Showing posts with label outdoor. Show all posts
Showing posts with label outdoor. Show all posts

Tuesday, August 14, 2018

MJX Bugs 5W Range Test 1st Fly



Hari ni test ketinggina and jauh sebelum masuk kerja. Ketinggian saya tidak dapat test maksimum ketinggian sebab kawasan ni laluan kapal terbang so saya hadkan kepada 120m saja pada video ni, manakala jarak jauh dalam video ni 530m saya tidak berani dan x ada keberanian untuk membawa jauh dari itu di sebabkan bugs ni sudah jadi insect tidak kelihatan lagi. Apa pun saya amat berpuas hati dengan spec dan yang terdapat dalam Mjx Bugs 5w ni. Next project will do cinematic video for dis budget drone. Fill free like my page ya at https://www.facebook.com/se7enBa/

Apa pun saya akan test range distance part II nanti.

Monday, November 19, 2012

Dejavu di Kinabalu

Assalamualaikum...

Da dua bulan aku x menulis blog di sini. Hehe... bukan aku x da update tapi aku update blog mancing aku di SINI.

Kali ini aku ingin menulis pengalaman aku sebagai seorang pendaki gunung Kinabalu setelah bergelar suami hehe. Bukan aku x pernah mendaki gunung kinabalu ni, cuma kali ni XPDC pendakian aku hanya berdua saja iaitu diriku dan isteriku. Ada kelainan ka? bagi aku memang cukup berbeza naik gunung dengan rakan-rakan dan naik gunung bersama orang tersayang. Hehehe kalau x caya cuba la naik berdua sama org tersayang hahaha.

Tarikh 161112 ni adalah tarikh perjalanan xpdc mendaki gunung  kali ini. Perjalanan yang mengambil masa 1½ jam dari Ketiau ke Kundasang Bayu Kinabalu Lodge ini. Dulunya Bayu Kinabalu Lodge ini di kenali sebagai Bayu Home Stay dan aku pernah mengambil gambar signboard rumah tumpangan ini suatu tika dulu. Tapi setibanya di sini, signboard tersebut telah mengalami perubahan dan kemajuan... warna pun masih cantik lagi dari Bayu Home Stay bertukar ke Bayu Kinabalu Lodge dan yang pastinya pemilik lodge ini masih orang yang sama cuma rambutnya da panjang hehehe.

Inilah Bayu Kinabalu Lodge yang aku rasa amat berbaloi tinggal di sini. RM40 untuk sharing bilik dan RM80 untuk satu bilik. Di sinilah kami bermalam sebelum memulakan pendakian esok. Jarak dari Bayu Kinabalu Lodge ke Mount Kinabalu Park hanya 200m sahaja. So memang dekat dan berbaloi la tinggal bermalam disini.

Ketinggian di Bayu Kinabalu Lodge ini berketinggian 1520m dari paras laut dan 18.6 darjah celsius. Inilah kelebihan jam tangan hantaran aku ni hahaha. Selain boleh membaca ketinggian dan suhu, ianya ada kemudahan seperti kompas, pergerakan bulan, air pasang surut dan banyak lagi. Kalau memancing tengah laut dalam, tau la apa kegunaan jam ini sebenarnya hahaha.
171112 Tarikh pendakian. Thumbs up? membawa maksud? Memang beh berada Kinabalu Park ni hehehe. Sejuk-sejuk dan paling beh kejap lagi akan memulakan XPDC pendakian. 
Pendakian ini kami perlu membayar guide sebanyak RM128 (bagi 1-2 pendaki RM128,  2-4 pendaki RM158) untuk memulakan pendakian... yang mana aku telah menempah Sominah Gabantang sebagai guide kami. Aku memilih Pn. Sominah Gabantang sebagai guide kami kerna dia pernah menjadi guide aku sewaktu aku pertama kali mendaki gunung Kinabalu. Pada waktu itu aku mengalami kesakitan pinggang yang teramat sangat dan dari situlah memang aku x dapat sangkalkan lagi kewibawaan beliau sebagai seorang guide yang penuh sabar dan setia menunggu anda tanpa sebarang karenah. Boleh baca XPDC pendakian pertama aku di SINI.
Dengan bacaan doa dan bismillah, kami memulakan perjalanan kami pada jam 8.45am. Perjalanan kali ini kami memulakan dengan teknik "slow-medium-fast  walker" haha pandai-pandai saja aku namakan teknik ini. Aku menyuruh isteriku jalan di hadapan ku (slow) kerna aku yakin dia akan jalan perlahan dari aku.  Manakala aku pula akan sentiasa berada di belakangnya (medium) untuk sentiasa berikan dorongan agar terus bersemangat. Dan akhir sekali guide kami berada di belakang ku (fast) sebab memang tugas sebagai guide sentiasa berada d belakang pendaki yang mana mereka memang pantas berjalan. Maka terilham la teknik "slow-medium-fast walker" ini hahaha.
Pendakian kami pada mulanya bercuaca baik sehinggalah kami tiba di pondok Layang-Layang yang jaraknya 4M dari Timpohon Gate barulah cuaca berubah kepada hujan renyai renyai aka gerimis. Hujan tu x la lebat sangat, tapi boleh di katakan menyukarkan pendakian di sebabkan jalan yang licin dan suhu yang mendadak turun. Setibanya kami di pondok Layang-Layang pada jam 11.30am menandakan waktu makan tengahhari perlu dilaksanakan. Kalau x makan boleh habis tenaga untuk meneruskan pendakian hahaha. Berbekalkan 1 biji apple, 4 sisir pisang, 2 biji telur dan 2 kepingan roti yang berintikan ayam dan keju  setiap seorang, rasanya mengandungi protein yang baik untuk menambah tenaga bagi meneruskan perjalanan.
Ini adalah gambar terakhir sewaktu hujan renyai-renyai aka germis sebelum hujan yang kuat pula berganti. Di ketinggian 5.5KM boleh dikatakan aku berbangga dengan isteriku yang mana dia masih mampu berjalan dengan kelajuan yang asal iaitu dari Timpohon Gate hingga la ke sini. Memang penuh bersemangat dia untuk menawan puncak gunung Kinabalu benak hati ku hehehe. (melihat gambar ni berfikir aku, mana aku punya payung?).

 Alhamdulillah akhirnya kami tiba di Laban Rata jam 2.01pm. Sesuatu pencapaian yang di luar dari jangkaan ku. Walaupun hujan agak lebat tapi gambar punya pasal x apa la kamera jadi basah yang penting bergambar hahaha. Lagi pun x risau jua kamera ada keistimewaan yang di panggil "waterproof" dengan bahasa melayunya rendam dalam air pun masih boleh gamba. Setibanya kami di sini, aku terus ke kaunter pendaftaran bilik untuk di Gunting Lagadan. Perjalan dari Laban Rata ke Gunting Lagadan hanyalah sejauh 150m mengikut garis lurus ataupun dari checkpoint Laban Rata ke Checkpoint Gunting Lagadan. Tapi sebenarnya jauhnya berjalan kaki sejauh 500m dari Laban Rata.
 Kami pun mengambil keputusan untuk berehat di Gunting Lagadan. Kerna waktu makan malam bermula dari 4.30pm - 7.00pm. Dalam waktu inilah kami membersihkan diri dan berehat sebentar untuk menunggu waktu makan malam. Alhamdulillah penginapan kami di Gunting Lagadan hanya kami berdua saja sebilik dan tidak berkongsi dengan orang lain. Kerna sepengetahuan aku, bilik rehat di Gunting Lagadan para penghuni akan berkongsi bilik dengan pendaki-pendaki yang lain.

Da panjang rasanya aku punya intro ni.. so lets da pix tell da cerita pula... enjoy...

 Pemandangan dari balkoni Laban Rata
  Pemandangan Sunset dalam perjalan ke Gunting Lagadan.
(percayala Iphone pun buli ba ambek gambar hahaha)
 Promot lagi jam tangan aku hahha. Suhu menandakan 11.3 darjah calsius. Memang tahap beku sudah waktu ini. Suhu ini aku ambil sewaktu kami ingin memulakan perjalan untuk menerukan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Kami memulakan perjalan pada jam 2.40am
Bukan edit but itulah kenyataan. Keadaan kabus yang tebal  dan suhu yang mencecah 10 darjah calsius menghasilkan gambar seperti ini. Iainya bukan salji tapi kabus yang tebal.
5.15am kami sudah melepasi papan tanda 7KM. Keadaan pagi yang masih dingin dengan kabus yang menebal.
6.00am kami sudah sampai di kilometer 8, yang mana hanya tinggal 500km lagi di depan untuk menawan puncak. Kebiasaannya jam 6.00am pemandangan di Gunung Kinabalu amat terang sekali tidak seperti ini.
Kagum, bangga, terharu, tersentuh dan banyak lagi perasaan yang x dapat aku terjemahkan kepada isteri ku yang tersayang. Dengan linangan air mata kepenatan serta kesakitan, dengan sindrom yang takutkan tinggi. Dia menguatkan semangat untuk menawan puncak Gunung Kinabalu ini. Aku boleh rasakan tinggi semangat juangnya melebihi tinggi Gunung Kinabalu ini.
Betapa tingginya sesuatu puncak, betapa luasnya sebuah lautan percayalah ianya boleh di tawan dengan hati dan semangat yang kental.
6.40am kami menawan puncak Gunung Kinabalu dan Gunung tertinggi di Asia. Dejavu di Kinabalu, sebab inilah aku x ingin menawan puncak sebelum ini kerna aku ingin menawan puncak bersama orang yang tersayang dan berkongsi suka duka berada di puncak ini. Isteriku memang seorang yang kuat semangat. Love you. (wa kaca mata itam tu jua la hahaha)
Sempat bergaya sewaktu untuk turun dari puncak Kinabalu.
Aku pun ingin bergaya jua ba hehehe.

So aku rasa ini saja aku dapat kongsikan pengalaman aku menwawan puncak Kinabalu bersama orang tersayang. Now my wife is purely, truly, deeply menjadi orang sabah sejati. Tahniah SAYANG MEMANG BEH !!!.


Tuesday, November 22, 2011

Dynasty Hotel, Kuala Lumpur

Dynasty Hotel

Memandangkan sebelum ni nama hotel sebagai tajuk penginapan sewaktu mewakili negeri untuk kejohanan MAKSAK, so aku teruskan saja TAG tersebut sebagai tajuk kali ini dan masa akan datang sekiranya aku terpilih lagi untuk mewakili MAKSAK Sabah.

Dynasty Hotel, Kuala Lumpur menjadi tempat penginapan rasmi kejohanan MAKSAK ke-11 2011 dan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah kali ini. Apa yang aku nak katakan di sini, secara keseluruhan pertandingan macam biasa memuaskan, bukan senang untuk menganjurkan sesuatu BIG EVENT tanpa persediaan yang rapi, kalau sedikit² kesulitan tu, boleh tutup sebelah mata org cakap. Yang aku suka medal pada kejohanan kali ini berlainan dari yang sebelum ini. Amat cantik dan unik. Dengan erti kata lain aku memang suka medal kali ni, medal sebelum² ni pun cantik jua cuma kali ni ada perbezaan sedikit... lebih² lagi aku lebih suka kumpul medal dari piala membuatkan aku teruja hahaha.

Dari segi penginapan pula, venue penginapan tidak sesuai aku rasa yang diletakan jauh dari tempat pertandingan. Walaupun sebelum ini ATM pernah menganjurkan tempat pertandingan yang sama iaitu di Ampang Point, tetapi mereka menjadikan De` Palma Hotel sebagai tempat penginapan rasmi kejohanan yang mana jauh dari tempat penginapan ke tempat kejohanan lebih kurang 500m saja, kalau dari office aku di SEDCO macam mau p API² saja jauhnya. Berbeza pula dengan Dynasty Hotel yang mana kami perlu menaiki bas untuk ke tempat kejohanan, dan RM14 sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan taxi. Disebabkan penginapan inilah aku x sempat jalan² di sekitar KL hahaha.. nak beli barang pun x sempat sebab iadual perlawanan yang ketat dan nak bergerak pun susah kena tunggu bas d sediakan.

Here some pix yang aku dapat share sewaktu aku main MAKSAK 2011.. enjoy...


Pulau Gaya
Pulau Gaya - Aku nampak saja Pulau ini aku teringat saja terus perairan pantai Kota Kinabalu yang amat susah sekali dibersihkan.


Kota Kinabalu - Sabah
Kota Kinabalu - Good Bye KK hehehe... view for Steel Bird

MAS Airlines
Orang yang bertugas kali ni. Dis time ada pembaharuan... now ladies yang di depan bukan lagi lelaki seperti kebiasaan sebelum ni.

KLCC
Kuala Lumpur - View from my room at Dynasty Hotel. Bilik bernombor 2487.. wowowo tingkat 24 tow hehehe.

Twin Tower
Twin Tower - Finally i manage datang sini dan khas untuk ambil gambar ini saja hahaha. Without tripod just boost da ISO i finally can capture it hahaha. 7D really amaze me about the power of ISO.

Twin Tower
Twin Tower - aku berjaya mengambil gambar ni pada waktu malam dan yang penting sekali aku mempunyai gambar ini sendiri hasil dari ketikan aku hehehe.

So aku rasa setakat ini saja gamba yang boleh aku upload buat masa ni, nak upload lelebih kang bosan pulakkan. Apa pon tahniah buat kontinjen sabah kerana berjaya mendapat kedudukan ke-2 keseluruhan bagi katergori lelaki. Kita akan berjumpa tahun hadapan di Melaka sebagai tuan rumah 2012.

Tuesday, September 13, 2011

Mount Kinabalu


Mount Kinabalu

Gunung Kinabalu (4095m) adalah gunung tertinggi di Asia Tenggara dan terletak di Taman Negara Kinabalu di wilayah Sabah Borneo Malaysia. So aku tumpang bangga jua sebagai orang Sabah dan lebih bangga lagi aku da berjaya meninggalkan kesan tapak kaki ku di sana hehehe.

Mount Kinabalu

Mount Kinabalu

Walaupun ianya gunung tertinggi di Asia Tenggara, tetapi ia merupakan salah satu puncak gunung di dunia yang paling mudah untuk di tawan mengikut wiki yang aku da baca. Kerna pendaki tidak memerlukan apa-apa pengalaman untuk menawan gunung ini cuma yang penting ada kemahuan untuk menawan anda pasti berjaya. Sebab rekod yang tercatat di wiki, usia semuda 3 tahun dan selewat 80 tahun telah berjaya menawan Puncak Kinabalu.

Mount Kinabalu

Mount Kinabalu

Biarpun aku sudah berjaya menawan Gunung Kinabalu, aku masih mahu untuk pergi sekali lagi untuk ke sana x kira sama ada puncak atau pun ferrata yang penting kepuasan pendakian tu yang amat memuaskan buat ku. Pasal tu la aku godek-godek gambar lama naik gunung ni sebab aku da rindu sangat nak naik balik gunung ni hahaha. Bukan apa selain kepuasan mendaki tu aku belum puas mengambil gambar di sana huhu.. maklum la time naik 1st tu kamera habis bateri nasib phone ada bateri lagi, 2nd time naik pula kamera masuk air di sebabkan hujan kuat time tu.... sedih jua pun ada.

Mount Kinabalu

Mount Kinabalu

Sekiranya tahun ini ada kesempatan aku ingin sekali lagi untuk pergi kesana... kalau x ada terpaksa la tunggu tahun akan datang... apa pun aku macam berminat nak ke arena diving sudah ni adoi hahaha RM boleh terbang lagi kalau nak dapatkan lesen tu.

Mount Kinabalu

Apa pun aku ingin pastikan yang aku akan datang kembali untuk melihat keindahan ciptaan-Nya.

Sunday, October 11, 2009

Ak (Dats) - Outdoor Portrait

First of all gonna say sorry lambat update pasal outing minggu lepas hahaha.. sorry to my bro (ak)... aku ada pening sket buat keja jadi lambat sket publishnya... kekeke...

Afta our outing di Gaya Street... kami sambung untuk tembak portrait and sekiranya mengikut perancangan our talent is Feny tapi dia ada kelas sampai petang dia cakap jadi terpaksa cancel la, apa pon semangat punya pasal, adalah 1 of our group sanggup menggantikan tempat model yang asal. Aku rasa dia memang mau pon kena tangkap jua hehehe....

AK aka Dats Freelancer ialah model emergency kami time tu hehehe.. if free can visit his blog at http://Dats-Freelance.blogspot.com.

Here some pix yang aku tembak time tu.. enjoy da pix... :)

AK in da House
AK : fiq tolong buatkan aku gamba banyak² tu..
t-Ba : Ok ba kalau ko...
Dis pix specially for u bro. Hope u like it.

Bali

AK rules
Caya la bro memang macho ko ni. Tabik Spring.

Memang tidak di nafikan
ya ma man bro.

Like i said b4, emergency or actual talent just call him, anytime anywhere he can make u satisfy. Ya make my day bro. Thanks so much.

To all my friend... Ain, Liza, Nooren, Dinah, Maya, Ijal, Pian & Ak thanks so much kerna meriahkan acara menembak kita hari tu. Korang semua memang BEH!!!.