Showing posts with label landscape. Show all posts
Showing posts with label landscape. Show all posts

Monday, July 8, 2019

Hiking Bukit Botak Sepanggar - Kota Kinabalu


07072019 merupakan ulangtahun aku dalam dunia FPV Drone. Ianya juga mwrupakan ulangtahun ke 7 perkahwinan ku. Dan ini merupakan pengalaman pertamaku terbang jauh dari Kebiasaan. Pada mulanya. Wrjinak-jonak menggunakan Mjx Bigs 5W dan upgrade ke DJI Mavic Air dan kini beralih arah ke platform fpv quadcopter. Cara pemanduan yg berbeza dengan hold hover drone dan manual hover. 

Apa pun platformnya pasti ada kepuasannua yanh tersendiri. Enjoy the journey my 1st long range fpv hiking Bukit Botak Sepanggar Kota Kinabalu Sabah. 

Monday, June 3, 2019

Just Cruise - FPV Freestyle


No Flip, No Roll, No Dive Just a Cruise.

Bismillah.

Kali ni saya just kasi terbang my orange quad iaitu Armattan Marmotte. Untuk test setting dan tunning yang telah di buat. Maklumlah quad orange ni saya akan buatkan sebagai quad long distance saya. Dengan ada penambahan memasuki GPS agar senang untuk kemudian hari nanti, manalah tau ada kemalangan sepanjang penerbangan ataupun hilang kawalan.

Dengan adanya GPS ini memudahkan misi pencarian ataupun RTH (return to home) sekiranya terputus kawalan radio atau pun transmisi video. 

Enjoy da fly.

Salam.

Monday, March 4, 2019

Addicted to Fly


Bismillah.

Tidak di nafikan teknologi semakin maju kehadapan, sama ada kita sedar atau tidak, kita sentiasa di belakang dengan arus permodenan. Dengan ke canggihan AI pada era ini, dunia kini telah berubah peradabannya. Semoga ianya bermanfaat dan di lakukan untuk tujuan kebaikkan.

Chill out wif my DIY Quad 5' Chameleon fly around di Yayasan Sabah mercu tanda Negeri Sabah. Chill X

Wednesday, August 29, 2018

Editing with Mjx Bugs B5w Drone


Dis footage kena ambil dari my drone. Dengan sedikit ilmu dari drone kelas bawahan ni kita boleh make something yang boleh memuaskan hati kita umpama berangan angan memiliki drone yang hebat dengan "class"nya yang tersendiri.
Here some tweak from RAW Footage ke Final Result.
*Got a bit glitch yang saya x perasan dan fixkan.
Here the test range for my drone

Part 1
https://www.youtube.com/watch?v=HoLqfWNzPZc&t=7s

Part 2
https://www.youtube.com/watch?v=qPMuJSPJRHg&t=20s

* Sekiranya ada rakan-rakan nak minta tolong editing and tweak video anda, just let me know and we make it something with that.

• Licence: You’re free to use this song in any of your videos, but you must include the following in your video description (Copy & Paste): Last Summer by Ikson: http://www.soundcloud.com/ikson Music promoted by Audio Library https://youtu.be/n2oTA5JSk80 ––– • Contact the artist: https://iksonmusic.wordpress.com/ https://www.instagram.com/iksonofficial/ https://open.spotify.com/artist/0oaw4... https://twitter.com/Iksonofficial https://www.youtube.com/channel/UCyB3... https://www.patreon.com/ikson

Thursday, August 16, 2018

MJX Bugs 5W Range Test Pt. 2



Part 2 test range untuk MJX Bugs 5W.
Hari ni focus untuk distance saja, kalau pasal tinggi rasanya kawasan ni tidak sesuai di sebabkan kawasan laluan kapal terbang yg boleh merbahayakan drone aku dan juga kapal terbang tersebut, so bagi mengelakkan daripada sebarang kemungkinan yang terjadi, lebih baik just focus untuk distance saja.
Maklumlah baru penerbangan ke.2 semalam so berani terbang sejauh 530m sahaja. Hari ni da nekad nak guna max range untuk sejauh mana dia boleh terbang.
Walaubagaimanapun di sebabkan keseronokan bermain drone di kawasan ini, membuatkan lalai seketika, max distance tidak dapat di pastikan sejauh mana kemampuan penerbangan drone ni.
Lets guess sejauh mana penerbangan kali ini 😅 (nasib baik sempat sampai kedarat sebelum habis bateri kalau tidak innalillah sudah drone aku 😭🤢🤣😇)
* Angin hari ni agak kuat dari semalam banyak gegar juga drone ni kalau kena angin kuat
* Color Grade premier Pro
* All Raw footage (no stabilizer for the footage)
* Overall 4 from 5 star (beginner punya rate macam aku 🤣)
No more pt.3 for range distance. Saya rasa da cukup jauh da bagi saya jarak ini. Next projek do videography using this drone. Stay tune and pls support and like my page TQ.
https://www.facebook.com/se7enBa/


• Licence: You’re free to use this song in any of your videos, but you must include the following in your video description (Copy & Paste): Last Summer by Ikson: http://www.soundcloud.com/ikson Music promoted by Audio Library https://youtu.be/n2oTA5JSk80 ––– • Contact the artist: https://iksonmusic.wordpress.com/ https://www.instagram.com/iksonofficial/ https://open.spotify.com/artist/0oaw4... https://twitter.com/Iksonofficial https://www.youtube.com/channel/UCyB3... https://www.patreon.com/ikson

Tuesday, August 14, 2018

MJX Bugs 5W Range Test 1st Fly



Hari ni test ketinggina and jauh sebelum masuk kerja. Ketinggian saya tidak dapat test maksimum ketinggian sebab kawasan ni laluan kapal terbang so saya hadkan kepada 120m saja pada video ni, manakala jarak jauh dalam video ni 530m saya tidak berani dan x ada keberanian untuk membawa jauh dari itu di sebabkan bugs ni sudah jadi insect tidak kelihatan lagi. Apa pun saya amat berpuas hati dengan spec dan yang terdapat dalam Mjx Bugs 5w ni. Next project will do cinematic video for dis budget drone. Fill free like my page ya at https://www.facebook.com/se7enBa/

Apa pun saya akan test range distance part II nanti.

Tuesday, July 31, 2018

Rejoice with your family in the beautiful land of life




Air yang mengalir dengan siklus di kehidupan manusia, binatang dan haiwan terus berkembang sebagai pelengkap kehidupan manusia, dan lain sebagainya. Penciptaan tersebut Allah ciptakan semata-mata untuk kebaikan hidup manusia pula.

“Maka berlomba-lombalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamuberada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu” (QS Al Baqarah : 148)

Monday, June 10, 2013

It's Been a Long Time....

Bismillahirahmannirrahim...

Wao penulisan kedua aku dalam laman blog ini bagi tahun ini. Alhamdulillah....

Sebenarnya aku da lama x menembak nembak ni, di sebabkan apa aku pun x pasti sangat, sibuk... komitment lain... hobi lain... hahaha aku pun x pasti apa sebenarnya. Yang pasti aku memang suka aktiviti menembak ni dan yang pasti aku akan pergi memburu sang serangga yang kecil... comel.. menarik... indah... luarbiasa itu... kerna aku da buat diffuser box baru untuk aktiviti menembak macro ni hehehe dan memburu serangga adalah core major aku dalam aktiviti menembak ni hehehe . Bila nak beraksi tu... itu x pasti lagi la bila...


Baru baru ni aku mengajak orang tersayang pergi dating di tepi pantai hahaha.. sebenarnya perkara ni adalah perkara baru buat aku yang mana aku x pernah keluar berdua-duaan lepak di tepian pantai. Punya main best dating lepas kawen ni hahaha... kalau x percaya cuba la. Yang penting kena ada ikatan sah dulu baru pergi keluar dating ok hehehe..

Sambil sambil dating tu aku pun cuba cuba la jua menembak nembak kasi panas senjata kerna dia pasti akan beraksi dengan aktif x lama lagi.

Pantai Tg. Aru merupakan destinasi tempat kami bersantai... melapangkan minda... menghirup udara yang segar... memang segar wo di kawasan kami dating ni... sebab kawasan ni pun bersih lagi dan masih belum tercemar. Harapan di masa akan datang kawasan ni akan kekal bersihlah.

Sewaktu bercuti, ramai diantara kita begitu sibuk dengan aktiviti-aktiviti rekreasi, sama ada bersama keluarga atau teman. Dalam aneka pilihan tempat rekreasi, pantai menjadi salah satu tempat pilihan aku.. Keindahan ciptaan ALLAH dapat kita lihat di pantai terutama kecantikan laut seluas mata memandang. Bahkan melihat laut itu sahaja sudah mendapat pahala!. Ini jelas tercatat dalam AL QURAN:

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat ALLAH) bagi orang-orang yang berakal"  (SURAH ALI-IMRAN, ayat 190).


Dari kecil lagi aku memang suka memandang ke langit.. melihat awan bergerak dan melihat bintang adalah perkara yang aku lakukan apabila aku berada di kawasan lapang dan berbaring di bumi Allah.

Bila cakap saja pasal bintang teringat aku menawan puncak gunung Kinabalu. Melihat pemandang langit dan bintang di kedudukan tinggi di puncak membuatkan aku terpesona dengan keindahan dan kecantikan ciptaanNya. Ni yang buat aku bersemangat balik naik gunung ni hehehe... Boleh ka sayang aku bagi aku naik gunung lagi ni ? hehehe...
 

Isteri aku pun da lama x beraksi menembak ni... ni adalah hasil dari tembakannya.. boleh tahan da RO3rd masih jelas kelihatan seni menembakkan masih berbisa rupanya hehehe.


“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)..

Adalah tidak menjadi masalah untuk membawa seorang perempuan bersuka ria ditepi pantai, asalkan perempuan itu adalah mereka yg 'sah' utk dibawa kemana saja. Yang belum berkahwin pula, setidaknya bawalah orang tua untuk bersuka ria bersama. Bilamana ada kemampuan, hiburkanlah hati kedua orang tua dahulu. Bagi mereka yg mempunyai sahabat-sahabat USRAH, boleh juga kiranya 'libur' bersama teman USRAH, asalkan tidak berlebihan dan tidak menayangkan aurat sana sini. Jika melibatkan muslimin dan muslimat, pastikan dipantau oleh orang yang arif dalam ilmu agama seperti ustaz atau ketua organisasi itu sendiri utk menjaga IKHTILAT sesama mereka. ISLAM itu MUDAH tapi BUKAN untuk DIPERMUDAHKAN, kerana ISLAM tidak pernah melarang umatnya untuk berekreasi di tempat seperti pantai, asalkan dalam keadaan terjaga dari sebarang perkara-perkara yang melanggar syariat!

Akhir sekali ni la gambar kenangan kami sewaktu berada dating di pantai Tg. Aru best wo.. isteri aku pun da nampak da boyot perutnya menandakan masuk 5 bulan da hehehe.. alhamdulillah.


Monday, November 19, 2012

Dejavu di Kinabalu

Assalamualaikum...

Da dua bulan aku x menulis blog di sini. Hehe... bukan aku x da update tapi aku update blog mancing aku di SINI.

Kali ini aku ingin menulis pengalaman aku sebagai seorang pendaki gunung Kinabalu setelah bergelar suami hehe. Bukan aku x pernah mendaki gunung kinabalu ni, cuma kali ni XPDC pendakian aku hanya berdua saja iaitu diriku dan isteriku. Ada kelainan ka? bagi aku memang cukup berbeza naik gunung dengan rakan-rakan dan naik gunung bersama orang tersayang. Hehehe kalau x caya cuba la naik berdua sama org tersayang hahaha.

Tarikh 161112 ni adalah tarikh perjalanan xpdc mendaki gunung  kali ini. Perjalanan yang mengambil masa 1½ jam dari Ketiau ke Kundasang Bayu Kinabalu Lodge ini. Dulunya Bayu Kinabalu Lodge ini di kenali sebagai Bayu Home Stay dan aku pernah mengambil gambar signboard rumah tumpangan ini suatu tika dulu. Tapi setibanya di sini, signboard tersebut telah mengalami perubahan dan kemajuan... warna pun masih cantik lagi dari Bayu Home Stay bertukar ke Bayu Kinabalu Lodge dan yang pastinya pemilik lodge ini masih orang yang sama cuma rambutnya da panjang hehehe.

Inilah Bayu Kinabalu Lodge yang aku rasa amat berbaloi tinggal di sini. RM40 untuk sharing bilik dan RM80 untuk satu bilik. Di sinilah kami bermalam sebelum memulakan pendakian esok. Jarak dari Bayu Kinabalu Lodge ke Mount Kinabalu Park hanya 200m sahaja. So memang dekat dan berbaloi la tinggal bermalam disini.

Ketinggian di Bayu Kinabalu Lodge ini berketinggian 1520m dari paras laut dan 18.6 darjah celsius. Inilah kelebihan jam tangan hantaran aku ni hahaha. Selain boleh membaca ketinggian dan suhu, ianya ada kemudahan seperti kompas, pergerakan bulan, air pasang surut dan banyak lagi. Kalau memancing tengah laut dalam, tau la apa kegunaan jam ini sebenarnya hahaha.
171112 Tarikh pendakian. Thumbs up? membawa maksud? Memang beh berada Kinabalu Park ni hehehe. Sejuk-sejuk dan paling beh kejap lagi akan memulakan XPDC pendakian. 
Pendakian ini kami perlu membayar guide sebanyak RM128 (bagi 1-2 pendaki RM128,  2-4 pendaki RM158) untuk memulakan pendakian... yang mana aku telah menempah Sominah Gabantang sebagai guide kami. Aku memilih Pn. Sominah Gabantang sebagai guide kami kerna dia pernah menjadi guide aku sewaktu aku pertama kali mendaki gunung Kinabalu. Pada waktu itu aku mengalami kesakitan pinggang yang teramat sangat dan dari situlah memang aku x dapat sangkalkan lagi kewibawaan beliau sebagai seorang guide yang penuh sabar dan setia menunggu anda tanpa sebarang karenah. Boleh baca XPDC pendakian pertama aku di SINI.
Dengan bacaan doa dan bismillah, kami memulakan perjalanan kami pada jam 8.45am. Perjalanan kali ini kami memulakan dengan teknik "slow-medium-fast  walker" haha pandai-pandai saja aku namakan teknik ini. Aku menyuruh isteriku jalan di hadapan ku (slow) kerna aku yakin dia akan jalan perlahan dari aku.  Manakala aku pula akan sentiasa berada di belakangnya (medium) untuk sentiasa berikan dorongan agar terus bersemangat. Dan akhir sekali guide kami berada di belakang ku (fast) sebab memang tugas sebagai guide sentiasa berada d belakang pendaki yang mana mereka memang pantas berjalan. Maka terilham la teknik "slow-medium-fast walker" ini hahaha.
Pendakian kami pada mulanya bercuaca baik sehinggalah kami tiba di pondok Layang-Layang yang jaraknya 4M dari Timpohon Gate barulah cuaca berubah kepada hujan renyai renyai aka gerimis. Hujan tu x la lebat sangat, tapi boleh di katakan menyukarkan pendakian di sebabkan jalan yang licin dan suhu yang mendadak turun. Setibanya kami di pondok Layang-Layang pada jam 11.30am menandakan waktu makan tengahhari perlu dilaksanakan. Kalau x makan boleh habis tenaga untuk meneruskan pendakian hahaha. Berbekalkan 1 biji apple, 4 sisir pisang, 2 biji telur dan 2 kepingan roti yang berintikan ayam dan keju  setiap seorang, rasanya mengandungi protein yang baik untuk menambah tenaga bagi meneruskan perjalanan.
Ini adalah gambar terakhir sewaktu hujan renyai-renyai aka germis sebelum hujan yang kuat pula berganti. Di ketinggian 5.5KM boleh dikatakan aku berbangga dengan isteriku yang mana dia masih mampu berjalan dengan kelajuan yang asal iaitu dari Timpohon Gate hingga la ke sini. Memang penuh bersemangat dia untuk menawan puncak gunung Kinabalu benak hati ku hehehe. (melihat gambar ni berfikir aku, mana aku punya payung?).

 Alhamdulillah akhirnya kami tiba di Laban Rata jam 2.01pm. Sesuatu pencapaian yang di luar dari jangkaan ku. Walaupun hujan agak lebat tapi gambar punya pasal x apa la kamera jadi basah yang penting bergambar hahaha. Lagi pun x risau jua kamera ada keistimewaan yang di panggil "waterproof" dengan bahasa melayunya rendam dalam air pun masih boleh gamba. Setibanya kami di sini, aku terus ke kaunter pendaftaran bilik untuk di Gunting Lagadan. Perjalan dari Laban Rata ke Gunting Lagadan hanyalah sejauh 150m mengikut garis lurus ataupun dari checkpoint Laban Rata ke Checkpoint Gunting Lagadan. Tapi sebenarnya jauhnya berjalan kaki sejauh 500m dari Laban Rata.
 Kami pun mengambil keputusan untuk berehat di Gunting Lagadan. Kerna waktu makan malam bermula dari 4.30pm - 7.00pm. Dalam waktu inilah kami membersihkan diri dan berehat sebentar untuk menunggu waktu makan malam. Alhamdulillah penginapan kami di Gunting Lagadan hanya kami berdua saja sebilik dan tidak berkongsi dengan orang lain. Kerna sepengetahuan aku, bilik rehat di Gunting Lagadan para penghuni akan berkongsi bilik dengan pendaki-pendaki yang lain.

Da panjang rasanya aku punya intro ni.. so lets da pix tell da cerita pula... enjoy...

 Pemandangan dari balkoni Laban Rata
  Pemandangan Sunset dalam perjalan ke Gunting Lagadan.
(percayala Iphone pun buli ba ambek gambar hahaha)
 Promot lagi jam tangan aku hahha. Suhu menandakan 11.3 darjah calsius. Memang tahap beku sudah waktu ini. Suhu ini aku ambil sewaktu kami ingin memulakan perjalan untuk menerukan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Kami memulakan perjalan pada jam 2.40am
Bukan edit but itulah kenyataan. Keadaan kabus yang tebal  dan suhu yang mencecah 10 darjah calsius menghasilkan gambar seperti ini. Iainya bukan salji tapi kabus yang tebal.
5.15am kami sudah melepasi papan tanda 7KM. Keadaan pagi yang masih dingin dengan kabus yang menebal.
6.00am kami sudah sampai di kilometer 8, yang mana hanya tinggal 500km lagi di depan untuk menawan puncak. Kebiasaannya jam 6.00am pemandangan di Gunung Kinabalu amat terang sekali tidak seperti ini.
Kagum, bangga, terharu, tersentuh dan banyak lagi perasaan yang x dapat aku terjemahkan kepada isteri ku yang tersayang. Dengan linangan air mata kepenatan serta kesakitan, dengan sindrom yang takutkan tinggi. Dia menguatkan semangat untuk menawan puncak Gunung Kinabalu ini. Aku boleh rasakan tinggi semangat juangnya melebihi tinggi Gunung Kinabalu ini.
Betapa tingginya sesuatu puncak, betapa luasnya sebuah lautan percayalah ianya boleh di tawan dengan hati dan semangat yang kental.
6.40am kami menawan puncak Gunung Kinabalu dan Gunung tertinggi di Asia. Dejavu di Kinabalu, sebab inilah aku x ingin menawan puncak sebelum ini kerna aku ingin menawan puncak bersama orang yang tersayang dan berkongsi suka duka berada di puncak ini. Isteriku memang seorang yang kuat semangat. Love you. (wa kaca mata itam tu jua la hahaha)
Sempat bergaya sewaktu untuk turun dari puncak Kinabalu.
Aku pun ingin bergaya jua ba hehehe.

So aku rasa ini saja aku dapat kongsikan pengalaman aku menwawan puncak Kinabalu bersama orang tersayang. Now my wife is purely, truly, deeply menjadi orang sabah sejati. Tahniah SAYANG MEMANG BEH !!!.


Tuesday, September 13, 2011

Mount Kinabalu


Mount Kinabalu

Gunung Kinabalu (4095m) adalah gunung tertinggi di Asia Tenggara dan terletak di Taman Negara Kinabalu di wilayah Sabah Borneo Malaysia. So aku tumpang bangga jua sebagai orang Sabah dan lebih bangga lagi aku da berjaya meninggalkan kesan tapak kaki ku di sana hehehe.

Mount Kinabalu

Mount Kinabalu

Walaupun ianya gunung tertinggi di Asia Tenggara, tetapi ia merupakan salah satu puncak gunung di dunia yang paling mudah untuk di tawan mengikut wiki yang aku da baca. Kerna pendaki tidak memerlukan apa-apa pengalaman untuk menawan gunung ini cuma yang penting ada kemahuan untuk menawan anda pasti berjaya. Sebab rekod yang tercatat di wiki, usia semuda 3 tahun dan selewat 80 tahun telah berjaya menawan Puncak Kinabalu.

Mount Kinabalu

Mount Kinabalu

Biarpun aku sudah berjaya menawan Gunung Kinabalu, aku masih mahu untuk pergi sekali lagi untuk ke sana x kira sama ada puncak atau pun ferrata yang penting kepuasan pendakian tu yang amat memuaskan buat ku. Pasal tu la aku godek-godek gambar lama naik gunung ni sebab aku da rindu sangat nak naik balik gunung ni hahaha. Bukan apa selain kepuasan mendaki tu aku belum puas mengambil gambar di sana huhu.. maklum la time naik 1st tu kamera habis bateri nasib phone ada bateri lagi, 2nd time naik pula kamera masuk air di sebabkan hujan kuat time tu.... sedih jua pun ada.

Mount Kinabalu

Mount Kinabalu

Sekiranya tahun ini ada kesempatan aku ingin sekali lagi untuk pergi kesana... kalau x ada terpaksa la tunggu tahun akan datang... apa pun aku macam berminat nak ke arena diving sudah ni adoi hahaha RM boleh terbang lagi kalau nak dapatkan lesen tu.

Mount Kinabalu

Apa pun aku ingin pastikan yang aku akan datang kembali untuk melihat keindahan ciptaan-Nya.

Monday, April 4, 2011

Just Sunday

words from sky

I don't know what happen to me lately.. macam aku cepat penat tiba² saja ni... event nak kejar jumper spider pun aku x larat sudah. Am i getting old? hehehe...

Gambar ni ku ambil sendirian di belakang rumah ku... bukan bermaksud betul² belakang rumah but have to drive pergi ke Sepanggar hehehe.. bukan aku x nak ajak rakan² yg lain tapi .. aku da lewat bangun dalam jam 5½pm begitu.. so kalau call mereka pun aku rasa x sempat.. kebanyakan mereka tinggal area sebelah "atas" ..jadi aku pun secara x sengaja pergilah jalan sendiri sebabkan aku lihat cuaca dari rumah aku memang cerah langitnya... akhirnya inilah gambar terbaik dari ku yang sempat aku gambar.

Monday, January 24, 2011

Infrared

Aku rasa ini adalah outing aku pertama sempena 2011. Da lama aku x buat outing ni sebenarnya dan da lama aku x godek godek kamera IR aku tu, so sebagai pembukaan untuk aktiviti outing aku biarla IR aku sebagai perasmian hehehe.

Kali ini aku outing sendiri saja, member lain sure ada komitmen lain so x nak ganggu mereka la, lagi pun dalam group aku, cuma aku saja yang ada kamera IR, aku rasa ok la tu menembak sorang sorang hehe...

Kalau sebut pasal IR biasanya aku akan tembak nature, yang ada tumbuh tumbuhan hijo dan ada langit biru. Pasal apa... aku pun x tau pasal apa. Nak tembak portrait guna IR aku x mahir lagi dengan skin tonennya tapi insyallah aku akan cuba mencari skin tone tersebut untuk tembak portrait guna IR.

Here some pix yang aku dapat share untuk outing edisi IR kali ni.. enjoy ... :-

Lake - IR

Lake - IR

Masjid Negeri

Bicycle - IR

Monday, October 18, 2010

My Saturday

Highway - IR
Navy - IR

My Saturday? whats going on? tiada apa berlaku hehehe... aku jalan² di kawasan Tuaran tengok² tanah warisan keluarga ku, sambil cari² rumah mana la tau ada rumah yg di jual murah². Sambil jalan² tu sempat la aku menembak-nembak landscape guna IR aku ni, da lama rasanya IR aku x menembak.

Like wut i said, aku akan aktif kembali aktiviti menembak ni hehehe. About last week Outing i will post soon. And like wut i said i just put any activities about outing kat Shout Box aku so.. if wanna join just let me know. ^^

Thursday, December 3, 2009

Dunia Infrared

Isolation - Infrared

Aku rasa sudah seminggu aku x update blog aku ni... bukan apa.. last week teda outing sebab aku pergi berubat... jadi teda la buat outing hehehe...

So here i wanna share apa yang di panggil Infrared Photography (IR Photography).. mengikut pemahaman aku la...

Kenapa di panggil IR photography? sebabnya mudah saja... mata kanta kita dan kamera yang tidak menggunakan filter IR tidak dapat melihat/merakam riadiasi cahaya infra-merah (un-visible light) yang dihasilkan pada bacaan gelombang spectrum dalam skala nanometre (nm) yang mana 1 nm = 1 juta meter. Oleh itu dari kanta mata/kamera yg tidak menggunakan filter IR, hanya dapat melihat warna violet iaitu 400nm hingga kepada warna merah yang kecil iaitu 650nm.

Macam tentera dan movie movie kita lihat di kaca tv/pawagam.. yang mana mereka mengesan orang di sebalik dinding tu.. ia di panggil Infrared-Thermography (tomography) yang mana suhu melebihi ( Zero Kelvin) akan radiate heat dan heat tersebut dalam bentuk spectrum yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar atau pon kamera biasa.

Tetapi IR Photograpy pula di panggil Infrared-Radiation yang mempunyai gelombang spectrum 700-1200nm, iaitu warna merah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Spectrum gelombang warna ini akan dapat di rakam menggunakan filter IR dan akan menghasilkan kesan warna luar biasa pada gambar yang dirakam. Salah satunya contoh gambar di atas hehehe.....

*sekiranya ada salah info harap dibetulkan

Monday, November 9, 2009

Tanjung Simpang Mengayau - Tip of Borneo

Finally dis week no more portrait hehehe.... jadi relax relax sket pergi menembak pemandangan yang indah-indah ciptaan yang Maha Esa.

So perjalanan minggu ni jauh bangat deh dekat dekat nak 3 jam jua. Perjalanan yang bermula dari 7.40 am dari rumah aku dan tiba di Tanjung Simpang Mengayau pada jam 10.20 am. Dis is my second time datang ke sini ... lama sudah aku x pergi sini ... perjalanannya ada bagus sedikit dari dulu.. but i hope .. suatu hari nanti ada pihak² yang bertanggungjawab membaiki jalan ke Tanjung Simpang Mengayau ni, dan di harap jua ada penjagaan yang ketat sebab dulu time aku datang belum ada nampak sampah² berselerakan di pantai².. but sekarang ada sudah.. walaupun x banyak sangat ... nanti lama kelamaan akan menjadi parah aku rasa dan mencemarkan keaslian dan sucian pantai tersebut.

So here some pix yang aku tembak sewaktu merayau di Tanjung Simpang Mengayau - Tip Of Borneo... enjoy da pix

Rumah Api - Tip Of Borneo

Tip Of Borneo

Tip Of Borneo
Tengok batu-batu (Tip Of Borneo) ni macam kecil saja kan

Tip Of Borneo
Baru kita tau bezanya dengan size kita hehehe. Inilah hujung tanduk di peta Sabah.

Liza - In Action
Liza In Action

Nooren
Nooren gaya bersahaja

Infrared Time

IR - 1000D
My Canon EOS 1000D fully convert to Infrared

Nooren & Liza - Infrared
Nooren & Liza

Tip Of Borneo - Infrared
Perjalan menuju ke Globe and Tip Of Borneo

Tip Of Borneo - Infrared

Me, Myself & I
Entah berapa lama sudah aku tak makan ais krim hahaha....

Tip Of Borneo - Infrared
Ready... One.. Two..

Tip Of  Borneo - Infrared
Luas bangat pemandangan di sini

Tip Of Borneo - Infrared
Tip Of Borneo

Group Photo - Infrared
Finally our group photo - IR version hehehe.
Cuaca waktu ni mendung + hujan.

To my friends Liza & Nooren.. thanks so much kerana menjayakan merayau kita kali ni hehehe... walaupun keadaan cuaca mendung + hujan sewaktu kita berada di sana... tapi semangat jua korang menembak hahaha... caya la.. Korang memang BEH!!!

* for more can visit my flickr