Tuesday, March 13, 2012

7 Wonder - Angkor Wat, Cambodia

AK 1475 PNH-KUL
Ini adalah kali yang pertama aku mengikuti percutian induksi selama aku berkhidmat di SEDCO. Bukan sebelum ni aku tidak berminat, cuma aku lebih suka pergi tempat-tempat bersejarah daripada tempat membeli-bela... memang da lama aku mengidam untuk pergi ketempat-tempat 7 keajaiban dunia ni, memandangkan induksi kali ni destinasinya di Cambodia sudah tentu akan pergi ke Angkor Wat yang memang tertulis dengan sejarahnya tersendiri.

Lets da story begin.. hehehe... ini adalah gamba setibanya aku di tanah Cambodia yang memang terkenal dengan sejarah yang membanggakan dan juga dengan sejarah yang menjatuhkan negaranya sendiri.

Perjalan dari KL ke Siem Reap mengambil masa selama 2 jam yang mana dari KL (0650 ) dan tiba REP (0750) yang mana kalau ikut waktu Malaysia 0850 tetapi disana waktu mereka lewat sejam UTC + 7.00 dan Malaysia UTC + 8.00.

Setibanya saya di pintu keluar ketibaan lapangan terbang Siem Reap, kelihatan perkataan SEDCO yang menandakan ketibaan kami amat di nantikan oleh tour guide yang sudah pun ditempah hahaha. Bas inilah yang membawa kami selama kami berada di sana. Antara 40-48 tempat duduk aku pun kurang pasti, tapi yang pasti aku berpuas hati dengan perkhidmatan bas yang telah disediakan. Ada cooler box yang menyimpan air sejuk dan keadaan air-condition yang amat bagus. Maklumla keadaan suhu di sana 37* ini mengikut bacaan di Galayx Tab.

Di Siem Reap kami tinggal di My Hibiscus Hotel atau hotel tersebut lebih dikenali sebagai Monarch Hotel. Sebab apa aku pun x tau kenapa hehehe. Keadaan hotel ni cukup memuaskan walaupun ianya hotel bertaraf 3 bintang aku akan rate dia sebagai hotel 5 bintang. Keselesaan ruang bilik yang besar walaupun 3 orang kami sebilik, makanan yang di sediakan, kolam renang, wifi (free), membuatkan aku cukup puas hati dengan tempat penginapan tersebut. Yang pasti pemilik hotel ini ialah orang Malaysia .

Di hari yang sama jua kami terus pergi tempat sejarah yang telah di iktiraf UNESCO pada tahun 1997 ianya terbesar di Asia Tenggara dan ke-3 didunia iaitu Tasik Tonle Sap. Walaubagaimanapun kebesaran namanya tidaklah seperti yang disangkakan kerana penempatan di situ amatlah daif kehidupan mereka. Air tasik tu adalah sumber kehidupan mereka. Seperti yang dilihat punca air dari tasik tersebutlah tempat mereka gunakkan untuk membasuh, mandi, memasak dan sebagainya tetapi disitulah jua mereka membuang segala kotoran kedalam tasik tersebut. Rumah yang hanya ditemani oleh dahan pokok kelapa menjadi tempat perteduhan mereka sekeluarga.

Setibanya di sini, apa yang bermain di fikiran ku ialah, adakah ianya tasik yang menjual pelbagai barangan seperti Floating Market? Dengan kehadiran sampan yang pertama menuju kearah kami lebih menguatkan fikiran ku yang memang suasana inilah yang di panggil Floating Market.

Sejurus tibanya sampan ini di tepi kapal kami, apa yang sering bermain difikiran ku meleset sama sekali. Ianya bukan la Floating Market seperti yang ku gambarkan tetapi insan yang menagih simpati untuk meneruskan kehidupan mereka. Apa pun aku bersyukur menjadi rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat murni dan perikemanusiaan, yang bukan aku sahaja berfikiran sedemikian tetapi tour guide kami sendiri menyatakan sedemikian yang pelancong Malaysia lebih berperikemanusiaan dan murah untuk menderma. Sama ada maksudnya itu tersurat atau tersirat memang itulah kita rakyat Malaysia.

So lets da pix tell da story...

Boy with Snake
Pertama kali aku lihat budak ni, aku berfikir boleh jadi pelakon budak ni. Ada muka artist.

Little Girl
Budak kecil ni la yang ada dalam perahu sampan yang menuju kearah kami. Dia menggunakkan budak kecil ini sebagi menagih ihsan daripada pengunjung termasuk jua kami.

Beggar
Inilah suasana yang sebenarnya berlaku ketika itu, budak kecil sebagi umpan untuk menagih belas kasihan tanpa memperdulikan keadaan budak kecil dalam buaian tersebut. Sedangkan suhu cuaca ketika ini 37*.

Rowing
Semua mereka ini sudah lali dengan air mahu pun ular. Kalau aku sendiri belum tentu aku berani mendayung di atas besin seperti budak perempuan ini. Walaubagaimana pun ini la kali pertama aku memang ular sawa hidup pada waktu itu hahaha.

Group Photo
Sebahagian dari pada Group SEDCO. Keceriaan jelas kelihatan hehehe.

Panorama at Tonle Sap
Panorama Sawah Padi yang terdapat di Tonle Sap Lake. Dari pemandangan ini dapat kita lihat yang tiada kelihatan sebarang bukit ataupun gunung di sana. Memang susah mencari bukit ataupun gunung di sana, kerna mengikut cerita lagenda, Angkor Wat di bina hasil daripada bukit² dan gunung² yang terdapat di sana. Allahualam.

Night Market Siem Reap
Di hari kedua berada di Siem Reap kami berkesempatan untuk berjalan² di Night Market Siem Reap. Barangan sini amat murah, walaubagaimanapun apa barangan yang terdapat dalam lot pertama sama la barangannya hingga lot terakhir. Menyebabkan aku hanya beli Key Chain saja di sini hahaha.

Foot Massage
Di sinilah pusat rawatan kaki hahaha. Nak urut kaki murah saja serendah 3 USD . Selain urut kaki mereka menawarkan urut kaki guna ikan yang biasa kita sudah maklum. Tetapi di sini aku x pergi minta urut but saya jumpa 20 USD di sini wahooo.... hahaha. Rezeki aku nampaknya.

Apsara Authority
Great!! this is my authority pass hehehe. 20 USD ? aku da dapat balik 20 USD aku bila jumpa duit di Night Market tu hehehe.

Dragon Snake
Dragon Snake Gate. Ular yang mempunyai 5 kepala dan 1 badan ini menjadi simbolik kepada mana² tempat pintu masuk kebanyakkan di Siem Reap dan ianya menjadi simbol terpenting ketika memasuki Angkor Wat.

Angkor Wat
Angkor Wat. The Kingdom Of Wonder.

Angkor Thom
Angkor Thom. Berapa banyak wajah yang terukir dia setiap monumen. Inilah yang dikatakan kesenian yang sukar untuk diungkapkan.

Apsara
Apsara. Ukiran Apsara ini adalah ukiran yang berada di rungan pintu pertama untuk memasuki Angkor Wat. Menurut mereka Apsara ini remaja yang berumur belasan tahun sehingga umurnya 16 tahun saja.Yang mana mereka dijadikan gundik² raja pada masa itu. Yang mana Apsara jenis ini di kenali sebagai Apsara Dancer.

Apsara with teeth
Apsara selepas pintu pertama. Dalam banyak-banyak ukiran Apsara hanya satu ukiran ini saja yang menunjukkan giginya. Mengikut pengalaman yang terlihat di setiap ukiran Apsara tersebut, aku boleh menggambarkkan bahawa ukiran Apsara ini menandakan jurulatih mahupun pemantau kepada Apsara Dancer. Bukan hanya ukirannya saja yang senyum tetapi benda di tangan kirinya hanya dia seorang saja yang ada.

Apsara
The Apsara Ear. Kelihatan cuping telinga mereka sama seperti orang² iban ataupun kaum asli. Yang mana cuping telinga mereka panjang.

Apsara
The Apsara Guardian. Apa yang aku leh katakan ukiran ini adalah ukiran ketika berada di puncak Angkor Wat. Ukiran Aspara tersebut berlainan dengan ukiran Apsara ketika berada dipintu gate pertama. Dengan beza cara mereka berdiri, rambut mereka dan senjata yang mereka pegang menandakan mereka ini bukan la penari tetapi mereka la yang di gelar The Real Apsara aka Bidadari. (sumber dari pemerhatian aku saja melihat ukiran tu bukan ada sumber mana² pun.. hehehe)

The King Suryavarman II. Dia la pengasas Angkor Wat yang dibangunkan pada pertengahan abad ke-12 yang memakan masa selama 30 tahun (menurut wiki) but org tempatan mengatakan Angkor Wat di bangunkan memakan masa selama 35 tahun.

Angkor Wat
The Kingdom Of Wonder. Guna phone saja ambek ni. Wide lens aku terjatuh di main gate Angkor Thom yang membuatkan aku hanya menggunakan phone aku sebagai Wide Angle walaupun x cukup wide but "lebih baik dari tiada".

Angkor Wat
Keadaan lautan manusia yang tidak putus-putus untuk melawat keajaiban di Angkor Wat ini.

Reak Smey
Reak Smey
The Apsara Dancer (ini bukan hayalan tapi betul² hahaha). Bila tengok Apsara ni menari... akan membuatkan anda terpukau dengan keindahan dan kesenian tarian mereka. Jauh beza dengan ONG BAK III punya Apsara dancer hahaha. And dis is why i like Canon EOS 7D with iso 12000 noise still amazing.

Me with Monk
Me wif Monk. Sebagai kenangan. Kita manusia sama saja hahaha. Erat tu dia peluk sia hahaha.

Aku rasa sampai sini saja cerita saya mengenai percutian saya ke Cambodia. Selepas dari Siem Reap kami pun bertolak ke Phnom Penh. Di Phnom Penh kemasyhurannya sejarahnya mengenai pembunuhan 3 juta penduduk dan kebanyakannya tempat untuk membeli-bela. Aku x banyak mengambil gambar di sana kerna tujuan utama aku mengikuti lawatan induksi ini hanyalah untuk ke Angkor Wat dan aku bukan kaki shopping huhuhu.

For more pix can visit my FLICKR. Thanks so much...



8 comments:

  1. cantik cantik bah gambar ko ni, terutama gambar guna handphone yang canggih tu hehe.. teliti juga ko dengan kesenian ya, boleh nampak dari subjek subjek yang diambil :)

    ReplyDelete
  2. Nice story nice pics....mmg terbaik last pic tu, compo best n mmg nmpk mesra n ko pun mcm mo bertukar jadi monk suda....mcm keluar aura suda dr badan ko kalau tengok di baju tu hehe

    ReplyDelete
  3. great pic collection from Cambodia. I think I like Cambodia arts very much. Gambar bro dgn monk tu pun best lokasinya!

    ReplyDelete
  4. terbaekk gmbr2 dari kamboja... thumbs up bro! bah,ble aku singgah lepaking dgr storimu

    ReplyDelete
  5. Nooren : Arts adalah kegemaran ku hahaha.

    Liza : Baju canteq ba tu hahaha. X la ba aku jadi monk hehehe.

    de engineur : yes bro, if wanna see arts just go cambodia there a lot of arts.

    norman : Thanks bro. hehehe anytime boleh ba drop by sini.

    ReplyDelete
  6. best kn cambodia...klu blh aku pn mo p sana lg..i left my heart in cambodia kunu.. ^_^

    ReplyDelete
  7. Ya ba best nak p sana lagi kunun sia ni hahaha. Apa kunun heart ko yang tinggal tu? hahaha.

    ReplyDelete