Monday, June 10, 2013

It's Been a Long Time....

Bismillahirahmannirrahim...

Wao penulisan kedua aku dalam laman blog ini bagi tahun ini. Alhamdulillah....

Sebenarnya aku da lama x menembak nembak ni, di sebabkan apa aku pun x pasti sangat, sibuk... komitment lain... hobi lain... hahaha aku pun x pasti apa sebenarnya. Yang pasti aku memang suka aktiviti menembak ni dan yang pasti aku akan pergi memburu sang serangga yang kecil... comel.. menarik... indah... luarbiasa itu... kerna aku da buat diffuser box baru untuk aktiviti menembak macro ni hehehe dan memburu serangga adalah core major aku dalam aktiviti menembak ni hehehe . Bila nak beraksi tu... itu x pasti lagi la bila...


Baru baru ni aku mengajak orang tersayang pergi dating di tepi pantai hahaha.. sebenarnya perkara ni adalah perkara baru buat aku yang mana aku x pernah keluar berdua-duaan lepak di tepian pantai. Punya main best dating lepas kawen ni hahaha... kalau x percaya cuba la. Yang penting kena ada ikatan sah dulu baru pergi keluar dating ok hehehe..

Sambil sambil dating tu aku pun cuba cuba la jua menembak nembak kasi panas senjata kerna dia pasti akan beraksi dengan aktif x lama lagi.

Pantai Tg. Aru merupakan destinasi tempat kami bersantai... melapangkan minda... menghirup udara yang segar... memang segar wo di kawasan kami dating ni... sebab kawasan ni pun bersih lagi dan masih belum tercemar. Harapan di masa akan datang kawasan ni akan kekal bersihlah.

Sewaktu bercuti, ramai diantara kita begitu sibuk dengan aktiviti-aktiviti rekreasi, sama ada bersama keluarga atau teman. Dalam aneka pilihan tempat rekreasi, pantai menjadi salah satu tempat pilihan aku.. Keindahan ciptaan ALLAH dapat kita lihat di pantai terutama kecantikan laut seluas mata memandang. Bahkan melihat laut itu sahaja sudah mendapat pahala!. Ini jelas tercatat dalam AL QURAN:

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat ALLAH) bagi orang-orang yang berakal"  (SURAH ALI-IMRAN, ayat 190).


Dari kecil lagi aku memang suka memandang ke langit.. melihat awan bergerak dan melihat bintang adalah perkara yang aku lakukan apabila aku berada di kawasan lapang dan berbaring di bumi Allah.

Bila cakap saja pasal bintang teringat aku menawan puncak gunung Kinabalu. Melihat pemandang langit dan bintang di kedudukan tinggi di puncak membuatkan aku terpesona dengan keindahan dan kecantikan ciptaanNya. Ni yang buat aku bersemangat balik naik gunung ni hehehe... Boleh ka sayang aku bagi aku naik gunung lagi ni ? hehehe...
 

Isteri aku pun da lama x beraksi menembak ni... ni adalah hasil dari tembakannya.. boleh tahan da RO3rd masih jelas kelihatan seni menembakkan masih berbisa rupanya hehehe.


“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)..

Adalah tidak menjadi masalah untuk membawa seorang perempuan bersuka ria ditepi pantai, asalkan perempuan itu adalah mereka yg 'sah' utk dibawa kemana saja. Yang belum berkahwin pula, setidaknya bawalah orang tua untuk bersuka ria bersama. Bilamana ada kemampuan, hiburkanlah hati kedua orang tua dahulu. Bagi mereka yg mempunyai sahabat-sahabat USRAH, boleh juga kiranya 'libur' bersama teman USRAH, asalkan tidak berlebihan dan tidak menayangkan aurat sana sini. Jika melibatkan muslimin dan muslimat, pastikan dipantau oleh orang yang arif dalam ilmu agama seperti ustaz atau ketua organisasi itu sendiri utk menjaga IKHTILAT sesama mereka. ISLAM itu MUDAH tapi BUKAN untuk DIPERMUDAHKAN, kerana ISLAM tidak pernah melarang umatnya untuk berekreasi di tempat seperti pantai, asalkan dalam keadaan terjaga dari sebarang perkara-perkara yang melanggar syariat!

Akhir sekali ni la gambar kenangan kami sewaktu berada dating di pantai Tg. Aru best wo.. isteri aku pun da nampak da boyot perutnya menandakan masuk 5 bulan da hehehe.. alhamdulillah.