Monday, February 24, 2014

Collection : Infrared Photography

In infrared photography, the film or image sensor used is sensitive to infrared light. The part of the spectrum used is referred to as near-infrared to distinguish it from far-infrared, which is the domain of thermal imagingWavelengths used for photography range from about 700 nm to about 900 nm. Ini yang di katakan oleh WIKI la.

Kalau dari olahan aku ni dengan bahasa pasarnya dan yang lebih mudah di faham, foto infra ni menghasilkan gambar yang luarbiasa dari segi warnanya. Tidak sama dan tidak boleh di hasilkan oleh kamera biasa yang tidak menggunakan "filter infra".

Aku pun da lama x pergi menembak ala ala IR ni. InsyaAllah aku kan mulakan aktiviti menembak IR ni x lama lagi. Here some pix yang dapat di kongsikan waktu menembak IR pada dulu kala hehehe.... 

  Inner Peace

Golden Hour

Masjid UMS

Straight Line

View from SEDCO
Kelihatan Anjung Senja dalam pembinaan dan Jambatan KK Times Square belum lagi dalam pembinaan.

My Love

Isteri aku adalah model aku yang success dalam aku mempelajari teknik menembak manusia dengan IR ini.

Apapun aktiviti IR ini akan aktif tidak lama lagi. InsyaAllah.

Monday, February 17, 2014

A healthy mind comes from a healthy body

Assalammualaikum...

Minggu lepas merupakan aktiviti yang Jogging bersama GGM baru SEDCO iaitu Pengiran Saifuddin Pg. Tahir. Bertempat di Tasik Likas, ianya merupakan suatu aktiviti riadah dan mengeratkan silaturahim bersama GGM baru SEDCO.

 'A healthy mind comes from a healthy body' ini sendiri di ilhamkan oleh GGM SEDCO untuk semua staff perbadanan agar sentiasa menjaga kesihatan tidak mengira jantina ataupun usia.


Beliau berharap aktiviti seperti ini akan lebih kerap di adakan demi kesihatan dan kemajuan SEDCO itu sendiri.


Here some pix waktu jugging jugging di tasik likas




[caption id="attachment_181" align="aligncenter" width="800"]Saudara Faizal, Ken dan Rahim - masih boleh senyum lagi saudara Rahim walaupun sudah 2 pusingan mengelilingi Tasik Likas Saudara Faizal, Ken dan Rahim - masih boleh senyum lagi saudara Rahim walaupun sudah 2 pusingan mengelilingi Tasik Likas[/caption]

[caption id="attachment_182" align="aligncenter" width="800"]Pengerusi KIPS bahagian Sosial Cik Christine - Acara sarapan pagi selepas ber Jogging Pengerusi KIPS bahagian Sosial Cik Christine - Acara sarapan pagi selepas ber Jogging[/caption]

Group Photo - Jaket biru itulah GGM baru SEDCO

Group Photo - Jaket biru itulah GGM baru SEDCO

Apapun alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun pada pagi waktu itu ada hujan gerimis tapi sebenarnya ia mewarnakan langit biru yang indah dan melancarkan aktiviti pada waktu pagi itu dengan udara yang segar, penuh warna warni dan ke ceriaan. 


 

 

Monday, February 10, 2014

Pemilihan GEMAPUTERA ke-XIII Negeri Pahang 2014 Dalam Acara Sukan 10 Pin Boling

[caption id="attachment_172" align="aligncenter" width="960"]Pasukan Lelaki Pasukan Lelaki[/caption]

Assalammualaikum..

SEDCO telah mengadakan permilihan pemain dalam sukan 10 Pin Boling untuk mewakili negeri Sabah dalam sukan GEMAPUTERA keXIII yang akan di adakan di negeri Pahang.

Format permainan memerlukan 9 orang lelaki dan 3 orang wanita untuk acara pada kali ini. Bagimanapun sewaktu pemilihan ini, hanya 9 orang peserta lelaki sahaja yang hadir dan ini secara automatik ke semua 9 orang peserta lelaki yang hadir pada hari tersebut terpilih untuk mewakili Badan Perbadanan Negeri bagi negeri Sabah dalam sukan GEMAPUTERA kali ini.


Berikut adalah keputusan sewaktu pemilihan di jalankan.


Keputusan Penuh Peserta Lelaki & Wanita


Semoga berjaya pasukan SEDC Sabah.

Friday, February 7, 2014

Collection : Black and White Photography

[caption id="attachment_164" align="aligncenter" width="800"]Lonely Tree Lonely Tree[/caption]

Assalammualaikum...

What is "black and white" in photography? Secara ringkasnya yang di maksudkan dengan "black & white" itu sebenarnya warna gambar itu dari yang berwarna di tukarkan kepada hitam dan putih aka "black & white" ataupun pengambilan sesuatu gambar itu memang di ambil dalam betuk hitam dan putih (black & white).


Kelebihan black & white ni ia mempunyai "seni" aka "arts" nya yang tersendiri. Gambar yang tidak berapa jadi bila di ambil, apabila di ubah warnanya akan merubah juga mood gambar tersebut.


Di sini aku nak share koleksi gambar² yang pernah aku ambil dahulu untuk mengimbau kenangan lalu. Enjoy da pix...




[caption id="attachment_165" align="aligncenter" width="800"]Hotel Promenade, Kota Kinabalu Promenade Hotel, Kota Kinabalu[/caption]

[caption id="attachment_166" align="aligncenter" width="533"]Always be mine Always be mine[/caption]

[caption id="attachment_167" align="aligncenter" width="800"]Tear of life Tear of life[/caption]

[caption id="attachment_168" align="aligncenter" width="800"]Silent Hill Silent Hill[/caption]

[caption id="attachment_169" align="aligncenter" width="800"]Pearls Pearls[/caption]

t-ba.blogspot.com merupakan blog aku yang mula-mula dahulu sebelum di pindahkan ke t-ba.com. Pasal tu la kebanyakkan gambar aku dahulu menggunakan watermark t-ba.blogspot.com .


Apapun kenangan dahulu merupakan memori yang indah bagi aku dan rakan-rakan seperjuangan yang meminati arena fotografi ini.

Tuesday, February 4, 2014

My Brother's Wedding

[caption id="attachment_149" align="aligncenter" width="800"]Acara penyerahan Mas Kahwin Acara penyerahan Mas Kahwin[/caption]

Assalammualaikum...

Minggu lepas merupakan hari bersejarah buat adik aku Ahmad Sukur Bin Moktar. Tanggal 2 febuari 2014 merupakan tarikh keramat buat dirinya kerna tarikh itu merupakan tarikh dia mengakhiri zaman bujangnya.


Bertempat di Masjid Negeri, Negeri Sabah ianya menjadi suatu acara majlis pernikahan yang baru buat diri ku untuk menyaksikan majlis akad nikah yang berlangsung di situ.


Sepanjang majlis itu berlangsung aku sempat menembak gambar kenang-kenangan sewaktu berada di sana. Aku bukanlah OP (official photographer) waktu tu, lagipun aku sudah retired untuk mengambil gambar kahwin. So aku guna phone saja mengambil gambar untuk kenang-kenangan. 


Here some pix yang sempat aku ambil...




[caption id="attachment_151" align="aligncenter" width="800"]Izzuddin dengan Atuk dan anak buahnya Izzuddin dengan Atuk dan anak buahnya[/caption]

Wa kecik lagi da jadi uncle anak kesayangan aku ni hehehe.




[caption id="attachment_152" align="aligncenter" width="800"]Izzuddin dengan Ummi Izzuddin dengan Ummi[/caption]

[caption id="attachment_153" align="aligncenter" width="767"]Bersama pengantin Bersama pengantin[/caption]

Aku rasa cukup itu saja untuk tatapan awam hehehe. Dengan erti kata lain, aku banyak mengambil gambar bersama orang tersayang iaitu isteri dan anak ku hehehe...

Semoga adik aku dan isterinya berkekalan hingga Jannah, mendapat zuriat yang baik-baik dan bahagia selalu. Amin.