Monday, January 20, 2014

Online Business ...

Assalammualaikum..

Kata orang tuah ayam itu nampak di kaki nya, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Alhamdulillah dalam minggu lepas aku dan isteri tersayang mencuba cuba memberanikan diri untuk memulakan perniagaan ONLINE. Perniagaan ONLINE ni menjinakkan diri untuk memulakan perniagaan sendiri dari kecil-kecilan dan InsyaAllah sekiranya berjaya akan di usahakan dengan lebih maju dan berdaya saing lagi.


"Bak kata pepatah x cuba mana nak tahu.. bila da cuba baru tahu". Dan bila da kata perniagaan ONLINE ni secara tidak langsung kami tidaklah mempunyai kedai ataupun gudang untuk di sewa. Cuma yang ada KEDAI MAYA sahaja untuk dijadikan medium perantaraan di antara pelawat, pengunjung, pembeli dan kami. Dengan erti kata lain baru start la ba ni mahu belajar.




Di sini di blog aku ini aku mengambil kesempatan untuk memperomosikan KEDAI MAYA milik isteri tersayang iaitu Stylish Mom's Collection anda boleh melayarinya dengan hanya klik Stylish Mom's Collection cukup mudahkan. Kalau sudi tolong LIKE la tanda sokongan anda.


Inilah item pertama sekali yang ingin di jual oleh ummi Izzuddin. Strawberi bersalut coklat.


Di pendekkan cerita produk ini berkeupayaan untuk mencarikan coklat dengan sekata dan anda terus boleh mereka cipta bentuk coklat ataupun citarasa coklat anda sendiri seperti di celupkan kepada buah strawberi (Siti Nurhaliza minat strawberi di celup coklat kalau nak tau hehehe).. dan apa-apa pun boleh mengikut keinginan dan citarasa anda.



Bentuk LOVE, BINTANG, apa pun boleh terpulang kepada kreativiti anda.



Pelbagai acuan dan perkakasan diberikan percuma, tinggal coklat beli sendiri la ya hehehe.


Inilah percubaan pertama yang isteri aku cuba ceburi dalam bidang perniagaan ni. Semoga dia berjaya kelak. Dan untuk pengetahuan semua, soon pelbagai barang akan di masukkan juga seperti barangan bayi, barangan wanita, jubah dan pelbagai  lagi. InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment