Wednesday, April 16, 2014

Exabytes Network Hosting yang di percayai

Exabytes

Di percayai dari segi macam mana? aku sebagai webmaster bagi tempat aku bekerja telah meletakkan webhosting, domain serta email kami di bawah jagaan exabytes network ini sejak 2012.

Dari pakej GoldBiz akhirnya berpindah kepada Bizz pakej yang mana kami memerlukan ruangan yang besar untuk eMail kakitangan yang seramai 92 orang pada waktu itu.


Kemasukkan aku di SEDCO pada 2012.  Aku mendapat tahu yang SEDCO telah membeli domain  www.sedco.com.my tapi sayangnya domain ini tidak di gunakan dan tidak di aktifkan buat masa itu menyebabkan website SEDCO menumpang domain daripada sabah.gov.my yang menjadikan URL pada waktu itu www.sabah.gov.my/sedco.

Dengan perpindahan domain dari KKIP ke Exabytes Network akhirnya domain www.sedco.com.my berjaya di bangunkan. 

Apa yang menarik selama aku menggunakan perkhidmatan dari pada Exabytes Network ini ialah mereka akan melayan anda dalam bahasa english, tapi maklumlah english aku bukannya lancar sangat dan aku akan berbahasa melayu dengan mereka dan pada waktu itu mereka yang berusaha bercakap dalam bahasa melayu sedangkan mereka tidak fasih sangat berbahasa melayu. Dan lagi best perkhidamatan 24H boleh hubungi sekiranya anda mengalami masalah dari segi web down, email down dan apa-apa lagi yang break down.

Apapun untuk pengetahuan anda, sekiranya anda berminat untuk mencuba perkhidmatan mereka, anda boleh mencuba 3 bulan secara percuma untuk Dedicated Server. So tunggu apa lagi rebutlah peluang percuma ini untuk mencuba membangunkan web , email, domain anda secara percuma untuk menilai sendiri kelancaran menggunakan perkhidmatan Exabytes Network ini. Untuk mencuba perkhidmatan ini anda boleh terus klik Exabytes Network Sdn Bhd ataupun KLIK SINI

Exabytes

1 comment: