Alhamdulillah aku selamat tiba dan balik dari tempat yang dituju. DZ Nature, Kimanis salah satu destinasi untuk kursus aku kali ini yang bertemakan konsep motovasi diri "Sentuh dan Rasa" - Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Pelbagai kursus motivasi yang pernah aku ikuti, kursus ini lain dari yang lain. Sepanjangan kursus yang dijalankan, aku rasa ini adalah satu kursus yang patut di hadiri oleh semua lapisan masyarakat tak kiralah swasta, kerajaan, pegawai atasan, pegawai bawahan, keluarga, dan mana-mana individu yang inginkan ketenangan dan kesedaran diri, walaupun mungkin tidak sampai 100% tapi aku rasa pasti akan terpahat jua sedikit kesedaran pada diri sendiri.
Tidak seperti konsep motivasi yang kebanyakannya memerah minda kita, konsep motivasi kali ini membiarkan kita merasai serta menjiwai perasaan diri kita yang mungkin ataupun telah hilang sifat kemanusiaan kita sesama manusia.
Kampung Kelatuan, Kimanis yang tidak jauh terletak dari DZ Nature merupakan destinasi kembara kumpulan aku yang kami namakan sebagai kumpulan TOMYAM yang mana nama tersebut kami perolehi kerna tanpa mengira siapa dalam kumpulan kami, yang kami tahu kami semua ingin memastikan apa yang kami ingin capaikan berhasil, maka lahirlah perkataan TOMYAM tersebut yang mana pembuatan tomyam yang asal sendiripun mencampur adukkan pelbagai bahan tanpa mengira rasa untuk menghasilkan masakan yang luarbiasa.
Apa yang akan terjadi kepada kita apabila kita sudah tua? adakah anak-anak yang kita harapkan apabila sudah dewasa dan berkerjaya akan menjaga kita? Adakah orang yang kita cintai akan menjaga kita sehingga akhir hayat? Ataupun kita hanya mendapat ihsan dari masyarakat, dibuang ke rumah orang tua, bersendirian di rumah yang usang tanpa disedari masyarakat sekeliling yang sibuk mencari rezeki, bersuka-ria dan membuat hal masing-masing? Renung-renungkanlah dalam diri kita...

And seperti biasa here some pix, aku ambik sepanjang lawatan kembara kami di Kg. Kelatuan, Kimanis. Enjoy da pix guys...
Sebuah senyuman pengubat duka.
Sebuah senyuman pengubat duka.
Disaat beliau berkongsi suka-duka.
Kak Kamlah (salah seorang ahli kumpulan Tomyam) sempat memberikan pose menarik walaupun dalam keadaan kesayuan.
Akan menjadi kenangan dan pedoman.
Group photo (semua topi adalah "handmade" dari kumpulan masing²).

Terima kasih kepada ahli kumpulan Tomyam, Ag.Raini (sebagai bapa dalam kumpulan), Kak Kamlah (sebagai ibu dalam kumpulan), Dulian, Fauziah, Erma dan Needa kerna memberikan kerjasama yang baik tanpa mengira latarbelakang siapa kita semua. Korang memang BEH!!!...
No comments:
Post a Comment