Gunung Kinabalu (4095m) adalah gunung tertinggi di Asia Tenggara dan terletak di Taman Negara Kinabalu di wilayah Sabah Borneo Malaysia. So aku tumpang bangga jua sebagai orang Sabah dan lebih bangga lagi aku da berjaya meninggalkan kesan tapak kaki ku di sana hehehe.
Walaupun ianya gunung tertinggi di Asia Tenggara, tetapi ia merupakan salah satu puncak gunung di dunia yang paling mudah untuk di tawan mengikut wiki yang aku da baca. Kerna pendaki tidak memerlukan apa-apa pengalaman untuk menawan gunung ini cuma yang penting ada kemahuan untuk menawan anda pasti berjaya. Sebab rekod yang tercatat di wiki, usia semuda 3 tahun dan selewat 80 tahun telah berjaya menawan Puncak Kinabalu.
Biarpun aku sudah berjaya menawan Gunung Kinabalu, aku masih mahu untuk pergi sekali lagi untuk ke sana x kira sama ada puncak atau pun ferrata yang penting kepuasan pendakian tu yang amat memuaskan buat ku. Pasal tu la aku godek-godek gambar lama naik gunung ni sebab aku da rindu sangat nak naik balik gunung ni hahaha. Bukan apa selain kepuasan mendaki tu aku belum puas mengambil gambar di sana huhu.. maklum la time naik 1st tu kamera habis bateri nasib phone ada bateri lagi, 2nd time naik pula kamera masuk air di sebabkan hujan kuat time tu.... sedih jua pun ada.
Sekiranya tahun ini ada kesempatan aku ingin sekali lagi untuk pergi kesana... kalau x ada terpaksa la tunggu tahun akan datang... apa pun aku macam berminat nak ke arena diving sudah ni adoi hahaha RM boleh terbang lagi kalau nak dapatkan lesen tu.
Apa pun aku ingin pastikan yang aku akan datang kembali untuk melihat keindahan ciptaan-Nya.