Monday, March 3, 2014

Collection : Macro Photography



Macro photography ini merupakan aktiviti menembak yang aku paling gemar berbanding landscape, portrait dan lain-lain. Aktiviti ini begitu mencabar sekali untuk di lakukan bukan maksud aku landscape dan portrait itu tidak mencabar, tapi bagi aku macro ini lebih mencabar dari aktiviti menembak yang lain. 

Bila bercakap mengenai macro ni, ianya berkaitan dengan kelajuan dan kesabaran. Kelajuan dari segi cahaya flash, kelajuan dari segi kita button trigger, ketepatan waktunya, shutter speed dan banyak lagi yang berkaitan dengan kelajuan ni. Manakalah sabar tu menunggu waktu yang sesuai untuk menembak objek. Tanpa kesabaran hasil yang di perolehi kurang memuaskan.

Here some pix yang pernah aku ambil dalam bidang macro photography ni terutamanya menembak serangga...
Fly - tengah senak agaknya

Ant - Sewaktu aku menembak serannga ni dia seolah olah ingin melakukan serangan terhadap lensa aku. Maklumlah kawasannya di ceroboh.

Spider - Bila tengok lelaba ni teringat aku War of the Worlds. Macam alien punya mesin saja yang menangkap manusia.

Dragon Fly - Ini adalah gamba macro yang aku menang sewaktu pertandingan yang di adakan di Flickr dengan bertemakan Dragon Fly. Aku pun tidak duga boleh menang gambar ni. Alhamdulillah

Jumper - Sibianor Aurocinctus adalah nama gelaran bagi jumper jenis ini.

Dengan berkecimpung dalam dunia macro ni, alhamdulillah aku banyak mempelajari cara mengendali kamera DSLR ini.

No comments:

Post a Comment