Monday, January 26, 2009

Infra Red

Hari ni outting di Muzium Negeri Sabah. Lama sudah aku tak pergi muzium ni mungkin aku rasa last aku ke muzium ni sejak tingkatan 2. Banyak perubahan yang dapat dilihat di muzium ni. Tapi aku x masuklah dalam bangunan muzium tu sebab "no camera allowed" jadi aku turun bawah saja lo. Tema kali ni mengenai Infra Red (IR)iaitu pembiasan cahaya yang x dapat dilihat oleh mata kasar kita. Sebenarnya nak shot gambar menggunakan infra red ni agak cerewet sikit apa tidaknya "white balance" kena guna costume so kena shot 3 kali "Green" "Blue" "White" baru boleh menghasilkan effect "IR" yang cantik apabila menggunakan lens jenis infra red. Memandangkan aku tak ada lensa "IR" so terpaksa guna photoshop untuk menghasilkan "IR" walaupun hasilnya tidak setanding menggunakan lensa "IR" tapi cukup memuaskan hati ku dan untuk melepaskan gian untuk melihat hasil "IR".

Saturday, January 24, 2009

Relaxing with nature

Betulkah ayat english aku tu? maklumlah lemah banyak english ni. Tapi untuk memajukan diri hentam sajalah bubuh ayat english. Bak kata pepatah "satu dua tiga is one two three" ya gitu hahaha. Hari ni aku outting sekali lagi ke Hutan Peliharaan yang ditemani oleh rakan-rakan aku yang kaki jalan juga iaitu Nooren n Norliza, AK hari ni pergi Tenom sebab abangnya bertunang dan member aku seorang lagi Norman ada kelas part-time kat UMS, member aku norman ni da lama x lepas gian nak pergi outting tapi selalu x ngam masa, bila saja habis kelas hujan pun turun siap hantar sms lagi "ku sangkakan cerah hingga ke petang rupanya hujan ditengahhari" itulah sms pujangga yg di hantar oleh norman yg x dapat lepaskan giannya untuk outting yg sepatutnya petang tu kami terus buat outting di muzium. Kesiankan NIKON nya lama x kena guna hahaha. Kesian NIKON nya aku lagi kesian basah kuyup kena hujan, nasib baik ada bawa "plastik sayur" untuk simpan kamera aku kalau x memang meraung aku dibuatnya. Outting kali ni aku macam banyak tangkap gambar semut, sebenarnya aku nak cari memacam species lelaba tapi x jumpa asik asik jumpa semut saja jadi dari x tangkap apa baik aku tangkap gambar semut.

Tuesday, January 20, 2009

Hutan Peliharaan

Hari ni aku pergi "Hutan Peliharaan" yang terletak berdekatan Lok Kawi. Perjalanan pergi sana 20 minit dari rumah aku, maklumlah aku tak tahu tempat tu ada dua jalan untuk kekawasan tu so aku ikut jalan dari putatan terasa jauh la, tapi time balik aku salah jalan (sesat), gara² sesat ni la aku tembus ke donggongon, penampang yang mana jalan ni lebih dekat berbanding ikut jalan putatan. So next time aku rasa aku akan menggunakan jalan donggongon. Masuk ke kawasan hutan peliharaan ni dikenakan bayaran RM10 untuk dewasa dan rm5 untuk remaja dan percuma untuk org kurang upaya. Pertunjukkan haiwan akan di ada kan pada 11½ pada sebelah pagi dan 3½ untuk sebelah petang. 1st time aku dengar bunyi harimau mengaum depan mata dan direct ketelinga aku hahaha laju jantung terus tiap kali dia mengaum. Sure aku akan pergi lagi ketempat ni bila aku beli (GEAR) baru untuk kamera aku hihihi. Best shot untuk hari ni.

Lokasi : Hutan Peliharaan, Lok Kawi

Thursday, January 8, 2009

Cuti, sakit perut.


Kira nak derma darah hari ni kat office sekali tengok aku cuti kecemasan HUH! KECEMASAN? aku ambik cuti kecemasan sebab .... apa tidak pergh sakit perut aku hari ni, malam tidur x lena asik pergi ke tandas saja. Jam 11½ lebih kurang gitu baru ok sikit perut aku. Kalau nak duduk rumah confirm sakit balik perut aku, apa lagi seperti biasa jalan pergi Taman Tun Fuad untuk tangkap gambar.

Tidak lama tangkap gambar sebab hari nak hujan, lagipun aku nak pergi potong rambut hari ni, ramai rakan kat office da tegur rambut panjang. Aku pun rimas juga rambut panjang ni, tapi malas punya pasal la ni sampai rambut tu jadi panjang. So hari ni my best shoot Ulat Bulu keturunan apa aku pun x tau. (rugi x ada peluang shoot dia banyak kali, sebab laju betul dia berjalan)

Monday, January 5, 2009

Kiss Da` Rain

Langkah kiri mungkin aku hari ni bila bangun dari tidur nak pergi tandas. Apa tidaknya komputer aku meragam, habis semua file aku hilang terutamanya gamba gamba aku :( sedih bangat eh!! Hari pun hujan kira nak pergi outting pergi Taman Tun Fuad nak pi tangkap gamba tapi memandangkan hujan so x jadilah aku jalan hari ni. Terpaksalah aku tangkap gamba belakang rumah dan tangkap air hujan. Inilah hasilnya yang aku perolehi walaupun hujan tetap memberi rahmat dan kepuasan buat ku untuk tangkap gamba. KISS Da` Rain

Thursday, January 1, 2009

Macro with Tamron SP 90mm

Pergh, penat juga aku tangkap gambar menggunakan macro ni, apa tidaknya berdiri, tertonggeng, pasang kuda², mendongak dan macam² lagi la gaya di buat untuk mendapatkan hasil yang memuaskan walaupun x berapa memuaskan tapi cukup puas hati jugalah dengan hasil yg diperolehi.

Salah satu gambar yang di shoot ni ha laba² jenis apa pun aku x tau. Siap tahan nafas lagi nak shoot ni. Bagi aku mencabar dan kena banyak bersabar nak tangkap serangga² kecil ni. Apa tidaknya silap hari syok² nak shoot saja serangga tu terus lari x ke frust tu.

Location: Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu