Monday, November 19, 2012

Dejavu di Kinabalu

Assalamualaikum...

Da dua bulan aku x menulis blog di sini. Hehe... bukan aku x da update tapi aku update blog mancing aku di SINI.

Kali ini aku ingin menulis pengalaman aku sebagai seorang pendaki gunung Kinabalu setelah bergelar suami hehe. Bukan aku x pernah mendaki gunung kinabalu ni, cuma kali ni XPDC pendakian aku hanya berdua saja iaitu diriku dan isteriku. Ada kelainan ka? bagi aku memang cukup berbeza naik gunung dengan rakan-rakan dan naik gunung bersama orang tersayang. Hehehe kalau x caya cuba la naik berdua sama org tersayang hahaha.

Tarikh 161112 ni adalah tarikh perjalanan xpdc mendaki gunung  kali ini. Perjalanan yang mengambil masa 1½ jam dari Ketiau ke Kundasang Bayu Kinabalu Lodge ini. Dulunya Bayu Kinabalu Lodge ini di kenali sebagai Bayu Home Stay dan aku pernah mengambil gambar signboard rumah tumpangan ini suatu tika dulu. Tapi setibanya di sini, signboard tersebut telah mengalami perubahan dan kemajuan... warna pun masih cantik lagi dari Bayu Home Stay bertukar ke Bayu Kinabalu Lodge dan yang pastinya pemilik lodge ini masih orang yang sama cuma rambutnya da panjang hehehe.

Inilah Bayu Kinabalu Lodge yang aku rasa amat berbaloi tinggal di sini. RM40 untuk sharing bilik dan RM80 untuk satu bilik. Di sinilah kami bermalam sebelum memulakan pendakian esok. Jarak dari Bayu Kinabalu Lodge ke Mount Kinabalu Park hanya 200m sahaja. So memang dekat dan berbaloi la tinggal bermalam disini.

Ketinggian di Bayu Kinabalu Lodge ini berketinggian 1520m dari paras laut dan 18.6 darjah celsius. Inilah kelebihan jam tangan hantaran aku ni hahaha. Selain boleh membaca ketinggian dan suhu, ianya ada kemudahan seperti kompas, pergerakan bulan, air pasang surut dan banyak lagi. Kalau memancing tengah laut dalam, tau la apa kegunaan jam ini sebenarnya hahaha.
171112 Tarikh pendakian. Thumbs up? membawa maksud? Memang beh berada Kinabalu Park ni hehehe. Sejuk-sejuk dan paling beh kejap lagi akan memulakan XPDC pendakian. 
Pendakian ini kami perlu membayar guide sebanyak RM128 (bagi 1-2 pendaki RM128,  2-4 pendaki RM158) untuk memulakan pendakian... yang mana aku telah menempah Sominah Gabantang sebagai guide kami. Aku memilih Pn. Sominah Gabantang sebagai guide kami kerna dia pernah menjadi guide aku sewaktu aku pertama kali mendaki gunung Kinabalu. Pada waktu itu aku mengalami kesakitan pinggang yang teramat sangat dan dari situlah memang aku x dapat sangkalkan lagi kewibawaan beliau sebagai seorang guide yang penuh sabar dan setia menunggu anda tanpa sebarang karenah. Boleh baca XPDC pendakian pertama aku di SINI.
Dengan bacaan doa dan bismillah, kami memulakan perjalanan kami pada jam 8.45am. Perjalanan kali ini kami memulakan dengan teknik "slow-medium-fast  walker" haha pandai-pandai saja aku namakan teknik ini. Aku menyuruh isteriku jalan di hadapan ku (slow) kerna aku yakin dia akan jalan perlahan dari aku.  Manakala aku pula akan sentiasa berada di belakangnya (medium) untuk sentiasa berikan dorongan agar terus bersemangat. Dan akhir sekali guide kami berada di belakang ku (fast) sebab memang tugas sebagai guide sentiasa berada d belakang pendaki yang mana mereka memang pantas berjalan. Maka terilham la teknik "slow-medium-fast walker" ini hahaha.
Pendakian kami pada mulanya bercuaca baik sehinggalah kami tiba di pondok Layang-Layang yang jaraknya 4M dari Timpohon Gate barulah cuaca berubah kepada hujan renyai renyai aka gerimis. Hujan tu x la lebat sangat, tapi boleh di katakan menyukarkan pendakian di sebabkan jalan yang licin dan suhu yang mendadak turun. Setibanya kami di pondok Layang-Layang pada jam 11.30am menandakan waktu makan tengahhari perlu dilaksanakan. Kalau x makan boleh habis tenaga untuk meneruskan pendakian hahaha. Berbekalkan 1 biji apple, 4 sisir pisang, 2 biji telur dan 2 kepingan roti yang berintikan ayam dan keju  setiap seorang, rasanya mengandungi protein yang baik untuk menambah tenaga bagi meneruskan perjalanan.
Ini adalah gambar terakhir sewaktu hujan renyai-renyai aka germis sebelum hujan yang kuat pula berganti. Di ketinggian 5.5KM boleh dikatakan aku berbangga dengan isteriku yang mana dia masih mampu berjalan dengan kelajuan yang asal iaitu dari Timpohon Gate hingga la ke sini. Memang penuh bersemangat dia untuk menawan puncak gunung Kinabalu benak hati ku hehehe. (melihat gambar ni berfikir aku, mana aku punya payung?).

 Alhamdulillah akhirnya kami tiba di Laban Rata jam 2.01pm. Sesuatu pencapaian yang di luar dari jangkaan ku. Walaupun hujan agak lebat tapi gambar punya pasal x apa la kamera jadi basah yang penting bergambar hahaha. Lagi pun x risau jua kamera ada keistimewaan yang di panggil "waterproof" dengan bahasa melayunya rendam dalam air pun masih boleh gamba. Setibanya kami di sini, aku terus ke kaunter pendaftaran bilik untuk di Gunting Lagadan. Perjalan dari Laban Rata ke Gunting Lagadan hanyalah sejauh 150m mengikut garis lurus ataupun dari checkpoint Laban Rata ke Checkpoint Gunting Lagadan. Tapi sebenarnya jauhnya berjalan kaki sejauh 500m dari Laban Rata.
 Kami pun mengambil keputusan untuk berehat di Gunting Lagadan. Kerna waktu makan malam bermula dari 4.30pm - 7.00pm. Dalam waktu inilah kami membersihkan diri dan berehat sebentar untuk menunggu waktu makan malam. Alhamdulillah penginapan kami di Gunting Lagadan hanya kami berdua saja sebilik dan tidak berkongsi dengan orang lain. Kerna sepengetahuan aku, bilik rehat di Gunting Lagadan para penghuni akan berkongsi bilik dengan pendaki-pendaki yang lain.

Da panjang rasanya aku punya intro ni.. so lets da pix tell da cerita pula... enjoy...

 Pemandangan dari balkoni Laban Rata
  Pemandangan Sunset dalam perjalan ke Gunting Lagadan.
(percayala Iphone pun buli ba ambek gambar hahaha)
 Promot lagi jam tangan aku hahha. Suhu menandakan 11.3 darjah calsius. Memang tahap beku sudah waktu ini. Suhu ini aku ambil sewaktu kami ingin memulakan perjalan untuk menerukan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Kami memulakan perjalan pada jam 2.40am
Bukan edit but itulah kenyataan. Keadaan kabus yang tebal  dan suhu yang mencecah 10 darjah calsius menghasilkan gambar seperti ini. Iainya bukan salji tapi kabus yang tebal.
5.15am kami sudah melepasi papan tanda 7KM. Keadaan pagi yang masih dingin dengan kabus yang menebal.
6.00am kami sudah sampai di kilometer 8, yang mana hanya tinggal 500km lagi di depan untuk menawan puncak. Kebiasaannya jam 6.00am pemandangan di Gunung Kinabalu amat terang sekali tidak seperti ini.
Kagum, bangga, terharu, tersentuh dan banyak lagi perasaan yang x dapat aku terjemahkan kepada isteri ku yang tersayang. Dengan linangan air mata kepenatan serta kesakitan, dengan sindrom yang takutkan tinggi. Dia menguatkan semangat untuk menawan puncak Gunung Kinabalu ini. Aku boleh rasakan tinggi semangat juangnya melebihi tinggi Gunung Kinabalu ini.
Betapa tingginya sesuatu puncak, betapa luasnya sebuah lautan percayalah ianya boleh di tawan dengan hati dan semangat yang kental.
6.40am kami menawan puncak Gunung Kinabalu dan Gunung tertinggi di Asia. Dejavu di Kinabalu, sebab inilah aku x ingin menawan puncak sebelum ini kerna aku ingin menawan puncak bersama orang yang tersayang dan berkongsi suka duka berada di puncak ini. Isteriku memang seorang yang kuat semangat. Love you. (wa kaca mata itam tu jua la hahaha)
Sempat bergaya sewaktu untuk turun dari puncak Kinabalu.
Aku pun ingin bergaya jua ba hehehe.

So aku rasa ini saja aku dapat kongsikan pengalaman aku menwawan puncak Kinabalu bersama orang tersayang. Now my wife is purely, truly, deeply menjadi orang sabah sejati. Tahniah SAYANG MEMANG BEH !!!.


7 comments:

  1. Tahniah bro & isteri sampai di puncak walaupun dlm cuaca hujan. Kali pertama naik duluuuu, pun hujan. Kami sampai di Panar Laban saja. Kali kedua mencuba baru dpt cuaca baik. Waktu tu photografi bukan hobi, kepingin pulak utk mendaki lagi sekali (sekali dgn kamera kesayangan).

    Great shots from above, too!

    ReplyDelete
  2. SAYANG mmg BEST & BAIK! hehe...sebab SAYANG la saya dapat menawan puncak Kinabalu ni..LOVE YOU! (^_^)v

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat Liza sbb dpt cover fobia gayatnya.

    ReplyDelete
  4. Hehe....melakap d batu...bekaki 4 merangkak2...semua ada tu kak mel gara fobia ni...nasib hubby bagi support, dtg la tu keyakinan hehe

    ReplyDelete
  5. de engineur : Thanks bro. Amacam kita set naik balik untuk ambek gamba saja tapi sana via ferrata la mau ka? hehehe

    ReplyDelete
  6. @Malinah Ahmad : aku repete balik la apa di cakap oleh Liza "Hehe....melakap d batu...bekaki 4 merangkak2...semua ada tu kak mel gara fobia ni...nasib hubby bagi support, dtg la tu keyakinan hehe"

    ReplyDelete