Assalammualaikum...
Bila cakap Legoland ni.. aku terimbas kenangan silam aku waktu aku kecil dahulu. Permainan ni pernah aku main dan binaan yang aku gemar dan x lupa buat ialah membina tangga menggunakan lego. Aku rasa itu saja mungkin hasil binaan yang aku boleh buat time kecil dahulu hehehe.
Masa berlalu dan memakan angka usia, akhirnya aku x bermain lagi permainan lego ini but.. i go to Taman Tema Terbaru Malaysia iaitu Legoland yang terletak di negeri Johor.
Bayaran masuk ke sini boleh la di katakan suam-suam kuku harganya iaitu RM140 bagi walk-in atau beli online RM105 but pastikan pembelian awal dalam tempoh 7 hari sebelum kedatangan anda ke taman tema ini kalau tidak biarpun beli online harga tetap sama RM140 jua hehehe.
Nak datang sini mudah saja bagi yang bukan org JB, sampai airport direct ke legoland naik teksi pun boleh tapi harga RM68 la atau dengan bas airport - larkin (RM8) - legoland (RM2.40). Mengenai pengangkutan ni bolehla rujuk di laman rasmi Legoland sendiri.
Jom lihat ada apa d dalam... enjoy...
Sampai saja terus kena temuramah oleh wartawan Lego hahaha.
Ni la pengangkutan yang kami gunakan sepanjang berada di taman tema tersebut. Tapi kena tolak la baru jalan hahaha. Sampai patah pinggang pun x kan gerak kereta lego tu.
Antara papan tanda yang terdapat di sana. Banyak papan tanda tapi ini pun da cukup rasanya untuk di upload.
Boleh la menonton drama di sini. Waktu ni genre komedi yang di tayangkan. Tapi aku x gelak pon tengok lawak mereka. X faham aku huhuhu.
Semua permainan yang ada di sini adalah percuma melainkan permainan macam funfair tu la, baling tin, basketball dan sebagainya tu berbayar. Kalau nak naik Space Tower tu free saja.. yang penting sabar kena berbaris dan tunggu turn untuk bermain sesuatu permainan...
Bagi yang muslim dan yang membawa kanak-kanak tu x perlu risaulah. Surau dan Baby Care ada di sediakan bagi memeriahkan lagi percutian anda di sini tanpa masalah.
Sedar x sedar aku pun x tau kenapa gambar kami macam ni. Akibat penangan Imagination mungkin. Kawasan ni anda akan menonton wayang yang membuatkan anda berimaginasi apabila menonton wayang tersebut hahaha. As i said dun worry ianya free.
Da lama aku mengidam nak naik unta. Unta lego pun jadi la hehehe. Didalam ni anda akan menjelajahi lorong bawah tanah firaun. Anda akan menaiki kereta api dan mari kita tembak MUMMY dan ULAR hahaha... Point sepa tinggi dia akan selamat dan sepa kalah akan dapat hadiah keluar duit RM30 untuk beli gamba hahaha
Di sini jua anda akan di latih untuk memadam api haha. Memang enjoy wo...
Ambek potrait jap hehehe. Nun di belakang tu di panggil Da Kingdom. Jantung kuat masuk la menara tu hehehe..
Dalam Kingdom ada Da Dragon sebagai pintu masuk utama. Nampak patung lego sebelah atas kanan tu... dia pun muka panik da hahaha. Ada apa di dalam... anda sendiri la masuk sini ok... nanti x beh pula bagitau hehehe...
Finally ini la benda yang aku memang nak sangat tengok hahaha. The Miniature aka Miniland. Ini bukan teknik gamba miniature tapi benda ini memang kecil. Memang best berjalan di sini dan bergamba di sini tapi sayang aku x bawa banyak lens p sini huhuhu.
Miniature Singapore Flayer.. sempat gak isteri aku candid aku ambek gamba miniature ini.
Yes macam ada hint saja ni hahaha. InsyaAllah next year kami akan pergi yang real punya iaitu Taj Mahal. hehehe... Adik ku surecore tolong ya tiketnya hehehe...
Fly fly fly.. we believe we can fly hehehe. Miniature KLIA. Besar lagi kamera aku kat rumput tu dari kapal terbang rasanya hahaha.
Gambar kenangan wif Legoland landmark. Waktu ni hujan da turun. Memang x puas la jalan kat sini
Memandangkan pengangkutan akhir sekali jam 1900 maka kami pun terpaksa berpuashati berada di sana sejak jam 1300 hingga la 1700 itu pun disebabkan faktor pengangkutan dan cuaca. Memang x puas jalan kat sana.. nak dari jam 0900 hingga 1900 baru puas aku rasa hahaha.
Kepada adik ku surecore thanks ya sponsor tiket dari KL-JB-KL hehehe. KO MEMANG BEH!!!
Alhamdulillah...tercapai jg hajat mo p legoland ni... hehe thanx 2 my brother in law yg sponsor tiket to JB....next year tiket p Taj Mahal plak yea...hehe n to my hubby...muaahh n love you..hehe (^_^)v
ReplyDeleteBest dan cantik plak tempat ni. Gambar2 pelawat memang lebih real drp yg dlm gambar2 promosi di majalah/newspaper.
ReplyDeleteHarap2 tahun depan dapat pegi sekeluarga.
Great pics, bro!
pergi jangan x pergi. kalau ada budak lagi la meriah main kat sini. sebab taman tema ni memang khas untuk yang bekeluarga yang ada anak anak kecil.
ReplyDelete