Tuesday, May 12, 2009

De Palma Hotels

Sesuai ka tajuk ni? hahaha.. aku pon bingung nak bubuh apa untuk tajuk kali ni. Memandangkan aku duduk kat Hotel De Palma yang terletak di Selangor, so aku rasa ia amat bersesuaianlah dengan tajuk kali ini. Bagi kredit sket kat De Palma Hotels, Selangor yang aku rasa amat bersesuaian buat kontinjen Sabah menetap di sana sempena berlangsungnya pertandingan Bowling MAKSAK 2009, dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai tuan rumah pada kali ini.

Walaupun acara Master pada tahun ini di pendekan dari 5 game kepada 3 game, tapi aku tetap beri pujian atas penganjuran serta persediaan dari awal hingga tamat pertandingan ini. Walaupun ringkas acara perasmian dan penutupan tetapi ia tetap dipenuhi dengan protokol yang patut ada. Kalau biasa kena tunggu hampir ½ jam ucapan² dan kata² alu-aluan dari menteri², YB² atau yang seangakat dengannya, tapi pada kali ini, ucapan yang cukup ringkas tapi penuh bermakna membuatkan aku suka pada majlis perasmian dan penutupan yang dibuat oleh ATM. Tak sampai 5 minit dah habis teks ucapan.... fuh tabik Spring kepada Kontinjen ATM.

Actually aku pon x tau nak story apa hahaha... sebab sebenarnya aku nak share saja gamba² yang aku ambek time aku kat Selangor hehehe.. aku kasik monochrome aka black n white pix aku kali ini... apa pon enjoy da pix...
Ini view dari KKIA di pagi hari. Aku rasa time ni menunjukkan jam 7½ pagi. Gunung Kinabalu pon baru bangun tu hahaha.
Ini pula tempat lepak untuk masa berangkat. Masih kat KKIA, time ni ada Marsha (AF), pergh lawo gak aku nengok dia ni. Tinggi jua dia ni macam tu lagu.. Menuju Puncak.... hua hua hua...Ni dalam kapal sudah, aku harap dapat duduk tepi tingkap so leh tengok² luar tingkap, tapi aku duduk kat tepi dekat koridor so aku shoot koridornya saja la hehehe.. time ni ramai org da lena baru aku ambek ni gamba. aku ingatkan aku laju tido, sekalik tengok diorang lagi laju tido. Penat agaknya nengok bola malam tu MU vs Arsenal. 3-1 tow.... hahaha....
Alhamdulillah, selamat mendarat jua aku kat KLIA ni.
Inilah Ampang Point yang macam kotak empat segi dalam gamba tu. Kat situlah berlangsungnya pertandangian Bowling MAKSAK 2009. (shoot tang malam ni dari bilik)Tu dia Twin Tower dan Suria KLCC, mendongak abes aku nengok tinggi betul bangunan ni, nak saja aku baring untuk shot bangunan ni, tapi x jadik sebab time ni aku guna baju putih, sure kotor baju aku kalau baring kat lantai hehehe.. proud to be malaysian...The Great Wall? hahaha aku pon x tau apasal la tembok ni kena bina.Terowong bawah tanah untuk masuk ke D` Mines Shoping Complex. Aku rasa kalau jalan sini satu org time malam mau jadi arwah jua ni. Bahaya wo jalan satu-satu org.Again.. view dari tingkap hotel aku menginap. pergh aku suka bangat view dari bilik hotel tu. So next time sepa nak tinggal hotel ni, cuba² minta bilik 1107 hehehehe itulah no. bilik time aku berada di sana selama 6 hari.

So aku rasa setakat ini saja gamba yang boleh aku upload buat masa ni, nak upload lelebih kang bosan pulakkan. Apa pon tahniah buat kontinjen sabah kerana berjaya menjadi johan keseluruhan bagi katergori lelaki. Kita akan berjumpa tahun hadapan di Terengganu sebagai tuan rumah 2010.

2 comments:

  1. bestnya aku pun mau join lah ini game hehehe.. tahniah!

    ReplyDelete