Wednesday, April 8, 2009

Inspiration


Hari ni aku pi outting berdua saja dengan kawan aku AK. Aku pun terkejut tetiba dia call time kerja ajak pi outting, nasib baik aku ada bawa kamera hari ni. macam dia tau saja aku ada bawa kamera hehehe.

Tempat kerja aku, huhuhhu.. aku x der semangat nak buat kerja dan touch-up website apa tidaknya time meeting tempoh hari banyak tong cang tong cang cakap itu ini itu ini tone itu ini gamba itu ini, but bila nak minta laporan yang bertulis tak ada pon kena bagi apa yang dikatakan time meeting tempoh hari, semua just komplain isi kandungan. If like dat aku takkan ubah la design tersebut.

Apa pon thanks to AK bawa aku pi shoot shoot gamba, ada juga kurang tekanan aku hehehe. Maybe da place give me ....

Inspirasi…
Kadang hadir,
Kadang mati

Hingga tak s’lalu dapat ku menulis puisi

Inspirasi…
Tentang hati,
tentang cinta sejati

Biasanya hadir saat ku lagi sepi dan sendiri

Inspirasi…
Teman hati,
Lalui hari

Saat habiskan waktu menunggumu kembali

Lokasi : Sutera Harbour

Sunday, April 5, 2009

Water Drop

Selesai sudah pemilihan MAKSAK untuk fasa ke-2 dan bermaksud aku layak untuk masuk pusingan akhir untuk pemilihan MAKSAK yang akan diadakan pada 11/04/09 ini. Gara² lama x berlatih bowling aku rasa bahu aku hampir terlepas sewaktu pemilihan fasa ke-2 nasib baiklah keadaan darurat aku di saat-saat akhir permainan, kalau tidak konfirm aku tarik diri hehehe.

Kira 2 minggu sudah aku tak keluar outting huhuhu kesian kamera aku, kira tadi selepas permilihan fasa 2 aku nak pergi shot gambar Masjid Bandaraya yang tersegam indah ,tapi belum sampai masanya mungkin sebab hari ni hujan hingga ke petang so terpaksa aku batalkan niat aku. Aku da lama nak shot gamba masjid tersebut tetapi ada saja yang tak mengizinkan. Apapun aku tetap bersabar kerana akan sampai jua waktunya nanti.

Kesian aku nengok kamera aku dia diam² dalam drybox, so aku godek² la kamera aku dan mendapat idea untuk shot water drop ini. Aku ingatkan senang nak shot rupanya berpeluh² jua aku shot gamba water drop ni yang bertempat di bilik mandi dengan peralatan 1 besen merah, lampu merah (da modify) dan 1 kerusi yang jadi penyandang sportlight merah, dan apa lagi kamera serta speedlite aku la maka terhasil la waterdrop aku umpama lautan merah hahaha.

Friday, March 27, 2009

Doubtless


Selesai bacaan doa dari mr.romeo, aku pun memulakan tugas aku sebagai navigator. Date : 250309 | Time : 11:54:32 | Destinasi : Puncak bukit Mouk | Ketinggian : 970 meter dari aras laut | Bearing : 180 degree. Itulah pembacaan aku setelah sampai ke kordinat yang betul untuk memulakan perjalanan. Pernahkah aku jadi navigator sebelum ni? Hahaha aku rasa ni la kali pertama aku pegang kompas sepanjang perjalanan dan inilah kali pertama aku mendaki bukit yang tidak biasa aku dengar nama dan tempatnya. Sebelum aku menggalas tugas jadi Navigator ni, aku sudah pun di latih oleh Cikgu yang memimpin kami iaitu pn.ira. Sebenarnya tak la susah sangat membaca kordinat dan bearing seperti apa yang bermain di kepalaku hihihi. Apa pun thanks kepada rakan² dalam team 2 yang percaya kepada navigator yang baru 1 jam dilatih hahaha... walaupun 1 jam dilatih kami semua sampai juga ketempat yang ingin ditawan.. chewaaa.

Penat? Bohonglah kalau aku cakap x penat tapi kepenatan tu x la seteruk apabila aku balik dari OBS, sampai rumah saja pergh aku pengsan terus kerana baru terasa kepenatan yang teramat sangat.

Kelainan OBS kali ni yang aku ikut ialahlah ada Jungle Tracking sebab sebelum ni aktiviti hanya di buat di kawasan OBS but dis time really diffrent dari aktiviti sebelum ni yang pernah aku ikut.

MACRO pergh kalau aku ada kesempatan memang puas aku bermacro sana bermacam² serangga pelik aku tengok sana, ada semut lagi besar dari semut besar yang aku nampak, lelaba jangan cakap la banyak bangat, ulat bulu pergh so beautiful dengan beranika warna, kumbang, nyamuk, lalat hutan, biawak, ula, tupai, kira cukup sifat hutan tu dengan kewujudan binatang², haiwan² dan serangga tersebut. Tapi apa boleh buat aku hanya dapat shot menggunakan mata aku saja bukan mata lensa hahaha, kalau aku bermacro sana alamat 2 hari baru kami sampai ditempat yang ingin dituju. Dan sebab itu juga mungkin aku tidak berapa penat sebab aku sibuk mencari dan melihat makhluk² ciptaan Allah s.w.t yang amat mengkagumkan sekali, sambil² tengok kompas yang bergantung dileher aku, dan pasal itu aku dapat panggilan Ultramen hahaha tiada tu kompas alamat sesatlah kami di hutan tu, sebab cigu² kami semua tidak pernah menggunakan kg. mouk sebagai jalan permulaan untuk ke puncak bukit 970 tersebut.

Dari mana dapat gelaran in da group photo? here da short story about their name. Ellidiana n Hellen da` shuffle (diaorang shuffle apabila kena gigit pacat ahahaha). Erma aka anak bulan (orang paling diam dan paling kecil dalam group), Jamilah n Kamariah aka radio era (orang paling x pandai diam di dalam group), Cahaya aka mum (dialah orang paling awal bangun dan paling awal memasak untuk kami semua), Ahmid aka dad (sentiasa bagi semangat pada yang da lemah semangat hahaha), Jovinia de` cutie (orang paling sweet dan paling kuat bahagian pompuan, sepanjang perjalanan tiada karenah, kena pacat, tergelincir,.. macam no feel n macam iklan Nike pon ada JUST DO IT hahaha walaupon dia orang chelsea aku kagum ngan dia) hahaha) Kevin aka macho man (bodybuilder dan paling tagap digroup kami), Jamaludin de` romeo (orang paling rajin membantu pompuan² dalam group kami), Rozaidi n Azreel aka Dragonball (sudah tentu merokok hahaha penyambung nafas tu) n aku t-ba da` Ultramen ( orang pegang kompas, da kompas kena gantung di leher dan bentuk bulatnya betul² macam bentuk ultramen hahaha) itulah kependekan cerita sepanjang perjalan kami di sana.

Aku tetap takkan lupa kenangan aku sepanjang perjalanan mendaki bukit dan turun bukit tersebut. Aku kena gigit 15 pacat yang sudah sihat dan gemuk² seperti lintah bentuk fizikalnya hahaha.