punca perbalahan mereka berdua.

Tanpa melengahkan masa, AK terus memulakan serangan yang hanya mampu untuk di elak oleh Reo.

Serangan demi serangan yang di buat oleh AK. Reo hanya mampu untuk mengelak saja.

Jurus Tendangan Mata Kail yang di lakukan oleh AK tidak bejaya di elak oleh Reo.

Akhirnya Reo menggunakan jurus sulit yang dikenali sebagai Tumbukan Naga Angin yang menyebabkan AK terbang di udara.

Wa baru kena satu tumbukan terus ampai-ampai?

- THE END -

Apa punya story la hahaha.... sebenarnya kami singgah ke Rasa Ria, Resort untuk shot portrait tapi lain pula jadinya... hahaha... Nantikan kemunculan episod seterusnya di masa akan datang hehehe....

Sesi Pengambaran : Reo (pelakon), AK(pelakon) dan Liza(lightning).
Location : Rasa Ria, Resort

Saturday, June 27, 2009

Kg. Kelatuan, Kimanis Sabah

Alhamdulillah aku selamat tiba dan balik dari tempat yang dituju. DZ Nature, Kimanis salah satu destinasi untuk kursus aku kali ini yang bertemakan konsep motovasi diri "Sentuh dan Rasa" - Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Pelbagai kursus motivasi yang pernah aku ikuti, kursus ini lain dari yang lain. Sepanjangan kursus yang dijalankan, aku rasa ini adalah satu kursus yang patut di hadiri oleh semua lapisan masyarakat tak kiralah swasta, kerajaan, pegawai atasan, pegawai bawahan, keluarga, dan mana-mana individu yang inginkan ketenangan dan kesedaran diri, walaupun mungkin tidak sampai 100% tapi aku rasa pasti akan terpahat jua sedikit kesedaran pada diri sendiri.

Tidak seperti konsep motivasi yang kebanyakannya memerah minda kita, konsep motivasi kali ini membiarkan kita merasai serta menjiwai perasaan diri kita yang mungkin ataupun telah hilang sifat kemanusiaan kita sesama manusia.

Kampung Kelatuan, Kimanis yang tidak jauh terletak dari DZ Nature merupakan destinasi kembara kumpulan aku yang kami namakan sebagai kumpulan TOMYAM yang mana nama tersebut kami perolehi kerna tanpa mengira siapa dalam kumpulan kami, yang kami tahu kami semua ingin memastikan apa yang kami ingin capaikan berhasil, maka lahirlah perkataan TOMYAM tersebut yang mana pembuatan tomyam yang asal sendiripun mencampur adukkan pelbagai bahan tanpa mengira rasa untuk menghasilkan masakan yang luarbiasa.

Apa yang akan terjadi kepada kita apabila kita sudah tua? adakah anak-anak yang kita harapkan apabila sudah dewasa dan berkerjaya akan menjaga kita? Adakah orang yang kita cintai akan menjaga kita sehingga akhir hayat? Ataupun kita hanya mendapat ihsan dari masyarakat, dibuang ke rumah orang tua, bersendirian di rumah yang usang tanpa disedari masyarakat sekeliling yang sibuk mencari rezeki, bersuka-ria dan membuat hal masing-masing? Renung-renungkanlah dalam diri kita...
And seperti biasa here some pix, aku ambik sepanjang lawatan kembara kami di Kg. Kelatuan, Kimanis. Enjoy da pix guys...

Sebuah senyuman pengubat duka.

Disaat beliau berkongsi suka-duka.

Kak Kamlah (salah seorang ahli kumpulan Tomyam) sempat memberikan pose menarik walaupun dalam keadaan kesayuan.

Akan menjadi kenangan dan pedoman.

Group photo (semua topi adalah "handmade" dari kumpulan masing²).

Terima kasih kepada ahli kumpulan Tomyam, Ag.Raini (sebagai bapa dalam kumpulan), Kak Kamlah (sebagai ibu dalam kumpulan), Dulian, Fauziah, Erma dan Needa kerna memberikan kerjasama yang baik tanpa mengira latarbelakang siapa kita semua. Korang memang BEH!!!...

Monday, June 8, 2009

Act of Depression

Arghhhhh... apakah perasaan yang menyelubungi jiwa ini.... marah... sakit hati... kasih sayang... semuanya bercambur baur. Tidakkkkkkk..... bumber kereta aku pecah time abang aku pinjam time dia nak pi jalan-jalan. Nak marah? dia abang aku... sakit hati? aku sendiri saja.. sayang? aku memang sayang keluarga aku... jika dibandingkan dengan bumper tu x la nak naik angin satu badan aku.... tapi arghhhhh aku pon x tau apa perasaan aku sekarang. Nak sound-sound? dia abang aku? walau marah macam mana pon aku masih ada rasa hormat pada keluarga dan orang yang tua dari aku.... jadi apa ka perasaan ini? hilang mood aku main DOTA, hilang mood aku kerja, aku tiada mood hari ni... arghhh tekanan betul but act like a fool... gila gaban betul perasaan ni.... tidakkkkkk bumper aku pecah untuk kali ke-3..... $$$$$$ terbang lagiiiii...... arghhhhh....... Dis week aku nak dengar lagu berat sikit.. kasik cool down dulu emo ni ...

p/s: salah satu pendekatan yang aku selalu guna dengar lagu macam ni untuk bagi cool down supaya semangat tu pandai datang balik kekeekke....