Showing posts with label fitness. Show all posts
Showing posts with label fitness. Show all posts

Monday, April 7, 2014

Hari Kesihatan Sedunia


Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 april setiap tahun, dengan tajaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pada tahun 1948, WHO mengadakan Perhimpunan Kebangsaan Sedunia pertamanya, dan memutuskan agar 7 April disambut sebagai Hari Kesihatan Sedunia setiap tahun, mulai tahun 1950. Hari Kesihatan Sedunia disambut untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan global semasa yang khusus - Sumber dari wiki.

Sebenarnya aku pun baru tahu yang wujudnya hari kesihatan sedunia ni. Itu pun dari corong radio. Maklumlah kesihatan tu harus sentiasa di jaga tanpa menunggu hari kesihatan sedunia. Tapi bila aku terdengar hari kesihatan sedunia ni, terus menarik minat aku untuk menulis di blog aku ini.


Bila bercakap mengenai kesihatan ini, ada orang mula berfikir diet... diet... dan diet... . Sebenarnya apa itu diet? Adakah dengan diet menjamin kesihatan? Bagi aku, aku pecahkan pemahaman diet dan menjaga makan.

Diet - tak boleh makan nasi, x boleh makan fast food, x boleh makan berminyak, x boleh minum bergas, x boleh .. x boleh... x boleh dan x boleh... jadi makan apa? (@.@)

Menjaga makan - Makan seperti biasa juga tapi di kawal kuantiti pemakanannya. Takkan kita orang Malaysia, yang sumber utamanya makan nasi x nak makan nasi? Buang jauh-jauh fahaman makan nasi bikin gemuk tu. Nasi tu sumber tenaga hehehe. Tak kan x nak makan chess cek oreo tu... adoi sedap tu hehehe.. tapi ingat kuantiti di makan tu macam mana.


Sejak tahun 2013 aku mula perasan yang bersenam ini menjadi ikutan dan gaya hidup. Walaupun tidak semua tapi perubahan ketara boleh di lihat. Dengan zumba, berbasikal, gym, jog, dan bermacam lagi yang mana aktiviti ini menjadi trend a.k.a ikut-ikutan tidak mengira usia, gemuk kurus dan jantina. Alhamdulillah x kiralah jenis bersenam apa yang kita lakukan yang penting kita ada bersenam.

 
Bila cakap bersenam ni. Berapa kerapkah anda bersenam selama seminggu? 1x seminggu, 2x seminggu, 3x, 4x, 5x, 6x atau non-stop sentiasa bersenam tiap-tiap hari? ataupun anda bersenam bila nak kahwin, bila nak menghadiri sesuatu function, atau bila mengikuti pertandingan atau kejohanan yang kecergasan anda amat diperlukan?


Apa pun yang anda lakukan yang penting, jangan lupa bersenam. Bersenam untuk kesihatan kita juga. Biarla sedikit daripada tiada langsung. Selamat hari kesihatan sedunia.








Monday, February 17, 2014

A healthy mind comes from a healthy body

Assalammualaikum...

Minggu lepas merupakan aktiviti yang Jogging bersama GGM baru SEDCO iaitu Pengiran Saifuddin Pg. Tahir. Bertempat di Tasik Likas, ianya merupakan suatu aktiviti riadah dan mengeratkan silaturahim bersama GGM baru SEDCO.

 'A healthy mind comes from a healthy body' ini sendiri di ilhamkan oleh GGM SEDCO untuk semua staff perbadanan agar sentiasa menjaga kesihatan tidak mengira jantina ataupun usia.


Beliau berharap aktiviti seperti ini akan lebih kerap di adakan demi kesihatan dan kemajuan SEDCO itu sendiri.


Here some pix waktu jugging jugging di tasik likas




[caption id="attachment_181" align="aligncenter" width="800"]Saudara Faizal, Ken dan Rahim - masih boleh senyum lagi saudara Rahim walaupun sudah 2 pusingan mengelilingi Tasik Likas Saudara Faizal, Ken dan Rahim - masih boleh senyum lagi saudara Rahim walaupun sudah 2 pusingan mengelilingi Tasik Likas[/caption]

[caption id="attachment_182" align="aligncenter" width="800"]Pengerusi KIPS bahagian Sosial Cik Christine - Acara sarapan pagi selepas ber Jogging Pengerusi KIPS bahagian Sosial Cik Christine - Acara sarapan pagi selepas ber Jogging[/caption]

Group Photo - Jaket biru itulah GGM baru SEDCO

Group Photo - Jaket biru itulah GGM baru SEDCO

Apapun alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun pada pagi waktu itu ada hujan gerimis tapi sebenarnya ia mewarnakan langit biru yang indah dan melancarkan aktiviti pada waktu pagi itu dengan udara yang segar, penuh warna warni dan ke ceriaan.