AK 6318 - Fri 05/02/2010, 0610 hrs tapi kena delay pergi 0620 hrs hehehe... dats da time masa pelepasan aku dari KK ke Taiwan, Taipie. Perjalanan penerbangan mengambil masa dekat 3½ macam tu la. so tibanya di Taiwan pada jam 1050 hrs.
Kali ni percutian aku tidak menggunakan khidmat agent pelancongan tapi menggunakan khidmat map yang habis di borong time sampai di airport Taiwan. Maksudnya pandai² jalan sendiri la hehehe.. (masih dalam airport kira ok lagi sebab diorang perlu pandai cakap english ye tak?)
Sampai hotel saja aku terus pengsan hahaha.. so aktiviti pagi itu di penuhi dengan istirehat... pasal tu la aku tangkap gamba hotel tempat aku menginap ni malam sebab, malam baru aku keluar. So inilah hotel yang aku tinggal selama sehari dengan harga RM225 semalam, yang di lengkapi dengan kemudahan komputer yg percuma, bilik ada tv plasma gitu hehehe.. kalau tengok tengok taraf hotel ni mau 3 bintang la. cuma buruknya view time di sini tingkapnya mengadap bangunan sebelah so x ada view yang boleh di ambil.
Raohe St. Nite Market, org sana cakap bukan aku cakap ah.. di sinilah syurga makanan, time kena cakap begitu gambar babui sudah di kepala aku hehehe... so bila sampai sini memang benar... babui ada di jual di sana bukan saja babui.. tapi yang lain pun ada jua berjualan sana cuma aku pon x tau apa yang di jual tu... bila lalu sana pergh... meleleh jua nengok masakan mereka memang luarbiasa ni, tapi tahan saja la ...
Tempat ni bukan saja jual makanan tapi dia macam
kalau di KK kena panggil "pasar malam" hehehe so baju², beg, dan apa yang ada biasanya di pasar malam ada la jua di sana, cuma yang ada di sana tapi tiada di sini... dalam nite market diorang ni ada fun fair, game station, aktiviti artis macam diorang mencari peserta untuk acara istana takesi gitu hehehe... dan pembuatan kristal yang live, dan banyak aktiviti penjualan di sini di buat secara live, dari pembuatan hingga penghasilan hehehe.
Paling beh di sini ialah harga barangan dia.. pergh boleh pengsan jua hahaha... walaupun mata wang kita tinggi dari tempat mereka tapi barangan di sini lebih mahal dari Malaysia.
Bila da masuk tempat org x membeli x sah kan.. jadi buah strawberry ni la yang adik aku beli untuk mengalas perutnya... kalau tanya aku apa rasanya aku pon x tau sebab aku x makan strawberry hahaha.. so aku beli jambu.. pergh rasa jambunya manis sekali x sama macam di KK hehehe.. aku x tau kenapa manis betul tapi habis rm15 jua beli jambunya hehehe.. gila gaban kan jambu pon 1 plastik sudah rm5 hahaha...
Lagi satu menjadi kegemaran aku sana makanan sana ialah sotong. Beli 1 rm5 beli 2 RM90 gitu la yang tertera seperti di gambar tu hehehe. Sotong ni kena bakar saja.. kalau kita sebut sotong bakar.. rasanya boleh tahan hehehe... kalau ada masa dan datang ke sini boleh cuba ni sotong bakar.
Kalau pasal pakaian pula, aku pun x tau la tiada yang menjual baju lengan pendek di sini, mungkin di sebab kan cuaca time aku datang ke sini sejuk so diorang semua jual baju panas saja dan lengan panjang yang baju pendek pendek tiada kena jual waktu ni.
Apa pon x boleh lawan juga la makan yang secara tidak langsung menjadi makan rasmi aku di sana Maggie Hot Cup hahaha...
Tidak cukup satu, tapi 3 bungkus aku makan hahaha... 2 kari dan 1 tomyam pergh... memang x ingat hahaha... walaupun panas dan masih berasap waktu tu la paling sedap makan sebab biarpun dalam bilik sejuk dia pergh x ingat.
Yang aku jarang makan biskut dan benda keras ni.. habis juga biskut kacang aku makan. Beginilah rasanya bila sudah kebulur.. macam mana pula keadaannya dengan sahabat² kita di tempat lain yang kekurangan zat makanan. Tak dapat aku bayangkan.
2nd day di Taipei, perjalanan menuju ke Utara Taipei menggunakan teksi yang kami sewa dengan harga rm40 sejam, aku rasa kira murah jua la dari aku ikut agent 1 orang dia minta rm1000 kalau 3 orang kami rm3000 boleh kopak jadinya hehehe.
Tempat kami tinggal sebenarnya di kawasan barat Taipei, so perjalanan untuk ke Utara Taipei ni mengambil masa kira² dekat sejam jua.
Destinasi pertama kami ialah ke Jinguashi, tempat ni kawasan lombong emas, dan apa bila berada di sana memang ajaib la nampak air laut dia lain warna, berwarna emas dan berwarna air laut, aku pun x tau macam mana nak terangkan, nak tembak juga pemandangan laut yang berwarna tu tapi kamben punya teksi dia cakap view dari atas lagi cantik, so aku pun cakap ok kita tembak dari atas... bila sampai atas haram tol la, x nampak apa sebab di tutup oleh kabus hahaha... jadi harap sepa yang pergi sana pergi tembak tu air laut. memang cantik ni. Arghhhh rugi aku .
Pemandangan di sini memang luarbiasa, macam tempat pembikinan filem pun ada jua aku rasa. Dengan keindahan gunung ganangnya, pokok pokoknya, tempat jalan kaki, tangga, dan banyak lagi la, memang luarbiasa bagi aku. Aku pon x tau nak cakap macam mana cantiknya pemandangan di sana... so lets da pix tell da story... (sorry la gamba aku x selawa pemandangan di sana hehehe...)
Pemandangan dari Jinguashi
Dedaun poko yang warna merah menandakan nak masuk musim bunga
Tangga yang cukup buat kepala lutut tercabut
Pemandangan menuju ke puncak emas
Jadi kalau rasa mampu mengira anak tangga tu naik la hehehe
My bro wif Taipei gurl
Tempat ni macam petaling street dan nama kawasan ni Jui Fen ( dari Jinguashi ke sini makan masa 15 minit)
Yeliou iaitu kawasan perkampungan nelayan. Dari Jia Fen ke sini mengambil masa 40 minit
Pergh akhirnya merasa nasik jua aku hahaha.
3rd day di sana kami jalan jalan di town pula so hari ni jalan kaki saja, nak naik teksi da puas sehari naik teksi so di hari ke-3 di sana sehari berjalan kaki pula. Pasal pembangunan di sana memang sakit leher la tinggi dan besar besar bangunan mereka, struktur jalan raya pun luas tapi terlalu banyak trafik light, walaupun banyak trafik light sepanjang aku berada di sana, tiada pula rasa jem dia hehehe. Kalau cakap fly over... 6 tingkat sudah lo huhuhuhu jauh kehadapan tol la mereka ni.
Here da pix di hari ke-3 sewaktu berada di sana....
Tetap menjadi pengangkutan utama
Boleh sewa basikal kalau mau hehehe
No body bout you.. no body no body hehehe.. promosi diorang sini ada tarian wo
Patah leher nak mendongak ke atas
Guna wide pon x dapat cover ketinggian Taipei 101 ni. Nak detail mengenai Taipei 101 boleh la
klik sini Keadaan di dalam Taipei 101
Woot... haha akhirnya aku dapat join melintasi jalan raya beramai-ramai. Beh wo...
kenangan tulisan aku dari lapangan terbang Taipei. (aku pun tak tau apa maksud ni hehehe)
So aku rasa itu saja la yang aku larat untuk menaip perjalanan percutian aku sepanjang di Taiwan, Taipei.