Saturday, January 15, 2011

Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu

Cakap saja pasal Gunung Kinabalu ni, macam aku tak percaya yang aku baru saja dari mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu pada 13-14 Januari 2011 baru-baru ini yang mana memang amat mencabar dan mendebarkan. Apa taknya, stamina pun tiada.. rasa-rasa baru 6 kali saja aku jogging di tasik Likas tu, kalau di Tun Fuad tu pula.. baru sekali saja hehe itu pun berjalan saja x larat nak jogging, nak naik bukitnya pun ... huhuhu x larat aku.

Seramai 15 orang dari SEDCO yang menyahut cabaran untuk ekspedisi pendakian ni.. 5 lelaki & 10 perempuan... yang mana kami mulakan pendakian dari Timpohon bukannya Mesilau hehehe.

Ekspedisi pendakian untuk ke Laban Rata bermula seawal 9.06am mengikut masa yang di catit oleh phone aku.

Carson Fall adalah air terjun yang pertama sekali yang akan anda lihat apabila keluar saja dari Timpohon Gate, bagi aku ini sebenarnya satu psikologi yang membuatkan anda akan lupa apa yang akan menanti anda seterusnya hehehe. Selepas 1KM pertama anda akan secara automatiknya akan lupa keindahan Carson Fall tersebut disebabkan anak tangga yang setinggi betis sedang menanti kedatangan anda. Bila saja kelihatan tangga yang membuatkan leher anda mendonga keatas, di situ akan timbul tanda tanya dalam diri anda (aku boleh ke tak ni? betul ke aku nak naik Gunung Kinabalu ni? hahaha).

Lebih-lebih lagi aku yang dalam keadaan 50-50 fizikal aku yang sakit pinggang dan lutut.. membuatkan aku seringkali bertanya diri sendiri. (Apa yang aku sudah buat ni?) Tapi dengan berkat doa, kesabaran dan semangat.. aku teruskan jua pendakian ini. Yang pasti dan yang anda harus tahu, sebenarnya pendakian ni kekuatan mental adalah alat yang utama untuk membawa anda kepuncak Gunung Kinabalu bukannya fizikal. So yang penting jangan give-up dan sokongan moral rakan anda amatlah diperlukan apabila anda hampir putus asa... tetapi kalau kawan sendiri pun sudah putus asa nak bagi moral support .. alamatnya anda sendiri akan d tinggalkan hehehe..

Semasa ekspedisi pendakian ke Laban Rata ni aku x banyak mengambil gambar disebabkan keadaan hujan, tambahan pula aku x ada bawa payung atau baju hujan.. ertikata lain aku basah lenjun la hehehe... tak apa la hujan pun hujan la yang penting aku mesti sampai di Laban Rata dalam hati ku, bukannya apa.. aku dalam keadaan darurat sudah... lapar la katakan hehehe... coklat cloud 9 yang aku beli 1 pack habis dalam perjalanan, 2 tapau dari rakan aku pun bersih aku habiskan.. jadi jawapannya kalau nak makan kena sampai laban rata dulu baru hidangan enak-enak d sediakan.

Aku pun x tau nak cerita apa lagi lets da pix yang bercerita pula hehehe.. enjoy da pix...

View from Kinabalu Park (betul ka aku akan di puncak nanti?)

My Tag


Group Photo
Group Photo ( so sorry to pn. Mariyam because time ni dia kat toilet)

Another 550m to Laban Rata ? 550m tu garis lurus saja yang bengkok-bengkoknya x di kira hehehe... apa pun ini satu psikologi yang memang bagus dan membantu para pendaki bersemangat untuk sampai ke destinasi.

Kami hampir sampai ke Laban Rata.

View from Laban Rata Hut (Alhamdulillah sampai jua aku di destinasi pertama iaitu Laban Rata pada jam 2.49pm)

Siza bukan penghalang hehehe. (kami menetap di Gunting Lagadan Hut yang jauhnya 150m dari Laban Rata Hut.

View from the plateau of Mount Kinabalu when sunrise
I know that climbing Mount Kinabalu probably an easy climb for some of you but for me its an amazing achievement. I made myself wondered with my ability, i now believe the skies is the limit. Seen here is my shoes hehe...i'm enjoying the view before the summit of Mt. Kinabalu (4,095 metres (13,435 ft) above sea level ) It was hard but very-very cool experience...i'm very proud of myself :o. Yeah, finally im pure Sabahan lols. I didn't take many photos because my camera running out of battery and I'm forgot to bring my extra battery as well. So sad.

Me with my guide
Me with my guide Sominah Gabantang.
Guide yang setia mengikut karena aku sewaktu pendakian. Mendaki untuk ke puncak amat berbeza daripada mendaki ke Laban Rata. Waktu inilah aku hampir putus harapan dan hilang semangat untuk meneruskan pendakian ku sehingga aku terlena sewaktu pendakian. Apa pun aku berjaya sampai ke destinasi seawal 5.50 pagi.

Ugly Sister Peak
Ugly Sister Peak (4032m). Thanks to my fren Jontot to lend me his wide lens 10-24mm

My Self
I feel great. hehe...

Me. My Self & I
It's me again hehehe. OMG dis time i take a lots of self-portrait. 8.5KM something i must proud of myself hehe.

So aku rasa itu saja yang aku dapat share setakat ini, gambar lain akan aku upload di flickr ku. And to all my friends Nooren, Mariyam, Christine, Needa, Erma, Asma, Brenda, Maya, Fify, Tasha, Helmy, Rahim, Faizal congrats to you all kerna berjaya sampai puncak walaupun ada 4 orang yang x sampai, but sampai ke Laban Rata.. sesuatu yang amat membanggakan. Salam..







13 comments:

  1. Eeee.. cantk lah gambar kasut & 8.5km tu, aku suka!
    This climb is the greatest achievement of all, congratulations to you & thanks for joining despite of ur injuries :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah coz dapat menawan gunung Kinabalu walaupun sakit2 gitu hehe...lepas ni bole try Everest pula hehe

    Mmg cantik pemandangan dari puncak ni...bila tengok gamba ko lagi tinggi kedudukan dari lapisan awan....kagum sya, its looks great!!! welldone (^_^)v

    ReplyDelete
  3. syabas la bro... suke tgk gmbr kat puncak tu... bravo!

    i wish i can climb again next time... insya-allah...

    ReplyDelete
  4. Tahniah sahabat...
    catatan pengalaman yg luarbiasa..
    foto-foto pun best...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. semua nya selamat. so hows ur back? makesure u go to check ya.mau dgr full version of this story masa kopi2.heheh

    ReplyDelete
  6. Nooren : yupe da view from there very nice hehe.. macam x nak turun hehehe..

    Liza : Everest? akan di pertimbangkan hahaha... apa lagi pergi buatla team guru² menawan puncak hehehe...

    Namron : Thanks bro.. wow ko pernah pula sudah naik.. ba naik lagi kalau berani hehehe

    2121studio : Terima kasih sahabat. Mudah²an 18 jan ni semua berjalan lancar, nak jua tengok hasil IR dari doc nanti hehehe.

    AK : Buli ba sana Daily hehehe... belakang aku jangan cakap la, 2 - 3 step kena terus duduk sebab sakit betul.

    ReplyDelete
  7. CONGRATULATION fik, im proud of u!

    my fav pic yg 'i feel great' tu.
    sememanganya kawan amat memainkan peranan penting in this trip. i hope i was a good companion n kawan to all in this trip.

    BRAVO fik - u r now a pure Sabahan :)

    ReplyDelete
  8. Tine : thanks ko pon hebat ba jauh ketinggalan sia oleh ko. note pure yet until dapat itu ferrata hehehe.

    ReplyDelete
  9. Woi...cantik sungguh gunung tu..sejuk..rasa mcm nak pergi..insaallah jika ada rezeki saya nak ke sana.thank you.share...

    ReplyDelete
  10. Adika : thanks. Memang sejuk ketika berada d laban rata apa lagi bila berada d puncak. Good luck ya. Amin

    ReplyDelete
  11. saya bakal naik juga ni.. ada pape tips x? huhu seram juga nih boleh naik or x

    ReplyDelete
  12. Diyana : Tips bawa coklat or power bar & air yang cukup. Dan paling penting keyakinan tinggi untuk sampai kepuncak mesti ada. Persediaan mental da cukup kuat.. insy'Allah sampai jua ke puncak tu.

    ReplyDelete
  13. Bestnyer... seyes teringin giler nak pegi sini....

    ReplyDelete