Thursday, July 19, 2012

Majlis Perkahwinan Ku

Bismillahirahman nirahhim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.

Alhamdulillah..akhirnya aku telah naik lagi setapak dalam hidup ku ini iaitu hidup berumahtangga dan bergelar seorang suami.

Majlis perkahwinan ku berlangsung pada 7 July 2012 yang mana majlis serba sederhana yang telah di adakan. Walaupun sederhana ianya meriah bagi diri ku, dan memang aku idamkan sebuah majlis yang sederhana saja tidak lebih dari itu. Alhamdulillah isteri ku, keluarga mertua ku, keluarga ku faham akan kemahuan ku.

Lets pix tell da stories ....

My Baby Boo
SAB 707 K
Aku sengaja pilih plate nombor kereta ini sebagai kenangan yang mana hari perkahwinan ku ialah pada 707 tahun ini iaitu 2012.

Waktu akad nikah.
Baru ku tau apa perasaannya bila bersalam dengan tok kadi ni. Biasanya aku tidak pernah gentar pada sesiapa, tapi bila sahaja aku duduk depan tok kadi ni dan bersalam dengannya... fikiran ku melayang. Orang sekeliling ku hilang sama sekali. Aku nak luahkan apa perasaan ku waktu ni aku pun x tau macam mana hehehe.

 Bacaan doa.
Waktu ni aku macam x percaya yang aku sudah bergelar suami hahaha. Mengurus majlis ni sudah pening tapi, apabila tok kadi dan saksi mengatakan SAH macam aku betul tidak percaya. Ianya begitu mudah sekali dan segala bebanan pun hilang sama sekali. hehehe. Alhamdulillah.

Sah sebagai Suami & Isteri.




Inilah pelamin hasil rekacipta isteri tersayang. Cukup sederhana tetapi cantik dan sempurna bagiku.



Norlizah @ Nor Midin nama isteriku. Sempat memberikan pose istimewa di hari bahagia.



Sebahagian dari keluarga ku. Dan gambar ini sudah tukar baju untuk bersanding.

Keluarga baru ku yang di panggil keluarga sebelah mertua hehehe.



Alhamdulillah segaja puji bagi Allah. Akhirnya aku menamatkan zaman bujangku hehehe.
Betul kata org, soal jodoh ini tidak perlu di rancang... bila sudah di tetapkan untuk kita, tanpa kita sedari.. kita sudah berumah tangga. Hehehe.

Kepada semua keluarga, saudara-mara, sahabat-sahabat semua, terima kasih atas kehadiran kalian, hadiah kalian, dan yang paling penting doa kalian. Semoga Allah s.w.t membalas budi dan jasa anda semua.

Banyak sebenarnya aku nak upload gambar ni.. tapi.... terlalu banyak gambar dan aku pun susah nak pilih... 

Doakan kebahagian kami berdua. Dengan berkat doa kalian, kami akan bahagia till Jannah. In Shaa Allah. Amin



8 comments:

  1. Alhamdulillah....biarpun majlis perkahwinan kita ringkas tapi cukup bermakna dan yang paling penting... Semua yang dirancang dapat berjalan dengan sempurna....thanx ya sayang kerna sentiasa memberikan sokongan semasa susah dan senang....dan terima kasih kerana menjadi suamiku...love you so much!!! (^_^)v

    ReplyDelete
  2. Adoi laju saja bini mengomen hehehe. Thanks. luv ya too (^.^)v

    ReplyDelete
  3. tahniah fik dan liza.. welkam to our club.. peringkat yang penuh dengan pelbagai dugaan.. banyakkan SABAR, SENTIASA BERTOLAK ANSUR, FAHAM MEMAHAMI, PERCAYA ANTARA SATU SAMA LAIN, JAUHKAN DARI SENTIASA BERBURUK SANGKA.. insyallah.. segala dugaan boleh dihadapi diatasi bersama....

    ReplyDelete
  4. So sweet hehehe.. Alhamdulillah.. congratulations to both of you, majlis yang sangat grand, dari plaminnya ke kek yang bertingkat-tingkat, semuanya sempurna hehehe..

    ReplyDelete
  5. salam bro, alhamdulilah...sekali lagi diucapkan tahniah melangkah ke alam baru... aku mmg dah jangka ada udang sebalik mee tgk sll sama2 ja klu outing... nda sangka plk jadi suami isteri... namanya dah jodoh kan... anyway,doakan kebahagiaan kamu sampai ke jannah... amin...

    ReplyDelete
  6. Tahniah bro! Lama x update blog rupa2nya sdg buat preparation penting.

    Best wishes and WELCOME TO THE CLUB!

    ReplyDelete
  7. kam : Terima kasih ya. segala nasihat tu akan di ingati selalu.

    ReplyDelete
  8. nooren : Grand ka? aku rasa biasa saja tu. yang penting para tetamu hadirin selesa itu yang penting. Terima kasih ya kerna hadir.

    Norman : Bahaya udang dan mee ko tu hehehe. Aku pun x sangka benda baik ni akan terjadi. Itulah namanya jodoh. Thanks ya doakan terbaik buat kami.

    de engineur : Thanks bro. Ya lama x update sebab ada benda lain kena update dulu hehehe. I will active again afta raya bloggin ing hahaha...

    ReplyDelete