Monday, January 10, 2011

CIS Family Day 2010

Alhamdulillah kerna ini adalah job pertama aku di awal tahun 2011 ni, iaitu menembak event sempena Hari Keluarga bagi anak syarikat kami iaitu Cement Industries Sabah (CIS) untuk tahun 2010 yang bertempat di perkarangan Kolam Renang, Kompleks Sukan Likas.

Pelbagai aktiviti yang di adakan sempena hari keluarga ni seperti golf, paintball, bowling kelapa, berenang, dan banyak lagi cuma aku pun x tau apa lagi aktiviti mereka sebab aku bertugas menjaga aktiviti bermain paintball sehinggakan kamera aku pun kena tembak sekali huhuhu panik jua aku time kamera aku kena tembak.

Cuaca sewaktu berlangsungnya aktiviti ni agak baik dan sedikit panas yang membuatkan aku sunburn sebab jaga mereka bermain paintball. Mereka main tembak tembak aku pula main tembak gambar hehehe.

So here some pix yang dapat aku share sempena berlangsungnya hari keluarga CIS yang bertarikh 9 Januari 2011 di perkarangan Kompleks Sukan Likas. Enjoy da pix :-

Di iringi dengan doa agar semuanya berjalan dengan lancar. Amin

Group Photo. Ahli keluarga CIS

Paint Ball Mask. Da rules is apabila berada di padang kena pakai topeng ini sehingga perlawanan berakhir. Maklumla utamakan keselamatan.

Marker aka Gun. Hehehe diorang x panggil ni senapang tetapi Marker.

The Heroin. Satu-satunya team yang di wakili oleh perempuan.


In action. Best jua game ni aku rasa.

Head Shot. Huhuhu emo brother ni bila dia kena headshot hehe.

Bowling Kelapa hehehe. Bukan senang main benda ni. Sehinggakan aku ada try susah jua nak kena.

Inilah hadiah aku dapat dibetis ku sewaktu aku di jemput sekali bermain PaintBall. Orang semua tembak kena d badan, aku kena tembak d kaki pula. Teruja jua aku bermain benda ni. Penat + Sakit = Fun. So kalau ada kesempatan aku nak try main lagi benda ni hehehe.

Kepada Andria Chew terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk menjadi OP sempena Hari Keluarga CIS kali ini. Kepada Jontot, AK and Liza(last minit) thanks kerana sudi turun padang sekali bagi melancarkan segala aktiviti menembak ini berjalan dengan lancar. Tanpa korang memang x dapat aku cover 1 orang untuk aktiviti yang besar ni. Korang memang BEH!!!


Thursday, December 16, 2010

I'm Not Kiasu But I'm Kiasi


(just using my phone make this video... enjoy ^^)

Yahoo... habis saja Kejohanan Ten Pin Bowling MAKSAK baru-baru ni yang berlangsung di Johor, aku pergi bercuti-cuti hujung tahun ke Singapore. Keputusan MAKSAK tahun ni, Sabah gagal mempertahankan piala pusingan yang hanya mampu berada tangga ke-2 secara keseluruhannya bagi kategori lelaki. Piala pusingan kali ini berada di tangan Kuala Lumpur, yang mana akan menjadi tuan rumah pada tahun hadapan. Untuk mengetahui keputusan keseluruhan Kejohanan MAKSAK bolehlah melayari laman web ini Keputusan Keseluruhan.

Ok dats enough about MAKSAK hehehe... now time for holiday ...uuuuuu.......

Pertukaran mata wang ke Singapura bernilai 2.41 (time aku tukar dari Sabah) dan 2.42 (time aku tukar di Johor). Ini bermaksud aku hanya tukar SD $200 saja untuk pergi ke Singapore selama 2 hari aku berada d i sana. Pada pendapat aku kalau x nak tingal Backpacker punya penginapan, baik tinggal hotel yg murah dan group yang ikut melancong biarla genap 2, 4, 6 dan seterusnya. Ini disebabkan boleh kongsi satu bilik lebih murah dan selamat dari tinggal backpaker punya penginapan. Cakap pasal penginapan inilah penginapan yg aku tinggal sewaktu berada di sana Tai Seng Hotel yang berharga SD $50 untuk semalam dan SD $20 untuk 2 jam hahaha... aku x pasti maksud tersirat dia SD $20 untuk 2 jam tu hehehe.

Makanan sana, mau cari makanan yang ada logo halal memang susah, tapi di nasihatkan masuk sana kedai yang di rasa selamat untuk menjamu selera kerna mengikut orang sana... untuk mendapatkan logo halal amatlah mahal, so mereka mengambil jalan mudah untuk tidak mengambil logo halal tersebut. Cakap pasal makan inila h makan pertama aku sewaktu berada di Singapore, nasi + telur mata lembu + ayam + hati buya (paruh) = SD $8.20 so pandai-pandai la korang kira bila di tukarkan ke mata wang Malaysia. Lapar punya pasal bedal saja la. Kalau cakap pasal makan ni, makanan nya biasa saja saja cumanya yang unik membuatkan ia nampak luarbiasa hehehe seperti gambar di bawah ni...



Apa pun kira luckly la pergi Singapore ni dekat-dekat nak krismas sebab diorang menghiasi bandar mereka dengan penuh warna-warni dengan cantik sekali, ini baru nak sambut krismas belum lagi time krismas nanti x tau la macam mana keadaannya meriahnya nanti di sana. Teringin jua aku nak lihat macam mana itu belon nanti di terbangkan ke langit yang mereka sudah tanam di perairan Singapore tu.. berapa puluh ribu belon tu pun aku da lupa huhuhu hehehe.. . apa pun sepanjang berada di singapore ni .. jurukamera aku ialah adik aku hehehe... memang berbakat dia ni ambek gambar, sepanjang berada di sana adik aku la yang banyak mengambil gambar, cuma perlu di perbaiki dari segi exposure aku rasa yang lain dia da ada kreativitinya sendiri. So aku buat apa? aku ambik jua tapi guna phone saja dan ambek video heheh.. maklumla aku nak berubah arus ke dunia videografi pula sudah hehehe so inilah peluang keemasan aku untuk test test power. Sepanjang kami berada di sana kami menyewa pengangkutan Bas 2 tingkat yang di panggil Hippo heheh warna merah yang memang menarik la heheh.. aiyo aku lupa ambek gambar bas tu, tapi dalam video ada terselit video pengangkutan tersebut. Menaiki bas ni dia akan membawa kita ke Sentosa, Flyer, City, dengan erti kata lain dia bawa pusing 1 Singapore.

Bila kita berada di Sentosa ada 3 or 4 tempat yang kita boleh kunjungi salah satunya ialah beach dia. Memang cantik beach buatan mereka ni apa pun walau macam mana cantik pun pasir dia tetap x boleh lawan pasir pantai ori yang dicipta oleh Maha Esa. Kalau nak ke sini kenalah naik bas atau pun monorail yang berharga SD $3 kalau kita dari Vivo City, naik cable car pun boleh tapi harganya bukan sia saja patah balik bila bertanyakan harga, pelancong lain pun patah balik bila tau harganya dekta $70 he hehe. So aku da penat menaip ni aku letak gambar sajala untuk tatapan pengunjung hehehe... enjoy da pix..

Merlion Walk

Siloso Beach

View from Flyer

Flyer at night

My Bro at MRT Station ( to Vivo City )

Singapore at Night (view from Hippo Bus)

Inside the Marina

Yam Yam... Delicious... (iklan)

Woodlands Central (bye-bye Singapore)

Aku rasa itu sajala yang aku dapat share sepanjang berada di sana, i will upload more pix at my Flickr. So next destination KOREA? hehehe... hopefully jadik la. Salam



Monday, October 18, 2010

My Saturday

Highway - IR
Navy - IR

My Saturday? whats going on? tiada apa berlaku hehehe... aku jalan² di kawasan Tuaran tengok² tanah warisan keluarga ku, sambil cari² rumah mana la tau ada rumah yg di jual murah². Sambil jalan² tu sempat la aku menembak-nembak landscape guna IR aku ni, da lama rasanya IR aku x menembak.

Like wut i said, aku akan aktif kembali aktiviti menembak ni hehehe. About last week Outing i will post soon. And like wut i said i just put any activities about outing kat Shout Box aku so.. if wanna join just let me know. ^^