Monday, January 13, 2014

Gempar Tembakan Rambang Sekitar Kota Kinabalu

Assalammualaikum. Wa luarbiasa cuti aku minggu ni menerima "whatsapps" daripada rakan² berhubungan tembakan rambang yang berlaku di sekitar Kota Kinabalu.

Pada fikiran aku, betul ka tidak khabar angin ni? betul ka tidak gambar yang di terima dan di lihat ni? Macam-macam bermain di fikiran aku. Mundu ka nak serang KK? Ada kaitan dengan serangan dari Lahad Datu ka? Atau ada ancaman ala-ala "SABAH GANGSTER" ? Adakah ini ancaman ataupun perbuatan tidak bertanggungjawab dari individu atau sesuatu kumpulan untuk kepuasan, kebanggangan, keegoan mereka?

Inilah gambar pertama yang aku terima dari sahabat aku melalui "whatsapps" pada hari sabtu dan text dia...
"Makluman.. jgn jln pi kk terutama wisma merdeka dan hyatt ada penembak rambang td tp ndak tau apa motif dia.. Askm SEMUA ANGGOTA MPV DAN RONDA2 BERI PERHATIAN TERHADAP 24 CERMIN PECAH, BANK2, SHOPING MALL DAN SRMUA YG BRRCERMIN. LAPOR KE GERAKAN. *info drpd rakan polis d kk.. - btl atau x, yg penting hati2.."

Aku salin balik saja text tu kesalahan mengeja dan perkataan "askm" itu bukannya dari aku. 

Apabila aku nampak gambar pertama ni, berfikir lagi aku, memang kesan daripada satu benda tajam atau benda yang kecil tetapi impak yang padat. Apapun aku x juga ambil serius benda ni sebab aku fikir mesti ada org tergelincir ka hujung payung dia terkena cermin tu atau budak budak nakal main lastik atau lempar batu ke arah cermin ni.

Pada hari ahad aku turun ke pasar basah untuk membeli barang mentah untuk bekalan supaya kami dapat momom. Maklumlah Ummi Izzuddin da boleh masak seperti biasa dan yang penting lebih sedap dari aku yang masak, jadi mestilah nak beli barang mentah yang beh beh.

Aku pun saja lalu Wisma Merdeka untuk memastikan adakah betul khabar "whatsapps" yang aku terima. Ternyata memang perkara tersebut ada yang cermin itu pecah. Tapi aku masih x percaya juga la hasil daripada perbuatan penembak rambang.

Pusing - pusing untuk memastikan kawasan kejadian ternyata kejadian ni benar-benar berlaku di beberapa kawasan iaitu salah satunya bangunan tempat aku bekerja SEDCO.




Epic, memang luarbiasa. Terkejut aku apabila melihat gambar ni. Ini memang betul-betul tempat aku kerja, naik turun, pergi makan, pergi bank, tunggu kereta dll di sinilah tempat laluannya iaitu LOBI SEDCO.

Aku pun bercerita dengan Guard yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga bangunan SEDCO ini, yang mereka katakan kejadian ini berlaku pada malam sabtu, fahamkah maksud malam sabtu tu? Kalau tak faham tanyalah Guard yang bekerja waktu itu.

Mengikut Guard yang bertugas waktu tu, mereka tiada berada di lobi tersebut kerana mereka membuat rondaan di sekitar tempat letak kereta dan dalam bangunan SEDCO. Pintu Lobi di kunci demi keselamatan sewaktu mereka membuatkan rondaan. Janganlah di salahkan guard yang bertugas waktu tersebut kerana mereka pun melakukan tugas mereka dan kejadiaan ini bukannya mereka inginkan.

Dan ini pula gambar daripada "whatsapps" yang isteri aku terima...

Aku tak sure di mana ni. Macam Hyatt pun ada juga.

Senapang angin yang digunakan menurut sumber yang aku belum pasti. Jika benar ternyata orang sabah memang kreatif.

Ball Bearing yang di temui di tempat kejadian.
 
Salah satu cermin yang mengadi mangsa kejadian. Mantap cermin ni. Tahan hentakan ataupun angin dia sudah semput.

Kesan dari tembakan Ball Bearing. Memang penumpuan yang padu.

Apa pun yang berlaku baru-baru ni menjadikan ikhtibar kepada kita semua, jadikanlah agama sebagai pegangan hidup. Baik Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lain tiada satu agama pun yang menggalakkan pengganutnya melakukan kekerasan. Apabila peganggan hidup kita goyah maka akhlak kitalah yang mencerminkan tingkahlaku kita baik ataupun buruk.







No comments:

Post a Comment