Bismillah...
Begitu lama saya tak jejakkan kaki ke Ipoh rasanya selama 15 tahun... sejak dari saya habiskan pengajian saya di sana. Banyak perubahan mengikut peredaran masa. Ya 15 tahun satu tempoh masa yang cukup lama.
Tapi ada bangunan yang masih kekal dan ada penambahbaikan bangunan yang sedia ada.. ada yang telah di robohkan di gantikan dengan bangunan baru. Apa pon bandar Ipoh masih kekal seperti dahulu... orang-orang ipoh saja yang tau tradisi Ipoh Mali...... hehehe.....
Aku ke Ipoh kali ini di sebabkan adanya pertandingan sukan Tenpin Boling antara PKEN PKEN Negeri yang mana Ipoh, Perak menjadi tuan rumah untuk sukan Mini Gemaputera yang pertama kali di adakan di sana. Manakala Grand sukan Gemaputera InysaAllah akan di adakan di Perlis pada bulan Mac 2018 ini merangkumi semua sukan antaranya Badminton, Golf, Futsal, Sepak Raga, Netball, Karoom dan semestinya Ten Pin Boling.
Lets da pix tell da story....
|
Aik duduk pun nak gamba ka? Haha.. ya aku nak bagitau.. ini 1st time aku naik Malindo Air... and y aku gamba duduk? Sebabnya aku nak bagitau tempat duduknya luas dan selesa x susah orang nak "cross" kalau nak p toilet atau seangkatan dengannya. "See luaskan haha" |
|
Kami x da group photo kat airport or kat mana-mana sepanjang perjalanan... so dalam Van 16 seater saja la kami group photo... (perjalana menuju ke Ipoh dari KLIA "4 jam perjalanan")
|
Singgah sebentar ke perhentian nama entah apa sebab aku tido dalam perjalanan haha.. Depa p toilet aku p Makan Laksa. Pergh sedap yop wa cakap lu. Dalam gamba ni aku... aku Ida and Big Bos Man Gemel.
Ketibaan kami di Tower Regency Hotel & Apartment. Akhirnya ada juga kami group photo. Tidak ku duga tahun 2017 ini tahun melawat Perak, no wonder kebelakangan beberapa tahun ni depa da plan baik cun punya buat pembangunan pesat "MAPS la, Tambun Wet Land la, AmanMaju la... dan macam-macam la...rupanya memeang da plan Cun baik punya wa cakap lu hehe"
View dari Bilik 1410 mean tingat 14 la. Gambar Senja dan gunung berlapis-lapis ni di ambil menggunakan phone saja. Kali ni aku cuma bawa phone berjalan x da bawa kamera. (Ini saja gamba for 1st day kat sana)
Day 2. Sewa van Hotel (RM20) minta hantar ke Ipoh Parade tempat berlansungnya nanti acara Mini Gemaputera Tenpin Boling. Sekarang ni proses nak menghantar bola boling yang da semalaman terperap kat tempat penginapan.
Wow.. betul betul da lama aku x pergi sini. Dulu Design "Ipoh Parade" dan warna bangunan tu bukan macam sekarang ni. Nampak perubahan di ambil oleh pengurusan di sana. Dan susun atur di dalam bangunan itu pun sudah berubah begitu juga kedai di sana. banyak kedai baru tapi masih ada juga kedai lama specially kedai RUBBER SHOP heheh.
Belakang tu tertera Majlis Perbendaraan Ipoh. Buat apa aku bergambar kat tengah jalan ni? haha.. just wanna let you know tempat aku berdiri dan sebelah kanan aku tu la tempat aku belajar dulu sekarang ni da jadi AIG Assurance. Dulu kawansan ni lengang saja, sekarang ni da pesat... sebelah kanan aku da penuh BAR da hehe bukan tempat BAR PULL UP tapi BARrrrrrrrr pandai-pandai la paham sendiri hehe. Di sini la tempat aku berdiri nama 7BA itu wujud... sejarahnya biarla jadi kenangan haha...
Day 3rd. 1st block main acara Mix Double. Acara aku pertama kali aku main. Sebab selama aku berkacimpung dalam sukan Gemaputera ni, aku tidak pernah bermain acara MIX Double. Purple yupe we are Purple. Me & Norazah aka Yuki. Di sini aku guna Brunswick Zone and Yuki Guna Ebonite. Ini saja la gamba yang ada aku ambil di hari ke3 haha.
Day 4th. Weeee Rrrrr Green Beast hahaha. Yuki da Cyclone and Me da Giga Bolt.
Last game baru bergambar. Tidak di gambar kami mula-mula oleh OP sana. terpampang lagi score tu...nasib baik score aku bagus time tu haha. Secara tidak di duga gambar ni sebenarnya No.1 dan No.2 berada di lane yang sama hehe. Last game penentu kami sebenarnya yang mana pada game 9 kami hanya mendahului sebanyak 8 pin. So kalau nampak score last game tu da nampak dan tahu sepa pemenang. Mereka sebenarnya Defending Champion acara MIX double time sukan Gemaputera di Sabah tahun lalu. Mereka represent UDA.
Sesi penyampaian hadiah. All Event aku no.3. Master No.5. Alhamdulillah aku berbanyak bersyukur dapat tempat juga masih dalam acara individu walaupun aku bercuti bermain boling selama 7 bulan dan hanya memulakan latihan selama seminggu lebih sebelum acara pertandingan berlangsung. Alhamdulillah alhamdulillah
Yeap dis da trophy for master. Saya dapat tempat Ke-5 dari 16 orang. Kira ok la tu. hehe (wuuuttt X ok? Kira ok la tu... aku baru seminggu lebih training x guna guard hehe)
Wefieeeeee... Gold medalist untuk acara MIX Double. Alhamdulillah syukur bebanyak... x jua balik tangan kosong.
Pergh berkilau betul kilauan Emas tu. Kalau emas betul memang da kaya aku ni hehe. Antara piala dan medal aku akan pilih medal hehe. Saya suka kumpul medal dari piala.
Gah bangunan PKNP. Pemandangan ini di ambil dari kawasan Bulatan Amanmaju. Time ni majlis penyampaian hadiah sudah berakhir so nak tunggu transpot balik ke hotel kena ikut turn. Jadi ambil kesempatanlah ronda-ronda di kawasan sekeliling di sana.
Seriously dulu time aku belajar di ipoh ni, kawasan ni belum di wujudkan lagi. padang jarak padang tekukur ni. Tapi kawasan ni telah menjadi tempat tumpuan. Kalau tidak silap dengan keluasan 14 ekar kawasan ni menjadi tempat riadah untuk keluarga, individu dan masyarat. Tahniah PKNP. ( free saja pon nak mandi kolam tu hehe)
Aku ternampak saja ni, aku ingat terus anak aku. Ayah.. ayah.. playground haha.. Yupe ayah dia sampai besar masih suka main playground. Kalaulah ada budak aku time ni sure x terbalik hotel la gamatnya.
Kalau penat jalan kaki boleh kayuh basikal untuk seisi keluarga hehe.
Kalau penat kayuh basikal boleh la pula tunggang harley davidson mini hehe.
Kalau malam dia ada pancuran air berirama.. kalau di KK umpama perdana park la. Aku ronda ronda sini harap harap ada jumpa budak Bar Hasa kat sini tapi x pula hehe.
Dis is MAPS seluar 8 ekar kalau tidak silap. Masuk RM120 seorang hehe. Lebih mahal dari masuk Disneyland woooo. Ikutkan hati nak masuk tapi mana la puas duduk dalam yang berkeluaran 8 ekar tu. Jam di tangan menunjukkan 7.30pm tempat ni nak tutup jam 10pm huhu... terbang macam tu saja nanti RM120 hehe. So gambar bangunannya saja la. MAPS ni berdekatan juga dengan Bulatan Amanmaju so sepa yang menginap di hotel PKNP tu akan mendapat harga terBAEK dari PKNP untuk ronda ronda kawasan sini.
Day 5th. Lepas subuh aku jalajah banda ipoh sendiri. Sebelum balik ke Sabah. Ipoh Convention ini merupakan bangunan baru. Kalau tidak silap aku inilah kawasan yang pemes amos di ipoh makan ATAS KAPAL orang bilang. Apa tidaknya tengah bandar ada KAPAL BESAR berlabuh. Bertebiat ka hapa aku gamba macam tu? meh cuba buat kalau boleh hehe.
Yupe di sini lah lorong masuk ke tempat aku mengidap sewaktu aku berada di Ipoh. Signboard ini tetap tidak berubah.
Welome to Ipoh. Visit Perak 2017. Kalau orang suka gamba terbang aku pula suka gamba jadi bendera haha.
Fly from KLIA - KKIA. Woot x perasan sebelah tu Fasha Sanda. Abaikan gamba dua orang di depan tu haha.
Apa pun alhamdulillah aku selamat time ke tanah airku dengan selamat dan juga sedikit kemenangan tapi memberi impak yang besar buat aku untuk teruskan dan lebih gigih untuk berlatih sekiranya aku ingin mencapai kejayaan di area tenpin boling dan terutamanya dalam temasya Gemaputera di Perlis nanti.
Terima kasih pada team Tenpin Boling SEDCO yang terdiri dari saudara Suhaimi, Gemel, Saiful, Jaundi, Ahmad, Faisal, Christine, Ida, Noraza, Jovinia. Tanpa anda semua kita tidak akan berada di sana. Jadikan kejohanan baru-baru ini sebagai mudium untuk anda bangkit dan seterusnya mencipta kejayaan. InsyaAllah.
|
|
Welldone... Moga terus cemerlang dlm kejohanan2 boling yg akan datang...
ReplyDeleteTQ so much. Amin
Delete