Thursday, December 16, 2010

I'm Not Kiasu But I'm Kiasi


(just using my phone make this video... enjoy ^^)

Yahoo... habis saja Kejohanan Ten Pin Bowling MAKSAK baru-baru ni yang berlangsung di Johor, aku pergi bercuti-cuti hujung tahun ke Singapore. Keputusan MAKSAK tahun ni, Sabah gagal mempertahankan piala pusingan yang hanya mampu berada tangga ke-2 secara keseluruhannya bagi kategori lelaki. Piala pusingan kali ini berada di tangan Kuala Lumpur, yang mana akan menjadi tuan rumah pada tahun hadapan. Untuk mengetahui keputusan keseluruhan Kejohanan MAKSAK bolehlah melayari laman web ini Keputusan Keseluruhan.

Ok dats enough about MAKSAK hehehe... now time for holiday ...uuuuuu.......

Pertukaran mata wang ke Singapura bernilai 2.41 (time aku tukar dari Sabah) dan 2.42 (time aku tukar di Johor). Ini bermaksud aku hanya tukar SD $200 saja untuk pergi ke Singapore selama 2 hari aku berada d i sana. Pada pendapat aku kalau x nak tingal Backpacker punya penginapan, baik tinggal hotel yg murah dan group yang ikut melancong biarla genap 2, 4, 6 dan seterusnya. Ini disebabkan boleh kongsi satu bilik lebih murah dan selamat dari tinggal backpaker punya penginapan. Cakap pasal penginapan inilah penginapan yg aku tinggal sewaktu berada di sana Tai Seng Hotel yang berharga SD $50 untuk semalam dan SD $20 untuk 2 jam hahaha... aku x pasti maksud tersirat dia SD $20 untuk 2 jam tu hehehe.

Makanan sana, mau cari makanan yang ada logo halal memang susah, tapi di nasihatkan masuk sana kedai yang di rasa selamat untuk menjamu selera kerna mengikut orang sana... untuk mendapatkan logo halal amatlah mahal, so mereka mengambil jalan mudah untuk tidak mengambil logo halal tersebut. Cakap pasal makan inila h makan pertama aku sewaktu berada di Singapore, nasi + telur mata lembu + ayam + hati buya (paruh) = SD $8.20 so pandai-pandai la korang kira bila di tukarkan ke mata wang Malaysia. Lapar punya pasal bedal saja la. Kalau cakap pasal makan ni, makanan nya biasa saja saja cumanya yang unik membuatkan ia nampak luarbiasa hehehe seperti gambar di bawah ni...



Apa pun kira luckly la pergi Singapore ni dekat-dekat nak krismas sebab diorang menghiasi bandar mereka dengan penuh warna-warni dengan cantik sekali, ini baru nak sambut krismas belum lagi time krismas nanti x tau la macam mana keadaannya meriahnya nanti di sana. Teringin jua aku nak lihat macam mana itu belon nanti di terbangkan ke langit yang mereka sudah tanam di perairan Singapore tu.. berapa puluh ribu belon tu pun aku da lupa huhuhu hehehe.. . apa pun sepanjang berada di singapore ni .. jurukamera aku ialah adik aku hehehe... memang berbakat dia ni ambek gambar, sepanjang berada di sana adik aku la yang banyak mengambil gambar, cuma perlu di perbaiki dari segi exposure aku rasa yang lain dia da ada kreativitinya sendiri. So aku buat apa? aku ambik jua tapi guna phone saja dan ambek video heheh.. maklumla aku nak berubah arus ke dunia videografi pula sudah hehehe so inilah peluang keemasan aku untuk test test power. Sepanjang kami berada di sana kami menyewa pengangkutan Bas 2 tingkat yang di panggil Hippo heheh warna merah yang memang menarik la heheh.. aiyo aku lupa ambek gambar bas tu, tapi dalam video ada terselit video pengangkutan tersebut. Menaiki bas ni dia akan membawa kita ke Sentosa, Flyer, City, dengan erti kata lain dia bawa pusing 1 Singapore.

Bila kita berada di Sentosa ada 3 or 4 tempat yang kita boleh kunjungi salah satunya ialah beach dia. Memang cantik beach buatan mereka ni apa pun walau macam mana cantik pun pasir dia tetap x boleh lawan pasir pantai ori yang dicipta oleh Maha Esa. Kalau nak ke sini kenalah naik bas atau pun monorail yang berharga SD $3 kalau kita dari Vivo City, naik cable car pun boleh tapi harganya bukan sia saja patah balik bila bertanyakan harga, pelancong lain pun patah balik bila tau harganya dekta $70 he hehe. So aku da penat menaip ni aku letak gambar sajala untuk tatapan pengunjung hehehe... enjoy da pix..

Merlion Walk

Siloso Beach

View from Flyer

Flyer at night

My Bro at MRT Station ( to Vivo City )

Singapore at Night (view from Hippo Bus)

Inside the Marina

Yam Yam... Delicious... (iklan)

Woodlands Central (bye-bye Singapore)

Aku rasa itu sajala yang aku dapat share sepanjang berada di sana, i will upload more pix at my Flickr. So next destination KOREA? hehehe... hopefully jadik la. Salam



Monday, October 18, 2010

My Saturday

Highway - IR
Navy - IR

My Saturday? whats going on? tiada apa berlaku hehehe... aku jalan² di kawasan Tuaran tengok² tanah warisan keluarga ku, sambil cari² rumah mana la tau ada rumah yg di jual murah². Sambil jalan² tu sempat la aku menembak-nembak landscape guna IR aku ni, da lama rasanya IR aku x menembak.

Like wut i said, aku akan aktif kembali aktiviti menembak ni hehehe. About last week Outing i will post soon. And like wut i said i just put any activities about outing kat Shout Box aku so.. if wanna join just let me know. ^^

Monday, September 20, 2010

Salam Aidilfitri 2010

Surecore

Aidilfitri kali ini di rayakan dengan sederhana. Junjungan kerumah saudara-mara rakan² pada tahun ni kurang mungkin ekonomi masa kini yang terlalu tinggi menyebabkan tidak ramai membuat rumah terbuka hehehe. Apapun berbelanja la dengan bijak, walaupun x dapat membuat rumah terbuka yang penting kita meraihkannya dengan penuh kesyukuran.

Apapun dikesempatan Aidilfitri ini, aku ingin mengucapkan Selamat menyambut Aidilfitri dan maaf kepada sahabat² yg secara tidak sedar dan sedar ketika bersama, berjauhan dan yang mengunjungi blog ini.

Ini adalah outing aku bersama adik aku Surecore yang pada esok paginya dia balik KL sudah. Gila gaban jam 12++ malam buat aksi tembak menembak ni.

Salam.

p/s : gamba lain nanti dulu banyak bangat nak edit tu hahaha...

Thursday, September 2, 2010

Step Up 3D


Da lama aku tak review wayang hehehe bukan bermaksud aku x ada tengok wayang cuma belum ada movie yang aku nak jadikan cerita, eclipse (lelebih romennya), salt (nice movie - recommended 'aku rasa film terbaik buat AJ), PoP aka Price of Persia (CGI yang menarik tapi jalan cerita biasa saja bagi aku), dan banyak lagi la cuma seperti aku katakan tadi belum ada movie yang aku nak jadikan cerita hehehe. But Step Up 3D membuka ruang di blog aku untuk aku review apa yg special pasal movie ni.

Apa pun pertama sekali memang pasal dia 3D la hahah gila 'kesakaian' aku dengan teknologi 3D ni.. lebih lebih lagi 1Borneo sudah ada buka hall 3D so memang x perlu lagi la ku pergi Suria Sabah tu hehehe. Harga sebuah tiket untuk wayang 3D ialah RM15 dan aku rasa ini adalah harga termurah bagi panggung 3D dan harga ini hanya di Sabah saja hehehe... kalau semenanjung setau aku RM17-RM20 tengok tempat.

Ok dats enough aku rasa pasal melalut aku... so apa yang best pasal Step Up 3D ni?... cerita ni ada kesinambungan dari cerita Step Up 2 (paling teruk aku tengok).. di mana Moose melanjutkan pelajaran lebih tinggi dan terpaksa meninggalkan dunia tariannya demi untuk pelajaran.. but something happen bila dia d tempat pengajian barunya.. wut happen baik tengok sendiri hehehe..

Mengenai watak utama Luke.. aku rasa wataknya tenggelam bila adanya Moose, dan bagi aku watak Moose lebih menyerlah dari Luke dan dia banyak menghidupkan suasana yang sudah azali kita tau kalau wayang step up ni hero dan heroin nya ..macam biasalah cerita cita² diorang, love story diorang, kena tipu la dan memang gitu la kalau sebut saja cerita Step Up baik 1,2 dan 3D ni. Cuma jalan cerita Step Up 1 & 3D ada menarik sedikit berbanding dengan Step Up 2 yang bagi aku teruk sekali (just focus on dance no storyline)...

Tarian kegemaran aku tengok di Step Up 3D ni... sudah semestinya tarian Robot huhuh.. x pernah aku nampak tarian robot yang begitu OMG.. i cant explain it hahaha... dan tarian di gelanggang basah... memang cool... sampai air tu macam kena simbah tempat kita hahahah sebab 3D kan.. and more nice time diorang main titisan air slurpee ... really amazing hehehe..

Crew² Moose d Step Up 2 pun ada juga di babak terakhir dan memang menarik la berbanding Step Up sebelum ni. So pada siapa belum tengok.. apa lagi pergi tengok la hahaha... Next movie jangan lupa wayang wajib tonton Resident Evil AfterLie 3D sure gempak hehehe.

Sunday, July 25, 2010

Rainy Day



Dis is my 2nd week aku memburu petir, mau buat outting, semua kawan aku sibuk dengan komitment masing² selain ingin merehatkan badan dirumah. Dat means aku memburu seorang la, bersendirian, lagipun aku x sure kalau ada rakan² lain minat pada aktiviti memburu petir ni hehehe.

Wut i know, bila ingin memburu petir kita perlulah berada d tempat yang hujannya x kuat sangat dan mengambil gambar tersebut di kawasan yang keadaan hujannya yang lebat atau kita berada d kawasan hujan yang lebat dan mengambil gambar tersebut di kawasan yang keadaan hujannya tidak kuat, dengan erti kata lain, keadaan hujan tersebut perlu berlawanan dan memastikan juga diri kita selamat dari di sambar petir.

Dan apa yang aku belajar lagi mengenai sifat petir ni, "Lightning Never Strikes Twice" di kawasan sama, kalau berlaku juga bermakna itu bukan petir la tu itu alien yang ingin menakluk bumi seperti wayang World of War hehehe.

Aku memburu petir ni mengambil masa lebih kurang 2½ jam yang mana 2 posisi kamera aku semuanya "MISS" x mengena bila hadirnya petir tersebut, dimana kalau x silap dalam masa 2½ jam tersebut hanya kelihatan 3 atau 4 petir saja, walaupun nasib x menyebelahi kamera aku, phone NOKIA aku bernasib baik kerna berjaya mengambil kehadiran petir yang terakhir, walaupun hanya dari phone... aku amat gembira kerna berpeluang mengambil video tersebut.

Seperti memancing ikan, yang paling penting ialah kesabaran, begitu juga dengan hidup kita, yang penting bersabar kerna kita hanya merancang Tuhan yang menentukan.

Aku pasti akan memburu petir lagi kerna musim sekarang musim hujan sebelah petang senang sedikit atur masanya.

Saturday, June 12, 2010

2nd week of June

Nexus - IR

Outing dis week x jadi buat sebab aku takut bateri aku habis charge, maklumlah semalam gamba org kawen so penggunaan flash memang banyak, and kalau aku buat outing hari ni dengan Theme: Flash aku takut x sempat full charge aku da guna bateri tu untuk gamba orang kawen esok.

Apa pon aku keluar sendiri pi tembak tembak gamba sekitar Navy and Nexus, sambil sembang sembang dengan orang memancing di Navy, baru aku tau ramai bangat org memancing di sana, sambil air tebu yang di jual d sana cukup segar dan enak rasanya menghilangkan dahaga yang terasa.

So selamat beristirehat time cuti ni. And i will upload gamba kawen afta my job finish tomolo. Salam....

Weekends are a bit like rainbows; they look good from a distance but disappear when you get up close to them. ~John Shirley

Tuesday, February 16, 2010

Mahua Waterfall - IR Version

Mahua Waterfall - Infrared

Pertama sekali aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada yang menyambutnya. By da way aku pon sambut jua maklum la 1 Malaysia hehehe...

Da lama x outting dengan kawan² so di kesempatan cuti panjang ni aku buat outting nature pada kawan² aku yang free dan nothing to do at home dengan kata lain diorang pon boring kat rumah.

Pada mulanya rancang nak outting di Simpang Mengayau maklumlah time dulu pergi sana cuaca x mengizinkan dengan keadaan hujan waktu tu so susah membuat acara tembak menembak, tapi di ubah x jadi pi sana sebab cuaca terlalu panas sekarang jadi kena pergi tempat sejuk² baru la ngam hehehe... so kami pun pergi la ke Mahua buat kali ke-2. Pada mulanya niat aku nak ambek macro saja sebab dulu x puas menembak sana but di time aku kuciwa jua la boleh aku lupa bawa 'diffuser' aku, jadi aku tembak macro tanpa menggunakan 'diffuser' but aku ada bawa transmitter so ok la jua sikit rasanya gamba aku walaupun flash tu aku main pegang guna tangan (manyak penat wo)... and dengan duka citanya transmitter aku pula habis battery so x banyak la aku menembak macro, yang lama aku berendam di sana bagi sejuk badan aku yang kepanasan 2 hari memancing hahaha... apa pon here da pix yang sempat aku ambek untuk outing kali ni.. enjoy da pix...

Mahua Waterfall - Infrared
Ni la kali pertama aku pergi ke kawasan ni untuk ambek angle dari sini.

Drop
My 1st shot macro of da day

Pearl
Gamba ni buat kepala lutut aku bergegar

Alone
My last shot macro of da day terus transmitter aku habis battery

Group Photo
Group Photo ( Infrared)

Aku saja nak buat group IR sebab kalau bukan IR sure aku bagi gamba itam putih hehehe bila IR ada la warna sket dan saja nak tembak sekali tu 'flare' hehehe..

To my friends yang outing kali ni Ak, Liza & Nooren, thanks bebanyak kerna meluangkan masa time sutik². Korang memang BEH!!!

Tuesday, February 9, 2010

謝謝您 "Thank you"

Air Asia - AK 6319

AK 6318 - Fri 05/02/2010, 0610 hrs tapi kena delay pergi 0620 hrs hehehe... dats da time masa pelepasan aku dari KK ke Taiwan, Taipie. Perjalanan penerbangan mengambil masa dekat 3½ macam tu la. so tibanya di Taiwan pada jam 1050 hrs.

Kali ni percutian aku tidak menggunakan khidmat agent pelancongan tapi menggunakan khidmat map yang habis di borong time sampai di airport Taiwan. Maksudnya pandai² jalan sendiri la hehehe.. (masih dalam airport kira ok lagi sebab diorang perlu pandai cakap english ye tak?)

Sampai hotel saja aku terus pengsan hahaha.. so aktiviti pagi itu di penuhi dengan istirehat... pasal tu la aku tangkap gamba hotel tempat aku menginap ni malam sebab, malam baru aku keluar. So inilah hotel yang aku tinggal selama sehari dengan harga RM225 semalam, yang di lengkapi dengan kemudahan komputer yg percuma, bilik ada tv plasma gitu hehehe.. kalau tengok tengok taraf hotel ni mau 3 bintang la. cuma buruknya view time di sini tingkapnya mengadap bangunan sebelah so x ada view yang boleh di ambil.



Raohe St. Nite Market, org sana cakap bukan aku cakap ah.. di sinilah syurga makanan, time kena cakap begitu gambar babui sudah di kepala aku hehehe... so bila sampai sini memang benar... babui ada di jual di sana bukan saja babui.. tapi yang lain pun ada jua berjualan sana cuma aku pon x tau apa yang di jual tu... bila lalu sana pergh... meleleh jua nengok masakan mereka memang luarbiasa ni, tapi tahan saja la ...

Tempat ni bukan saja jual makanan tapi dia macam kalau di KK kena panggil "pasar malam" hehehe so baju², beg, dan apa yang ada biasanya di pasar malam ada la jua di sana, cuma yang ada di sana tapi tiada di sini... dalam nite market diorang ni ada fun fair, game station, aktiviti artis macam diorang mencari peserta untuk acara istana takesi gitu hehehe... dan pembuatan kristal yang live, dan banyak aktiviti penjualan di sini di buat secara live, dari pembuatan hingga penghasilan hehehe.

Paling beh di sini ialah harga barangan dia.. pergh boleh pengsan jua hahaha... walaupun mata wang kita tinggi dari tempat mereka tapi barangan di sini lebih mahal dari Malaysia.

Bila da masuk tempat org x membeli x sah kan.. jadi buah strawberry ni la yang adik aku beli untuk mengalas perutnya... kalau tanya aku apa rasanya aku pon x tau sebab aku x makan strawberry hahaha.. so aku beli jambu.. pergh rasa jambunya manis sekali x sama macam di KK hehehe.. aku x tau kenapa manis betul tapi habis rm15 jua beli jambunya hehehe.. gila gaban kan jambu pon 1 plastik sudah rm5 hahaha...


Lagi satu menjadi kegemaran aku sana makanan sana ialah sotong. Beli 1 rm5 beli 2 RM90 gitu la yang tertera seperti di gambar tu hehehe. Sotong ni kena bakar saja.. kalau kita sebut sotong bakar.. rasanya boleh tahan hehehe... kalau ada masa dan datang ke sini boleh cuba ni sotong bakar.

Kalau pasal pakaian pula, aku pun x tau la tiada yang menjual baju lengan pendek di sini, mungkin di sebab kan cuaca time aku datang ke sini sejuk so diorang semua jual baju panas saja dan lengan panjang yang baju pendek pendek tiada kena jual waktu ni.
Apa pon x boleh lawan juga la makan yang secara tidak langsung menjadi makan rasmi aku di sana Maggie Hot Cup hahaha...

Tidak cukup satu, tapi 3 bungkus aku makan hahaha... 2 kari dan 1 tomyam pergh... memang x ingat hahaha... walaupun panas dan masih berasap waktu tu la paling sedap makan sebab biarpun dalam bilik sejuk dia pergh x ingat.

Yang aku jarang makan biskut dan benda keras ni.. habis juga biskut kacang aku makan. Beginilah rasanya bila sudah kebulur.. macam mana pula keadaannya dengan sahabat² kita di tempat lain yang kekurangan zat makanan. Tak dapat aku bayangkan.

Tunnel

2nd day di Taipei, perjalanan menuju ke Utara Taipei menggunakan teksi yang kami sewa dengan harga rm40 sejam, aku rasa kira murah jua la dari aku ikut agent 1 orang dia minta rm1000 kalau 3 orang kami rm3000 boleh kopak jadinya hehehe.

Tempat kami tinggal sebenarnya di kawasan barat Taipei, so perjalanan untuk ke Utara Taipei ni mengambil masa kira² dekat sejam jua.

Destinasi pertama kami ialah ke Jinguashi, tempat ni kawasan lombong emas, dan apa bila berada di sana memang ajaib la nampak air laut dia lain warna, berwarna emas dan berwarna air laut, aku pun x tau macam mana nak terangkan, nak tembak juga pemandangan laut yang berwarna tu tapi kamben punya teksi dia cakap view dari atas lagi cantik, so aku pun cakap ok kita tembak dari atas... bila sampai atas haram tol la, x nampak apa sebab di tutup oleh kabus hahaha... jadi harap sepa yang pergi sana pergi tembak tu air laut. memang cantik ni. Arghhhh rugi aku .

Jinguashi

Pemandangan di sini memang luarbiasa, macam tempat pembikinan filem pun ada jua aku rasa. Dengan keindahan gunung ganangnya, pokok pokoknya, tempat jalan kaki, tangga, dan banyak lagi la, memang luarbiasa bagi aku. Aku pon x tau nak cakap macam mana cantiknya pemandangan di sana... so lets da pix tell da story... (sorry la gamba aku x selawa pemandangan di sana hehehe...)

Jinguashi
Pemandangan dari Jinguashi

Jinguashi
Dedaun poko yang warna merah menandakan nak masuk musim bunga

Jinguashi
Tangga yang cukup buat kepala lutut tercabut

Jinguashi
Pemandangan menuju ke puncak emas

Jinguashi
Jadi kalau rasa mampu mengira anak tangga tu naik la hehehe

My bro wif Taipei gurl
My bro wif Taipei gurl

Juifen
Tempat ni macam petaling street dan nama kawasan ni Jui Fen ( dari Jinguashi ke sini makan masa 15 minit)

Yelieo
Yeliou iaitu kawasan perkampungan nelayan. Dari Jia Fen ke sini mengambil masa 40 minit

RM0.10 each
Pergh akhirnya merasa nasik jua aku hahaha.

3rd day di sana kami jalan jalan di town pula so hari ni jalan kaki saja, nak naik teksi da puas sehari naik teksi so di hari ke-3 di sana sehari berjalan kaki pula. Pasal pembangunan di sana memang sakit leher la tinggi dan besar besar bangunan mereka, struktur jalan raya pun luas tapi terlalu banyak trafik light, walaupun banyak trafik light sepanjang aku berada di sana, tiada pula rasa jem dia hehehe. Kalau cakap fly over... 6 tingkat sudah lo huhuhuhu jauh kehadapan tol la mereka ni.

Here da pix di hari ke-3 sewaktu berada di sana....

Transportion
Tetap menjadi pengangkutan utama

For Rent
Boleh sewa basikal kalau mau hehehe

Promotion
No body bout you.. no body no body hehehe.. promosi diorang sini ada tarian wo

Taipei 101
Patah leher nak mendongak ke atas

Taipei 101
Guna wide pon x dapat cover ketinggian Taipei 101 ni. Nak detail mengenai Taipei 101 boleh la klik sini

Taipei 101 Mall
Keadaan di dalam Taipei 101

Walk
Woot... haha akhirnya aku dapat join melintasi jalan raya beramai-ramai. Beh wo...

Ink
kenangan tulisan aku dari lapangan terbang Taipei. (aku pun tak tau apa maksud ni hehehe)

So aku rasa itu saja la yang aku larat untuk menaip perjalanan percutian aku sepanjang di Taiwan, Taipei.