Monday, April 25, 2011

สวัสดี "Hello" - Sawasdee

FD3572

FD3572 - Friday 22/04/2011, 1040 hrs wit dis time no delay flight hehehe... dats a good things from AirAsia yang biasanya kita maklum mengenai masa 'delay' penerbangan mereka. 1040 adalah masa penerbangan ku dari LCCT (MAS) ke Thailand (Suvarnabhumi) sebutannya 'Su-var-N`hum' yang mengambil masa penerbangan selama 2 jam.

As usual percutian aku tidak menggunakan agent yang mana aku lebih selesa bercuti mengikut masa kau sendiri, bukannya masa aku di atur oleh agent² tertentu hehehe. Setibanya aku di Thailand International Airport Suvarnabhumi ni.. ada sesuatu yang menarik iaitu .. NO MAP. hahaha mampos... mereka cuma menyediakan map untuk lapangan terbang itu sahaja. So where is da Bangkok maps? Sebenarnya Map² tersebut hanya di provide kan oleh agent² pelancongan sahaja dan kita haruslah mengikuti atau menempah mana² perkhidmatan yg disediakan barulah kita memperolehi Bangkok Map. Walaubagaimanapun aku dapat juga map tersebut tanpa menempah mana² perkhidmatan yang d sediakan dengan cara ku sendiri... bagaimana tu biarkan saja la jadi sejarah hehehe.

Sampai saja aku di hotel, aku pengsan dulu untuk menatrulaize kan dulu badan aku yang lemas lemas sewaktu penerbangan hehehe. Malaysia Hotel nama hotel tersebut dan ni la hotel sewaktu aku duduk di Bangkok, Thailand dari serendah 600 baht sehingga 1400 baht ... yang bestnya hotel ni dia ada swiming pool, spa, cafe. Jarang hotel menyediakan perkhidmatan begini dalam kadar sewa yang sedemikian.

Mengenai taxi x perlu risaulah sebab taxi betul betul berada di depan lobi hotel, so anytime boleh pergi airport 24h service disediakan tanpa bayaran lebihan. Iaitu sebanyak 500 baht. Walaupun ada mahal sedikit daripada taxi biasa tapi aku rasa itu perkara biasa sebab memang azali sudah maklum naik taxi pergi airport lebih mahal dari naik taxi dari airport ke destinasi. Dalam kes ni taxi yang perlu di bayar dari airport ke hotel sebanyak 370 bath manakalah dari hotel ke airport sebanyak 500 bath. Walaupun namanya Malaysia Hotel dan nama carenya Malai hahaha.. but ianya bukan cafe yang halal hehe.

Bangkok City
Bangkok City, huhuhu.. lebih jem dari Jakarta yang aku pernah pergi.



Di hari yang pertama ku di sana, aku menghabiskan masa perjalanku hanya di MBK center yang merupakan suatu kompleks membeli belah yang aku boleh katakan "anda harus pergi" hehehe.. kompleks ini menyediakan pelbagai barangan, dari yang betul² murah dan betul² mahal, pelbagai barangan anda boleh dapat di sini, dari yang basah, kering, sehingga besi hehehe dengan erti kata lain ada macam Giant kalau di sini, ada kraftangan, ada elektronik, pakaian, handphone dan kamera tu jangan cakap la, jauh lebih kedepan gajet yang dipamerkan dan cakap pasal kamera pula.. 1st time aku nampak lens bazooka yang real didepan mata hehehe iaitu Canon EF 800mm f5.6L USM. Beg kamera jangan cakap la jauh murah dari Malaysia adoi. Dan yang peliknya hanya kamera Canon yang banyak dipamerkan berbanding Nikon. Perjalan aku pergi ke sini menaiki Tuk Tuk hehehe... kalau x sakit jantung try la naik Tuk Tuk ni cepat murah tapi... rasa sendiri baru tau hehehe...

MBK Center
MBK Center, kalau x silap aku complex ni terdapat 6 tingkat kesemuanya dan terdapat makanan halal di sini selain KFC. Di setiap tingkat berlainan jualan di sediakan

KFC Ice Cream
Yummy hehehe... aku yang jarang makan benda ni ... boleh makan jua benda ni hehehe..

Di MBK Center ni, hanya 2 saja makanan halal terdapat di sini iaitu KFC & Zana Seafood , KFC ni la satu²nya yang menyelamatkan diri dari kebuluran tapi x menyelamatkan perutku sebab aku sakit perut makan ala ala thai ni hahaha.

Di market ni jua la aku jadi Bankrup hehehe.. sebab da nawaitu aku nak shopping apa lagi shopping la hehehe.. bukan selalu..

NUDE turn left
So jangan terkejut la benda benda lesbian or gay di sini ni yer hehehe... but lesbian senang betul kelihatan di sepanjangan perjalanan

MRT Coin Pass
MRT menggunakan Coin seperti ini sebagai pass perjalanannya. Dari penghinapan Malaysia Hotel ni amatlah senang. Yang penting jangan malu bertanya hehehe.

BTS Card Pass
Yang ini BTS pass card dan sama seperti SKY cuma warna saja lain. SKY berwarna putih kadnya.

2nd day di Bangkok aku menaiki MRT, BTS, SKY yang mana ke tiga² pengangkutan ini ialah seperti MRT kalau bahasa kita cuma company yang berbeza dan pengangkutan sedikit berbeza. Mungkin itu la perbezaan MRT & ERT ... yang aku pun x sure apa maksud atau perbezaan diatara ke dua² nya. Tapi yang nyata di sini, MRT menggunakan Coin Cip sebagai pass, manakalah BTS dan SKY menggunakan Card sebagai pass.

Victory Monument
Victory Monument. Gara gara ni la kena naik BTS sebab .. BTS saja yang dekat kawasan ni.

MRT dari tempat penghinapan x la jauh sangat umpama dari office aku pergi ke Center Point Sabah. Di hari ke 2 ni aku pergi Mo Chit iaitu sebuah pasarraya yang luasnya aku rasa umpama dari Office ku hingga ke Center Point Sabah yang di kenali sebagai Chatuchak Weekend Market. Gila Gaban punya luas market ni, dan seriously aku cuma larat berjalan suku saja dari market tersebut yang telah menelan 4 jam perjalanan.. kalau nak bagi habis satu market tu aku pun x tau berapa masa diperlukan hahaha.. barangan di sini jangan cakap la.. banyak banyak barang di MBK center.. barangan di sini lagi luarbiasa. Chatuchak weekend market membuatkan penyakit pinggang aku datang kembali.. pasal tu la aku x mampu nak habiskan rondaan market tersebut huhuhu...

Made in Thailand
Made In Thailand hehehe

Chicken Beef
Chicken hotdog

Yummy
Ada tanda halal so try la apa lagi hehehe harganya 30 bath

For Education
Aku lupa apa wayang yang ceritanya pasal benda ni. Tapi bila budak ni main pergh best lagunya hehehe... mereka dari sekolah music dan ingin memungut derma untuk lanjutkan pembelajaran.

Musical
Tapi yang ini aku betul betul tabik spring la. Melodi diorang pergh memang beh dan cukup pantas mereka bermain alat ni.

Ku rasa setakat ini saja cerita ku mengenai Thailand yang for sure i will go again but not Bangkok hahaha. Maybe Phuket or Pattani boleh try hehehe. Before menamatkan cerita ku kali ni ada sedikit gambar ingin aku kongsi dan untuk direnungkan...

Thai Crew
Thai crew jika da perhatikan yang lelaki tu di belakang sekali... y?

Malaysia Crew
Malaysian Crew.. terbalik pula hehehe.. yang lelaki di depan.. y?

No Smoking
Seriously no ppl smoking here. Walaupun dendanya 2000 Bath. Pasal ni pun aku respek habis kat mereka not only for pelancong but org tempatan sendiri tiada yang merokok di kawasan ini.

Why?
Org kita. Time ni aku baru balik dari Bangkok dan gambar ni di ambil di LCCT. Terang² dan besar di letak sana kawasana larangan merokok denda RM10,000 atau penjara 2 tahun. Jauh lebih berat tindakan yang di ambil.. tetapi apa sudah jadi? budaya kita ka, penguatkuasa ka, atau ...aku pun x tau nak cakap apa.

Apa pun Bangkok sebuah negara yang penuh dengan warna warni kehidupan. คุณขอบคุณ - Khob Kun "Thank You"

5 comments:

  1. Nice story n byk pics menarik especially itu papan iklan icecream, looks so yummy hehe.... i bet now u got new spirit utk bekerja suda afta balik dari holiday ko di Thailand tu hehe.....tertarik dgn isu merokok di atas..memang melayu mudah lupa hahahaha....=p

    ReplyDelete
  2. wah.. best best best!! thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. surprisingly short and sweet story + supercool pics = simply you la fik (=

    ReplyDelete
  4. waduh... teruskan berkarya !! **JELES>> SUPER JELES**

    ReplyDelete
  5. Liza : Ya memang bersemangat sudah kerja ni hehehe

    Nooren : ya welcome, nanti ko story pula cerita di Philippine kamu nanti hehehe.

    Tine : yupe im just simple person hehehe.

    AK : belum lagi ku dengar story singapore ko bro.

    ReplyDelete