Monday, September 24, 2012

Xbox 360 Disneyland Adventures

My new "Friend"
Assalamualaikum..

Wa da lama aku x beli game kali ni da update beli game balik. Nak tunggu Xbox 720 entah bila keluar pun x tau lah.

Sebelum aku pening kepala nak xbox360 atau ps3 banyak da review aku baca. Macam-macam pro n con dia aku da baca. Akhir sekali aku beralih kepada Xbox 360, bukan apa aku nak tukar angin la pula, dari pengguna PS1 & PS2 apa kata cuba pula beralih try Xbox punya keluaran kan.

Salah satu game ori yang di percuma.

Apa yang aku minat pasal Xbox 360 kali ni bukan pasal grafik bukan pasal body tapi pasal kinect dia atau dikenali sebagai console sensor dia. Bukan ps 3 tiada wireless sensor dia cuma PS 3 ni terlalu exclusive dan mahal barangannya nak beli menembak beli sensor lain, nak main dua orang kena beli sensor tambahan. Berbeza dengan Xbox 360 yang mana sensor dia yang di panggil Kinect hanya sekali saja dan dia akan scan seluruh anggota badan tanpa membeli sensor yang lain.

Inilah Kinect yang aku sebutkan itu.

Kinect ni la menjadi tumpuan aku membeli Xbox kali ni di sebabkan aku memang kaki main game dan berkeluarga so aku rasa Xbox ni paling sesuai untuk aku dan keluarga. Selain boleh berjuang seorang diri menembak sana sini, menyepak sana sini, bergado sana sini, aku jua boleh bersenam, bersukan, menari menggunakan kinect ni bersama isteri tersayang hehehe. Itu la tujuan utama aku pilih Xbox ni sambil berhibur dapat bersenam jua.. seriously aku bermain kinect selama 15 minit sudah basah peluh da hahaha.

The Joystick. Mantap lebih selesa dari Joystick PS3 yang aku da cuba di kedai hehehe.

Dan 10 game clone percuma. Nak bersenam, menari, bertinju, jadi ahli musik pun boleh hehehe.

So keseluruhan aku memang berpuas hati dengan Xbox yang baru di beli ni. Lagi pun ister tersayang aku jua yang belikan Xbox ni. Thanks so much dear. Dia beli kan aku game ni, aku kena beli tv baru pula hahaha.. ok la tu berkongsi-kongsi namanya, ringan sama di jinjing yang berat sama di pikul hehehe.

Malam ni mau menari konon.. yeaaaa haaa... (baik untuk kesihatan hehehe)..

Monday, September 3, 2012

It's been a long time...

Bismillahirahmannirahim

Yupe.. it's been a long time saya x update blog ni dan ambek gamba since sudah berumah tangga hehehe.

Alhamdulillah, sempena cuti merdeka ni ada kesempatan aku untuk menembak-nembak kembali hehehe. Da lama rasanya x menembak rasa "nyanyat" terus urang brunei cakap.

Apa pun aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin sekiranya sepanjang penulisan aku ni ada yang menyinggung, tersinggung dan bermacam-macam "ter" lagi yang x dapat perkatakan. Selain itu jua aku ingin mengucapkan MERDEKA MERDEKA MERDEKA... alhamdulillah da 55 tahun negara kita Malaysia merdeka. Biarlah lain fahaman politik, lain fahaman agama dan bangsa, apabila di sebut MALAYSIA kita seharusnya bersatu maka teguh la kita Insy'Allah dan  jangan sesekali bercerai akan roboh la negara kita nauzubillah.

Sewaktu cutinya merdeka ini, aku bersama isteri tercinta mengambil peluang ini untuk berehat yang jauh dari bandar.. dengan erti kata lain kami pergi ke kundasang, Sabah yang memang jauh di pendalam dan jauh dari kesesakan kehidupan bandar. Udara yang segar, atmosphere yang sejuk memang menjadi pilihan utama kebanyakan penduduk bandar untuk bercuti di sini.

Lets pix tell da story...
 
Miniature - Ke aslian Kundasang
(as i said - it's been a long time saya x ambek gamba miniature hehehe)
dengan udara yang bersih dan segar.. memang merupakan kawasan awet muda hahaha.

  
Dairy Farm - Erti kata lain... New Zealand di negeri Sabah. X dapat p New Zealand tengok lembu kat sana boleh la datang ke dairy farm kat sini. Dengan lembu yang bertompok hitam putih, menghasilkan susu yang segar dari ladang yang segar hehehe.  Remember jam 3pm masa pemprosesan pengambilan susu segar. Selama aku p sini aku belum lagi terfikir nak tengok proses pengambilan susu ni hehehe.

 It's been a long time saya x ambek gamba infrared aka IR. Gunung Kinabalu merupakan kebangaaan rakyat Sabah. Sepa orang sabah belum naik gunung kinabalu ini lagi? Adoi bikin malu saja hahaha. 

 Me wif isteri tersayang.

Masjid Bandaraya LIKAS bukan di kundasang ni hahaha. Singgah sebentar sebelum rumah terbuka saudara Farouk.

Aku rasa setakat ini saja la. Bukan x banyak menembak, banyak tu memang banyak tapi biarla untuk tatapan ku dan isteri ku sahaja hehehe. 

Sepatutnya kami bercuti hingga ke hujung minggu tapi apa kan daya isteri ku demam di sebabkan perubahan atmosphere di sana hehehe. Sujuk bangat dia cakap. Wassalam...