Tuesday, April 28, 2009

Buat kesalahan? - Not too fast...

Buat kesalahan? - Not too fast... delete your digital photography mistakes. Dulu aku pun macam tu, tak cantik saja terus delete, nampak buruk saja terus delete, x mengikut citarasa aku.. terus delete dengan kata lain x perfect saja terus DELETE. Nak yang cantik saja baru disimpan di memori kamera, kot kot kawan tengok hasil kamera kita x lah malu sebab gambar yang x cantik sudah dipadam terlebih dahulu (buruk punya org hehehe....) .Tapi pabila aku terbaca penulisan melalui laman web kegemaran aku pasal fotografi dari Digital Photography School dengan tajuk Don't Delete Your Digital Photography Mistakes Too Quickly ia secara tidak langsung telah membuang tabiat lama aku dari yang suka padam gambar yang aku rasa x menarik hingga suka mengumpul semua hasil penangkapan yang dibuat sama ada menarik atau tidak. Tapi jangan lupa, kenalah buat folder best shoot for today dan folder untuk menyimpan semua gambar mengikut tema, tarikh ataupun mengikut citarasa kita sendiri.

Apa pon situasi ini akan berubah apabila capaian memori kad kita nak hampir penuh so, perlulah kita padam. Tapi kalau masih banyak space janganlah padam gambar-gambar yang sudah diambil. Kerna apa yang kita nampak di LCD sebesar 2-3 inc tu tidak sama apabila kita lihat di monitor komputer kita yang sebesar 15 - puluh² inci tu. Dari sini kita akan nampak, yang cantik di LCD x semestinya cantik di monitor dan juga sebaliknya.

Selain itu banyak kita pelajari apabila kita melihat kesilapan dari gambar-gambar 'rosak' yang telah kita ambil. Adakalanya boleh membuatkan kita tertawa sendirian dan adakalahnya gambar-gambar tersebut memberikan makna yang lain dari yang lain.

Bagi aku banyak gambar-gambar 'rosak' yang telah di ambil aku jadikan sebagai panduan untuk hari selanjutnya, aku jadikan sebagai koleksi texture, background, manipulsi dan macam-macam lagi dalam photoshop. Dan ini sebagai contoh bagi aku gambar 'rosak' yang telah aku ubah menjadi Miniature. Apa benda pula miniature ni? tunggu di edisi akan datang kalau aku rajin nak tulis pasal miniature ni kekekeke...
Taken from SEDCO


Lokasi : Kg. Kopungit, Kota Kinabalu

Sunday, April 26, 2009

Pelancong yang keliru

Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas di depannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?" Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah" Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'. Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul. Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya.

"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?" Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar" Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'. Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul. Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya

"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?" Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul." Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi..

"Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawapannya 'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawapannya 'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"

"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu...

"Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana ya?" tanya Pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah""

Thursday, April 23, 2009

Ice Lemon Tea

Cakap saja ice lemon tea... pergh minuman peberet aku tu hahaha.... inilah air yang menyejukkan badan aku selepas outting bersama member² aku di kg. kopungit yang terletak dekat sekolah maktab sabah. Dulu aku fikir kopungit ni luar kawasan Kota Kinabalu, rupa-rupanya andu ba dakat saja ngan sikul lama sia dulu di st.zack. hahaha biri-biri tol.

Outting kali ni kami buat di kg. Kopungit, perancangan yang secara tiba-tiba dan perancangan yang last minit bertukar lokasi dari signal-hill ke kg. kopungit. Semua idea ini diilhamkan oleh member aku AK, lagipun keadaan cuaca waktu tu x berapa menarik, pasal tu la aku rasa kami tukar tempat. Apa pon thanks to you bro sebab bawa aku ketempat ni, dan aku rasa rakan-rakan yang lain pon rasa seperti apa yang aku rasa.

Sampai sana saja aku mati kutu x tau nak shot apa walaupon landscape dari sana cantik tapi aku tak ada idea nak shot apa pada waktu itu.


Memandangkan aku mati kutu waktu itu, ini la gambar yang pertama sekali aku shot mengabungkan tiga gambar dan membentuk satu gambar panorama fotografi bandar Kota Kinabalu. Waktu itu aku cukup gembira sebab kelihatan matahari yang terang menyinari bandar Kota Kinabalu, tapi sinarannya tidak lama disebabkan awan tebal di ufuk timur. Apa pon aku tak boleh jadikan itu sebagai alasan untuk aku mendalami dunia fotografi ini.

Banyak-banyak gamba aku suka gamba dari rakan aku Maya dan Brenda, yang lain tu jangan kecik ati ah hahahaha... tapi memang aku suka tengok gamba Maya, cepat betul ko mahir ngan kamera ko tu Maya well done respek + tabik spring kat ko. N Brenda pergh memang luar dari minda aku kreativiti ko shot gamba tu, canteq bangat deh... mau berguru aku sama ko ni, suka aku tengok kreativiti yg ko buat.

This is our group photo hehehe.. berabis juga mau buat group photo ni mau 5 kali ka percubaan group photo ni hahaha... apa pon korang memang beh la.. sporting abis ni hahaha.. apa pon member aku Norman join kali ni, dia yang duduk sebelah aku baju hitam tu, dia la yang bernama Norman. Thanks bro for join us this time. Tapi yang peliknya dalam 5 shoot tu pose Maya semua sama dalam kelima-lima gamba tu hahaha... mesti nak tunjuk dia punya beg mahal kalik tu kan maya.

Behind the scene hahaha mungkin ayat ni yang paling sesuai sebelum kami balik. Kami ingin bermain lightning yang memang hancur habis waktu itu hahaha apa pon model kami macam biasalah si Nooren memang sporting abis ni, hahah respek + tabik spring jua kat ko hahaha..

kepada rakan-rakan yang keluar outing kali ni AK, Norman, Liza, Nooren, Maya n Brenda thanks for your guys time.

....korang memang beh............

where is our next destination? hahaha....

Lokasi : Kg. Kopungit, Kota Kinabalu, Sabah.