Monday, January 31, 2011

Forbearing With Macro

Apa pun, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina Gong Xi Gong Xi yang x lama akan tiba.

Demam rindu aku pada macro akhirnya terlerai jua hehehee. I love macro photography so much. So minggu ni aku mengisi masa lapang ku aka menyibukkan diriku pergi mengambil gambar² "seni" ni hehehe. Memandangkan aku da lama x bermacro da feeling macam aku mula² tangkap makro jugala aku rasa... SEMPUT huhuhu mau putus jantung aku rasa, tahan nafas tu yang boleh pengsan hahaha.

Kali ni aku ambek macro tempat aku 1st time dulu ambek macro di Tun Fuad. Yang bezanya aku x berjalan jauh, maksudnya x la aku pusing satu Tun Fuad tu... sekitar 200 meter saja perjalanan aku di sana dan aku beroleh hasil yang banyak + semput + kamera habis bateri (tang ni aku selalu lemah... malas charge bateri).

Apa pun dugaannya... macro photography satu kepuasan buat aku sebab aku dapat melihat seni keindahan makhluk tersebut yang sukar dilihat oleh mata kasar.

So here some pix yang aku dapat share sewaktu aktiviti menembak macro ni... enjoy...

Lonely
Somewhere there is someone that dreams of your smile, and finds in your presence that life is worthwhile, so when you are lonely remember it’s true, someone somewhere is thinking of you.

Ouch...
Faith is taking the first step even when you don't see the whole staircase.

Dear life..
To think and to be fully alive are the same.

Patient
Be patient and understanding. Life is too short to be vengeful or malicious.

Myself
I restore myself when I'm alone.

Simplicity
Simplicity is the ultimate sophistication.
(sebenarnya aku nak tembak Jumping Spider kat sini, tapi bila tembak dia da hilang so aku tertembak la tumbuhan hijau aka lumut ni)

Thanks so much to God dat im still alive.

Monday, January 24, 2011

Infrared

Aku rasa ini adalah outing aku pertama sempena 2011. Da lama aku x buat outing ni sebenarnya dan da lama aku x godek godek kamera IR aku tu, so sebagai pembukaan untuk aktiviti outing aku biarla IR aku sebagai perasmian hehehe.

Kali ini aku outing sendiri saja, member lain sure ada komitmen lain so x nak ganggu mereka la, lagi pun dalam group aku, cuma aku saja yang ada kamera IR, aku rasa ok la tu menembak sorang sorang hehe...

Kalau sebut pasal IR biasanya aku akan tembak nature, yang ada tumbuh tumbuhan hijo dan ada langit biru. Pasal apa... aku pun x tau pasal apa. Nak tembak portrait guna IR aku x mahir lagi dengan skin tonennya tapi insyallah aku akan cuba mencari skin tone tersebut untuk tembak portrait guna IR.

Here some pix yang aku dapat share untuk outing edisi IR kali ni.. enjoy ... :-

Lake - IR

Lake - IR

Masjid Negeri

Bicycle - IR

Saturday, January 15, 2011

Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu

Cakap saja pasal Gunung Kinabalu ni, macam aku tak percaya yang aku baru saja dari mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu pada 13-14 Januari 2011 baru-baru ini yang mana memang amat mencabar dan mendebarkan. Apa taknya, stamina pun tiada.. rasa-rasa baru 6 kali saja aku jogging di tasik Likas tu, kalau di Tun Fuad tu pula.. baru sekali saja hehe itu pun berjalan saja x larat nak jogging, nak naik bukitnya pun ... huhuhu x larat aku.

Seramai 15 orang dari SEDCO yang menyahut cabaran untuk ekspedisi pendakian ni.. 5 lelaki & 10 perempuan... yang mana kami mulakan pendakian dari Timpohon bukannya Mesilau hehehe.

Ekspedisi pendakian untuk ke Laban Rata bermula seawal 9.06am mengikut masa yang di catit oleh phone aku.

Carson Fall adalah air terjun yang pertama sekali yang akan anda lihat apabila keluar saja dari Timpohon Gate, bagi aku ini sebenarnya satu psikologi yang membuatkan anda akan lupa apa yang akan menanti anda seterusnya hehehe. Selepas 1KM pertama anda akan secara automatiknya akan lupa keindahan Carson Fall tersebut disebabkan anak tangga yang setinggi betis sedang menanti kedatangan anda. Bila saja kelihatan tangga yang membuatkan leher anda mendonga keatas, di situ akan timbul tanda tanya dalam diri anda (aku boleh ke tak ni? betul ke aku nak naik Gunung Kinabalu ni? hahaha).

Lebih-lebih lagi aku yang dalam keadaan 50-50 fizikal aku yang sakit pinggang dan lutut.. membuatkan aku seringkali bertanya diri sendiri. (Apa yang aku sudah buat ni?) Tapi dengan berkat doa, kesabaran dan semangat.. aku teruskan jua pendakian ini. Yang pasti dan yang anda harus tahu, sebenarnya pendakian ni kekuatan mental adalah alat yang utama untuk membawa anda kepuncak Gunung Kinabalu bukannya fizikal. So yang penting jangan give-up dan sokongan moral rakan anda amatlah diperlukan apabila anda hampir putus asa... tetapi kalau kawan sendiri pun sudah putus asa nak bagi moral support .. alamatnya anda sendiri akan d tinggalkan hehehe..

Semasa ekspedisi pendakian ke Laban Rata ni aku x banyak mengambil gambar disebabkan keadaan hujan, tambahan pula aku x ada bawa payung atau baju hujan.. ertikata lain aku basah lenjun la hehehe... tak apa la hujan pun hujan la yang penting aku mesti sampai di Laban Rata dalam hati ku, bukannya apa.. aku dalam keadaan darurat sudah... lapar la katakan hehehe... coklat cloud 9 yang aku beli 1 pack habis dalam perjalanan, 2 tapau dari rakan aku pun bersih aku habiskan.. jadi jawapannya kalau nak makan kena sampai laban rata dulu baru hidangan enak-enak d sediakan.

Aku pun x tau nak cerita apa lagi lets da pix yang bercerita pula hehehe.. enjoy da pix...

View from Kinabalu Park (betul ka aku akan di puncak nanti?)

My Tag


Group Photo
Group Photo ( so sorry to pn. Mariyam because time ni dia kat toilet)

Another 550m to Laban Rata ? 550m tu garis lurus saja yang bengkok-bengkoknya x di kira hehehe... apa pun ini satu psikologi yang memang bagus dan membantu para pendaki bersemangat untuk sampai ke destinasi.

Kami hampir sampai ke Laban Rata.

View from Laban Rata Hut (Alhamdulillah sampai jua aku di destinasi pertama iaitu Laban Rata pada jam 2.49pm)

Siza bukan penghalang hehehe. (kami menetap di Gunting Lagadan Hut yang jauhnya 150m dari Laban Rata Hut.

View from the plateau of Mount Kinabalu when sunrise
I know that climbing Mount Kinabalu probably an easy climb for some of you but for me its an amazing achievement. I made myself wondered with my ability, i now believe the skies is the limit. Seen here is my shoes hehe...i'm enjoying the view before the summit of Mt. Kinabalu (4,095 metres (13,435 ft) above sea level ) It was hard but very-very cool experience...i'm very proud of myself :o. Yeah, finally im pure Sabahan lols. I didn't take many photos because my camera running out of battery and I'm forgot to bring my extra battery as well. So sad.

Me with my guide
Me with my guide Sominah Gabantang.
Guide yang setia mengikut karena aku sewaktu pendakian. Mendaki untuk ke puncak amat berbeza daripada mendaki ke Laban Rata. Waktu inilah aku hampir putus harapan dan hilang semangat untuk meneruskan pendakian ku sehingga aku terlena sewaktu pendakian. Apa pun aku berjaya sampai ke destinasi seawal 5.50 pagi.

Ugly Sister Peak
Ugly Sister Peak (4032m). Thanks to my fren Jontot to lend me his wide lens 10-24mm

My Self
I feel great. hehe...

Me. My Self & I
It's me again hehehe. OMG dis time i take a lots of self-portrait. 8.5KM something i must proud of myself hehe.

So aku rasa itu saja yang aku dapat share setakat ini, gambar lain akan aku upload di flickr ku. And to all my friends Nooren, Mariyam, Christine, Needa, Erma, Asma, Brenda, Maya, Fify, Tasha, Helmy, Rahim, Faizal congrats to you all kerna berjaya sampai puncak walaupun ada 4 orang yang x sampai, but sampai ke Laban Rata.. sesuatu yang amat membanggakan. Salam..







Monday, January 10, 2011

CIS Family Day 2010

Alhamdulillah kerna ini adalah job pertama aku di awal tahun 2011 ni, iaitu menembak event sempena Hari Keluarga bagi anak syarikat kami iaitu Cement Industries Sabah (CIS) untuk tahun 2010 yang bertempat di perkarangan Kolam Renang, Kompleks Sukan Likas.

Pelbagai aktiviti yang di adakan sempena hari keluarga ni seperti golf, paintball, bowling kelapa, berenang, dan banyak lagi cuma aku pun x tau apa lagi aktiviti mereka sebab aku bertugas menjaga aktiviti bermain paintball sehinggakan kamera aku pun kena tembak sekali huhuhu panik jua aku time kamera aku kena tembak.

Cuaca sewaktu berlangsungnya aktiviti ni agak baik dan sedikit panas yang membuatkan aku sunburn sebab jaga mereka bermain paintball. Mereka main tembak tembak aku pula main tembak gambar hehehe.

So here some pix yang dapat aku share sempena berlangsungnya hari keluarga CIS yang bertarikh 9 Januari 2011 di perkarangan Kompleks Sukan Likas. Enjoy da pix :-

Di iringi dengan doa agar semuanya berjalan dengan lancar. Amin

Group Photo. Ahli keluarga CIS

Paint Ball Mask. Da rules is apabila berada di padang kena pakai topeng ini sehingga perlawanan berakhir. Maklumla utamakan keselamatan.

Marker aka Gun. Hehehe diorang x panggil ni senapang tetapi Marker.

The Heroin. Satu-satunya team yang di wakili oleh perempuan.


In action. Best jua game ni aku rasa.

Head Shot. Huhuhu emo brother ni bila dia kena headshot hehe.

Bowling Kelapa hehehe. Bukan senang main benda ni. Sehinggakan aku ada try susah jua nak kena.

Inilah hadiah aku dapat dibetis ku sewaktu aku di jemput sekali bermain PaintBall. Orang semua tembak kena d badan, aku kena tembak d kaki pula. Teruja jua aku bermain benda ni. Penat + Sakit = Fun. So kalau ada kesempatan aku nak try main lagi benda ni hehehe.

Kepada Andria Chew terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk menjadi OP sempena Hari Keluarga CIS kali ini. Kepada Jontot, AK and Liza(last minit) thanks kerana sudi turun padang sekali bagi melancarkan segala aktiviti menembak ini berjalan dengan lancar. Tanpa korang memang x dapat aku cover 1 orang untuk aktiviti yang besar ni. Korang memang BEH!!!