Friday, March 27, 2009

Doubtless


Selesai bacaan doa dari mr.romeo, aku pun memulakan tugas aku sebagai navigator. Date : 250309 | Time : 11:54:32 | Destinasi : Puncak bukit Mouk | Ketinggian : 970 meter dari aras laut | Bearing : 180 degree. Itulah pembacaan aku setelah sampai ke kordinat yang betul untuk memulakan perjalanan. Pernahkah aku jadi navigator sebelum ni? Hahaha aku rasa ni la kali pertama aku pegang kompas sepanjang perjalanan dan inilah kali pertama aku mendaki bukit yang tidak biasa aku dengar nama dan tempatnya. Sebelum aku menggalas tugas jadi Navigator ni, aku sudah pun di latih oleh Cikgu yang memimpin kami iaitu pn.ira. Sebenarnya tak la susah sangat membaca kordinat dan bearing seperti apa yang bermain di kepalaku hihihi. Apa pun thanks kepada rakan² dalam team 2 yang percaya kepada navigator yang baru 1 jam dilatih hahaha... walaupun 1 jam dilatih kami semua sampai juga ketempat yang ingin ditawan.. chewaaa.

Penat? Bohonglah kalau aku cakap x penat tapi kepenatan tu x la seteruk apabila aku balik dari OBS, sampai rumah saja pergh aku pengsan terus kerana baru terasa kepenatan yang teramat sangat.

Kelainan OBS kali ni yang aku ikut ialahlah ada Jungle Tracking sebab sebelum ni aktiviti hanya di buat di kawasan OBS but dis time really diffrent dari aktiviti sebelum ni yang pernah aku ikut.

MACRO pergh kalau aku ada kesempatan memang puas aku bermacro sana bermacam² serangga pelik aku tengok sana, ada semut lagi besar dari semut besar yang aku nampak, lelaba jangan cakap la banyak bangat, ulat bulu pergh so beautiful dengan beranika warna, kumbang, nyamuk, lalat hutan, biawak, ula, tupai, kira cukup sifat hutan tu dengan kewujudan binatang², haiwan² dan serangga tersebut. Tapi apa boleh buat aku hanya dapat shot menggunakan mata aku saja bukan mata lensa hahaha, kalau aku bermacro sana alamat 2 hari baru kami sampai ditempat yang ingin dituju. Dan sebab itu juga mungkin aku tidak berapa penat sebab aku sibuk mencari dan melihat makhluk² ciptaan Allah s.w.t yang amat mengkagumkan sekali, sambil² tengok kompas yang bergantung dileher aku, dan pasal itu aku dapat panggilan Ultramen hahaha tiada tu kompas alamat sesatlah kami di hutan tu, sebab cigu² kami semua tidak pernah menggunakan kg. mouk sebagai jalan permulaan untuk ke puncak bukit 970 tersebut.

Dari mana dapat gelaran in da group photo? here da short story about their name. Ellidiana n Hellen da` shuffle (diaorang shuffle apabila kena gigit pacat ahahaha). Erma aka anak bulan (orang paling diam dan paling kecil dalam group), Jamilah n Kamariah aka radio era (orang paling x pandai diam di dalam group), Cahaya aka mum (dialah orang paling awal bangun dan paling awal memasak untuk kami semua), Ahmid aka dad (sentiasa bagi semangat pada yang da lemah semangat hahaha), Jovinia de` cutie (orang paling sweet dan paling kuat bahagian pompuan, sepanjang perjalanan tiada karenah, kena pacat, tergelincir,.. macam no feel n macam iklan Nike pon ada JUST DO IT hahaha walaupon dia orang chelsea aku kagum ngan dia) hahaha) Kevin aka macho man (bodybuilder dan paling tagap digroup kami), Jamaludin de` romeo (orang paling rajin membantu pompuan² dalam group kami), Rozaidi n Azreel aka Dragonball (sudah tentu merokok hahaha penyambung nafas tu) n aku t-ba da` Ultramen ( orang pegang kompas, da kompas kena gantung di leher dan bentuk bulatnya betul² macam bentuk ultramen hahaha) itulah kependekan cerita sepanjang perjalan kami di sana.

Aku tetap takkan lupa kenangan aku sepanjang perjalanan mendaki bukit dan turun bukit tersebut. Aku kena gigit 15 pacat yang sudah sihat dan gemuk² seperti lintah bentuk fizikalnya hahaha.

Sunday, March 22, 2009

Happy birthday mom

Hari ni aku pergi street photography di gaya street (GS). Norman? dia ada kelas (budak U la katakan), Nooren? dia sakit gastrek (entah betulkah tidak ejaan gastrek tu), AK? abang dia kawen, Maya? dunno what the reason tapi aku leh rasa dia takkan datang hehehe.. biasalah tu (new canon user staff dari tempat kerja ku), Ain? dia busy tetiba banyak kerja (aku rasa dia x da kawan tu sebab da tau ramai cancel), Liza? dia cakap nengok² dulu keadaan (but around 9½ am dia ada msg macam nak join tapi da time aku nak chow da dari "gaya street"). So aku ngan sepa la pi gaya street? Nasib ada amoi aku turut kali ni pergi outting "street photography" and at da sametime aku nak kenalkan jua ngan rakan² aku yang lain but semua tetiba diorang ada hal ni. Apa boleh buat next time lo. Street photography di "gaya street" pergh segan aku mula² nak keluarkan kamera aku yang ciput tu hahaha... tapi bila nampak ada team² lain dan tourist² lain pun buat street photography pergh hilang terus segan aku hahaha... maklumlah aku ingat da time only saya seja seorang but bila masuk dalam saja macam macam team ada kat dalam sana, canon, nikon, olympus, compaq pon ada video pun ada jua... meriah betul diorang, dan macam² GUN (gear lens) diorang pakai. aku jak yang ciput² tapi x apa la I SHOOT WUT I LIKE hahahaha. Habis saja buat shot aku dapat surat cinta yang melekat didepan cermin kereta aku. Aku rasa ni la surat cinta pertama aku dapat dari pegawai trafik. Kamben tol diorang time² tamu gitu bagilah kelonggaran bah kan sebab org nak meriahkan tamu tu. Hahaha apa pon aku tetap salahlah, so esok aku kena pi balai polis nak balas surat cinta tu, pegawai trafik tu kata RM50 untuk bayar tapi kalau rayuan boleh dapat RM30.

Aku tak lama di GS sebab nak menyambut harijadi buat ibu tersayang yang patut diraihkan pada 20 mac tapi kami semua sengaja buat tak tau saja nak bagi suprise so kami buat hari ini. Buat ibu tersayang anakanda ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga diatas jasa pengorbanan dan kasih sayangmu yang tak mampu untuk ku balas. Selamat harijadi ibu, semoga dirimu sentiasa sihat selalu, diberkati dan dirahmati Tuhan. Love you so much.

Saturday, March 14, 2009

MACRO is back


Wowowow.. aku ingatkan Muzium Panorama Rumah Besar Kinarut ialah sebuah rumah dengan bentuk rumah yang sempurna, rupa²nya hanya tiang² dan bekas² perumahan tu saja tinggal. Apa pun bila aku di sana tempat ni memang cukup cantik dan ada nilai sentimentalnya tersendiri. lihat saja tangga tu begitu besar dan tiang² batu yang besar aku x dapat bayangkan macam mana punya besar rumah ni. errrrrr ada hantu ka tempat ni saram sejuk jua kalau jalan² sendiri di sini hehehehe.... Aik mana gamba macro tu? tajuk macro is back tapi gamba macro x da?... kekeke pi la tengok di flickr

Wednesday, March 4, 2009

Konvensyen Usahasama Tulen

Wa sudah lama aku tak menulis blog hehehe apa tidaknya belum ada "outting" lagi setakat ini. Selain itu aku ada kena bagi tugas untuk menjadi photog sempena Konvensyen Usahasama Tulen yang bertempat di Megallen Sutera Harbour pada 27 & 28 feb 09 baru² ini yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. Jutaan terima kasih kepada En. Rahim diatas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menjadi photog pada hari tersebut dan juga tak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan² photog yang turut serta pada waktu konvensyen tersebut berlangsung iaitu AK, Norman dan Liza korang memang beh...