Alhamdulillah..akhirnya aku telah naik lagi setapak dalam hidup ku ini iaitu hidup berumahtangga dan bergelar seorang suami.
Majlis perkahwinan ku berlangsung pada 7 July 2012 yang mana majlis serba sederhana yang telah di adakan. Walaupun sederhana ianya meriah bagi diri ku, dan memang aku idamkan sebuah majlis yang sederhana saja tidak lebih dari itu. Alhamdulillah isteri ku, keluarga mertua ku, keluarga ku faham akan kemahuan ku.
Lets pix tell da stories ....
My Baby Boo
SAB 707 K
Aku sengaja pilih plate nombor kereta ini sebagai kenangan yang mana hari perkahwinan ku ialah pada 707 tahun ini iaitu 2012.
Waktu akad nikah.
Baru ku tau apa perasaannya bila bersalam dengan tok kadi ni. Biasanya aku tidak pernah gentar pada sesiapa, tapi bila sahaja aku duduk depan tok kadi ni dan bersalam dengannya... fikiran ku melayang. Orang sekeliling ku hilang sama sekali. Aku nak luahkan apa perasaan ku waktu ni aku pun x tau macam mana hehehe.
Bacaan doa.
Waktu ni aku macam x percaya yang aku sudah bergelar suami hahaha. Mengurus majlis ni sudah pening tapi, apabila tok kadi dan saksi mengatakan SAH macam aku betul tidak percaya. Ianya begitu mudah sekali dan segala bebanan pun hilang sama sekali. hehehe. Alhamdulillah.
Sah sebagai Suami & Isteri.
Inilah pelamin hasil rekacipta isteri tersayang. Cukup sederhana tetapi cantik dan sempurna bagiku.
Norlizah @ Nor Midin nama isteriku. Sempat memberikan pose istimewa di hari bahagia.
Sebahagian dari keluarga ku. Dan gambar ini sudah tukar baju untuk bersanding.
Keluarga baru ku yang di panggil keluarga sebelah mertua hehehe.
Alhamdulillah segaja puji bagi Allah. Akhirnya aku menamatkan zaman bujangku hehehe.
Betul kata org, soal jodoh ini tidak perlu di rancang... bila sudah di tetapkan untuk kita, tanpa kita sedari.. kita sudah berumah tangga. Hehehe.
Kepada semua keluarga, saudara-mara, sahabat-sahabat semua, terima kasih atas kehadiran kalian, hadiah kalian, dan yang paling penting doa kalian. Semoga Allah s.w.t membalas budi dan jasa anda semua.
Banyak sebenarnya aku nak upload gambar ni.. tapi.... terlalu banyak gambar dan aku pun susah nak pilih...
Doakan kebahagian kami berdua. Dengan berkat doa kalian, kami akan bahagia till Jannah. In Shaa Allah. Amin