OMG... now like I'm addicted to tembak tembak sunset. Da feeling so so... menenangkan dan mententeramkan jiwa. Rasa macam memancing pula hehehe.. kesabaran menanti ikan membuatkan aku jiwa ku tenang begitu juga ketika menembak sunset aka matahari terbenam.. saat menanti waktu terbenamnya matahari membuatkan jiwaku lapang, tenang dan tenteram.
Ku mengambil masa lebih kurang selama 2 minggu untuk melakukan aktiviti menembak matahari terbenam. Aktiviti ini aku lakukan sewaktu habis waktu bekerja dan semua aktiviti menembak ini ku jalankan di Sutera Harbour. Banyak yang aku pelajari dari hasil selama 2 minggu ini. Yang penting sekali sekiranya anda serius untuk menjadi landscape photography anda amat memerlukan ND filter. Bukan maksudku tanpa ND filter kita x boleh menembak matahari terbenam ni... cuma pendapatku lebih baik ada ND filter kerna kita boleh hasilkan gambar slow shutter sebelum terbenamnya matahari berbanding tidak menggunakan ND filter yang mana kita harus menunggu sehingga terbenamnya matahari baru kita boleh bermain dengan slow shutter.
Aku pun berfikir adakah aku akan membeli ND filter pada masa akan datang ataupun tidak. Hehehe... kerna aku belum punya ND filter hehehe. Atau mungkin aku akan membuat filter sendiri seperti biasa yang aku lakukan iaitu mencuba membuat sesuatu untuk menghasilkan sesuatu. Success or Not belakang kira yang penting mencuba.
Apa pun thanks so much to all my friends yang join sekali menembak sunset ni iaitu Zontotski(Jontot), Reodevas(Reo), A-Kira(AK), Duts Sca(Faizal), Tinitty(Christine) and Luisza(Liza).. walaupun tidak pernah berkumpul semua sekali tetapi thanks sebab luangkan masa kita menembak-nembak matahari terbenam.
Here some my collection yang dapat aku kongsikan sewaktu aku melakukan aktiviti menembak matahari terbenam. Betullah kata pujangga yang berbunyi.. "waktu yang hilang tidak akan dapat ditemukan kembali..." begitu juga apabila anda menembak sunset.. sinaran keindahannya tidak sama dengan hari sebelumnya mau pun yang akan datang...Oleh itu, hargailah setiap detik kehidupan anda kerna ianya tidak akan dapat di patah balikkan lagi...
So here some pix yang aku dapat share and for more just visit my Flickr.. (^^,)