Tuesday, April 28, 2009

Buat kesalahan? - Not too fast...

Buat kesalahan? - Not too fast... delete your digital photography mistakes. Dulu aku pun macam tu, tak cantik saja terus delete, nampak buruk saja terus delete, x mengikut citarasa aku.. terus delete dengan kata lain x perfect saja terus DELETE. Nak yang cantik saja baru disimpan di memori kamera, kot kot kawan tengok hasil kamera kita x lah malu sebab gambar yang x cantik sudah dipadam terlebih dahulu (buruk punya org hehehe....) .Tapi pabila aku terbaca penulisan melalui laman web kegemaran aku pasal fotografi dari Digital Photography School dengan tajuk Don't Delete Your Digital Photography Mistakes Too Quickly ia secara tidak langsung telah membuang tabiat lama aku dari yang suka padam gambar yang aku rasa x menarik hingga suka mengumpul semua hasil penangkapan yang dibuat sama ada menarik atau tidak. Tapi jangan lupa, kenalah buat folder best shoot for today dan folder untuk menyimpan semua gambar mengikut tema, tarikh ataupun mengikut citarasa kita sendiri.

Apa pon situasi ini akan berubah apabila capaian memori kad kita nak hampir penuh so, perlulah kita padam. Tapi kalau masih banyak space janganlah padam gambar-gambar yang sudah diambil. Kerna apa yang kita nampak di LCD sebesar 2-3 inc tu tidak sama apabila kita lihat di monitor komputer kita yang sebesar 15 - puluh² inci tu. Dari sini kita akan nampak, yang cantik di LCD x semestinya cantik di monitor dan juga sebaliknya.

Selain itu banyak kita pelajari apabila kita melihat kesilapan dari gambar-gambar 'rosak' yang telah kita ambil. Adakalanya boleh membuatkan kita tertawa sendirian dan adakalahnya gambar-gambar tersebut memberikan makna yang lain dari yang lain.

Bagi aku banyak gambar-gambar 'rosak' yang telah di ambil aku jadikan sebagai panduan untuk hari selanjutnya, aku jadikan sebagai koleksi texture, background, manipulsi dan macam-macam lagi dalam photoshop. Dan ini sebagai contoh bagi aku gambar 'rosak' yang telah aku ubah menjadi Miniature. Apa benda pula miniature ni? tunggu di edisi akan datang kalau aku rajin nak tulis pasal miniature ni kekekeke...
Taken from SEDCO


Lokasi : Kg. Kopungit, Kota Kinabalu

Sunday, April 26, 2009

Pelancong yang keliru

Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas di depannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?" Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah" Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'. Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul. Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya.

"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?" Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar" Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'. Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul. Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya

"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?" Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul." Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi..

"Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawapannya 'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawapannya 'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"

"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu...

"Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana ya?" tanya Pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah""

Thursday, April 23, 2009

Ice Lemon Tea

Cakap saja ice lemon tea... pergh minuman peberet aku tu hahaha.... inilah air yang menyejukkan badan aku selepas outting bersama member² aku di kg. kopungit yang terletak dekat sekolah maktab sabah. Dulu aku fikir kopungit ni luar kawasan Kota Kinabalu, rupa-rupanya andu ba dakat saja ngan sikul lama sia dulu di st.zack. hahaha biri-biri tol.

Outting kali ni kami buat di kg. Kopungit, perancangan yang secara tiba-tiba dan perancangan yang last minit bertukar lokasi dari signal-hill ke kg. kopungit. Semua idea ini diilhamkan oleh member aku AK, lagipun keadaan cuaca waktu tu x berapa menarik, pasal tu la aku rasa kami tukar tempat. Apa pon thanks to you bro sebab bawa aku ketempat ni, dan aku rasa rakan-rakan yang lain pon rasa seperti apa yang aku rasa.

Sampai sana saja aku mati kutu x tau nak shot apa walaupon landscape dari sana cantik tapi aku tak ada idea nak shot apa pada waktu itu.


Memandangkan aku mati kutu waktu itu, ini la gambar yang pertama sekali aku shot mengabungkan tiga gambar dan membentuk satu gambar panorama fotografi bandar Kota Kinabalu. Waktu itu aku cukup gembira sebab kelihatan matahari yang terang menyinari bandar Kota Kinabalu, tapi sinarannya tidak lama disebabkan awan tebal di ufuk timur. Apa pon aku tak boleh jadikan itu sebagai alasan untuk aku mendalami dunia fotografi ini.

Banyak-banyak gamba aku suka gamba dari rakan aku Maya dan Brenda, yang lain tu jangan kecik ati ah hahahaha... tapi memang aku suka tengok gamba Maya, cepat betul ko mahir ngan kamera ko tu Maya well done respek + tabik spring kat ko. N Brenda pergh memang luar dari minda aku kreativiti ko shot gamba tu, canteq bangat deh... mau berguru aku sama ko ni, suka aku tengok kreativiti yg ko buat.

This is our group photo hehehe.. berabis juga mau buat group photo ni mau 5 kali ka percubaan group photo ni hahaha... apa pon korang memang beh la.. sporting abis ni hahaha.. apa pon member aku Norman join kali ni, dia yang duduk sebelah aku baju hitam tu, dia la yang bernama Norman. Thanks bro for join us this time. Tapi yang peliknya dalam 5 shoot tu pose Maya semua sama dalam kelima-lima gamba tu hahaha... mesti nak tunjuk dia punya beg mahal kalik tu kan maya.

Behind the scene hahaha mungkin ayat ni yang paling sesuai sebelum kami balik. Kami ingin bermain lightning yang memang hancur habis waktu itu hahaha apa pon model kami macam biasalah si Nooren memang sporting abis ni, hahah respek + tabik spring jua kat ko hahaha..

kepada rakan-rakan yang keluar outing kali ni AK, Norman, Liza, Nooren, Maya n Brenda thanks for your guys time.

....korang memang beh............

where is our next destination? hahaha....

Lokasi : Kg. Kopungit, Kota Kinabalu, Sabah.

Monday, April 20, 2009

Erti Kehidupan

Apa sebenarnya erti kehidupan? bagiku ianya sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan, tidak pernah ada kesudahan tiap waktu dan saat ada saja pembaharuan yang datang tanpa kita undang dan sedari akan kewujudannya. Baikkah aku? Jahatkah aku? hanya kita saja yang tahu akan diri kita, orang diluar sana bermain seperti silang-kata untuk mencari jawapan yang pasti, siapakah diri kita. Kita insan yang bernyawa memainkan peranan dalam sandiwara dunia. Pabila masalah datang menduga kepada keimanan insan yang bergelar manusia, adakah tabah... ataupun terus hanyut oleh arus dunia fana.

Teringat aku pada buku-buku ataupun penulisan-penulisan yang pernah ku baca mengenai sebuah sajak yang berbunyi

"tiadalah kematian itu melainkan hanyalah perpindahan dari kampung yang fana menuju ke kampung kekal abadi"

Memahami akan hakikat inilah, Rasullah SAW telah berpesan kepada kita seperti yang diceritakan oleh Abdullah bin Umar r.a :

"Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda - hiduplah kamu di dunia ini seolah-olah kamu perantau atau seorang musafir lalu."

Ibn Umar juga pernah berkata :

"apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu waktunya pagi dan pabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu waktunya petang. ambillah peluang kesihatannmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu." (Riwayat Al-Bukhari).

Wednesday, April 15, 2009

Life is fun


Emmm... nak mulakan dari mana ya hahaha.. bukannya apa bila lihat gambar ni aku pun tak tau nak cakap macam mana sebab aku puas hati dengan hasil usaha aku sendiri dari pengubahsuaian filter yang dicipta sendiri dan bila dapat keputusannya begini... aku pun tak tau nak cakap apa, yang aku tau aku puas hati hehehe... biarpun masih ada sedikit kelemahan akan aku cuba perbaikinya...

selepas itu aku pun bermain² kamera aku didalam bilik tido aku, nama teknik ni aku pun tak tau tapi ada yang menyebutnya sebagai "light grifitti" so aku pun panggillah teknik ni sebagai light grfitti, kalau salah tolong betulkan ya. but tis time aku buka la filter aku tu nanti ada reflect ataupun di sebut dalam bahasa photog ni sebagai ghost. teknik light grifitti ni mudah saja, yang penting sekali kreativiti dan imiginasi kita sendiri untuk menghasilkan kreativiti atau pun arts yang ingin kita persembahkan dengan menggunakan setting kamera mode 'M' (manual), 'MF' (manual focus), 'TV' shutter speed 10 sec - bulb mengikut citarasa kita sendiri & paling penting tripod untuk letak kamera kita serta lampu ataupun benda-benda yang mengeluarkan cahaya sebagai pen kita untuk menghasilkan kreativiti dan arts yang sudah lama terpendam tu hehehe.

Gamba di atas tu ialah percubaan pertama aku, sebenarnya aku nak lukis Stitch tapi tak reti sangat sebab aku ni bukanlah seorang pelukis hehehe. maka jadilah gamba ni ala² apa pon aku tak tau nak namakannya. Sebelah ni pula aku nak lukis muka katun tapi seperti aku katakan tadi aku bukannya seorang pelukis maka itu la hasilnya hehehe... inilah bila tiada benda nak dibuat ada² saja nak di teroka pasal kamera tu. kalau bagi dia duduk terperap dalam drybox aku saja kesian aku nengok.


Dan ini la lukisan aku terakhir... ada muka dia serupa macam smilie yang say bye-bye ka? hahaha.. kalau aku nak ulang ayat aku takut jemu pula, tapi biarlah hahaha memang aku tiada gaya seorang pelukis....

Sunday, April 12, 2009

Canon Rules

Perancang nak ke Gunung Emas akhirnya tercapai juga dan lebih seronoknya ada pendatang baru dalam group outing kami kali ini dengan kehadiran rakan kerja aku yang boleh dikatakan gila² juga orangnya tapi lawo wo..... iaitu Maya dan Brenda. Mereka berdua ni baru jua beli kamera DSLR ni iaitu model Canon EOS 450D (apa pon aku tak racun diorang untuk beli DSLR ni ah jangan pepandai menuduh aku racun diorang hahahaha...) cuma sedihnya member aku Norman x ikut sama kali ni sebab dia ada assigment yang perlu dibuat katanya (maklum la budak U tu) semoga ko success di Kuala Penyu tu bro.

Apapon aku kenalkanlah rakan² aku yang pergi outing pada kali ini. Yang paling atas sebelah kiri berbaju merah tu namanya AK (dialah paling macho dalam group aku, seterusnya Brenda ini pun berbaju merah dengan wind breaker cop ADIDAS (macam brutalist jua aku tengok dia time outing tu apa tidaknya sifat kewanitaannya jangan cakaplah memang hancur hahahaha...), dan sebelahnya tu Maya and i thinks she is Brenda bestfriend (apa yang aku kenal Maya selama aku kerja sama dia, dia ni seorang yang giat aktiflah katakan tapi terkejut jua aku bila kena cerita time 2nd group pergi ke OBS (outward bond school) yang dia ni pon pandai shuffle bila di gigit pacat hahahaha...kamben biri² tol ingatkan macho hahaha...). Di barisan tengah tu pula awek yang bertudung tu namanya Liza pergh kontrol ayu siot hahaha (paling lambat? memang dialah orangnya jalan di mana saja memang dialah orang paling last) sebelah Liza tu pula Nooren, awek ni dalam proses dilamun cinta mungkin aku pun tak pasti asik menghayal jak sepanjang outing hari tu hahahaha... ( apa pon nooren panjang jua lens tu di leher x boleh bagi pendek ka? hahahaha....) dan akhir sekali yang duduk tu akulah sepa lagi yang kerdil lagi hina huhuhuhu...

Gunung Emas konon... hahaha.. gunung emasnya sudah bankrup so kami pun pergi ke Taman Alap (alap bana te.. hahaha) tapi kami singgah sekejap saja sebab mengikut penduduk disana Taman tu tinggi di atas bukit dan kereta kami diorang x rekemankan untuk naik bahaya. nak jalan kaki 2km towww.. nak tercabut kepala lutut nanti jadinya hahaha. So kami pun buat keputusan pergi ke Taman Reflesia yang mana hanya buka pada jam 10am 12pm dan 2pm yang mana hanya dibenarkan masuk selama 2 jam saja.

Da aku kata Brenda memang brutalis la tengok saja aksinya tu ganeh-ganeh hahahaha... Brenda apa pon ko ajar aku skill kuda² maut tu ah ganeh towww memang serangga tu keras tengok ko sudah pasang kuda-kuda hahahaha... tapi ada 1 benda aku suka pasal awek ni huhuhu iaitu kreativiti dia jangan cakaplah, Thumbs Up!!! so tak hairanlah kalau gaya dia tu ala-ala kung-pow ka, hikmat ula mengelungsur ka, kuda-kuda maut ka yang penting gambanya memang menghasilkan kreativitinya tersendiri.

Pada Maya i want to say sorry sebab aku tak tau yang ko jenis landscape punya org. Tapi apa pon aku tengok berabis juga ko tangkap gambar waktu didalam hutan ni, dari macronya hingga ke candidnya semua ko sapu hahaha.. good job and good start for new commer. Cuma 1 perangai pelik aku tengok apabila si Maya berada dihutan ni dia macam kontrol ayu pula hahaha bukan macam biasa yang aku kenal maybe sejak dia ada DSLR mungkin she wanna look feminin hahaha... jambu wo gamba ko yang belah siring tu hahaha... ataupon kalik dia sudah nak ke jinjang pelamin hahaha kalau da nak ke jinjang pelamin tu jangan lupa jemput aku sekali.

Time di sini tanpa dilantik AK boleh jadi navigator pula hahaha dialah yang tunjuk-tunjukkan jalan kami didalam hutan tu, tapi biasalah kalau orang macho memang semulajadi perangai akan jadi macam tu tanpa dilantik akan melantik dirinya sendiri hahaha apa pon tanpa ko bro memang x masuk kita didalam hutan tu.. dan apa yang paling beh jam 7 malam dia boleh call aku, "fiq aku kena gigit pacat ah, berdarah kaki aku, masuk kedalam ka pacat tu?" hahahah gelak jua aku dengar masalahnya tu. Apa pon jangan ko risau bro memang sihat ko tu bila da kena gigit pacat. Kan pacat tu salah satu sistem perubatan masa kini yang kian popular hehehe.
Time ni da kena call untuk keluar dari hutan sebab tempoh 2 jam sudah tamat but actually kami cuma 1 jam saja sebab kami masuk dekat jam 1 sudah. Lagi pun nasiblah kena call suruh keluar sebab hari pun da hujan, time hujan ni pun masih semangat lagi 2 orang awek tu nak bermacro. Cayalah memang semangat betul diorang tu. Tak perasan pula rupanya group baju merah ni selalu jalan bersekolompok hahaha ok la tu ada ONG. hahaha...Ais Lemon Tea + Soto Ayam + Maggie Kari + Telur pergh layan sungguh aku makan time perutt tengah lapar ni. Rasa panas memang tak ada sebab kawasan Tambunan ni memang sejuk, lebih-lebih hujan hohoho memang layan makan panas-panas lebih-lebih lagi maggienya tu pergh sampai kering supnya dihirup hahaha. Apa pon thanks to Maya kerana belanja kita orang hahaha kalau aku tau ko belanja memang aku nak angkat 1 soto daging lagi hahaha. Dan akhir sekali aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan² yang keluar outing kali ni. Thanks to Maya belanja makan hehehe, thanks to Liza tumpangkan aku dengan Ak dan Nooren, thanks to Brenda, Maya, Nooren, Liza and Ak for your time. Korang memang beh....... dan lagi beh semua guna kamera Canon pelbagai keluaran hahaha...

lokasi : Taman Reflesia, Tambunan

Wednesday, April 8, 2009

Inspiration


Hari ni aku pi outting berdua saja dengan kawan aku AK. Aku pun terkejut tetiba dia call time kerja ajak pi outting, nasib baik aku ada bawa kamera hari ni. macam dia tau saja aku ada bawa kamera hehehe.

Tempat kerja aku, huhuhhu.. aku x der semangat nak buat kerja dan touch-up website apa tidaknya time meeting tempoh hari banyak tong cang tong cang cakap itu ini itu ini tone itu ini gamba itu ini, but bila nak minta laporan yang bertulis tak ada pon kena bagi apa yang dikatakan time meeting tempoh hari, semua just komplain isi kandungan. If like dat aku takkan ubah la design tersebut.

Apa pon thanks to AK bawa aku pi shoot shoot gamba, ada juga kurang tekanan aku hehehe. Maybe da place give me ....

Inspirasi…
Kadang hadir,
Kadang mati

Hingga tak s’lalu dapat ku menulis puisi

Inspirasi…
Tentang hati,
tentang cinta sejati

Biasanya hadir saat ku lagi sepi dan sendiri

Inspirasi…
Teman hati,
Lalui hari

Saat habiskan waktu menunggumu kembali

Lokasi : Sutera Harbour

Sunday, April 5, 2009

Water Drop

Selesai sudah pemilihan MAKSAK untuk fasa ke-2 dan bermaksud aku layak untuk masuk pusingan akhir untuk pemilihan MAKSAK yang akan diadakan pada 11/04/09 ini. Gara² lama x berlatih bowling aku rasa bahu aku hampir terlepas sewaktu pemilihan fasa ke-2 nasib baiklah keadaan darurat aku di saat-saat akhir permainan, kalau tidak konfirm aku tarik diri hehehe.

Kira 2 minggu sudah aku tak keluar outting huhuhu kesian kamera aku, kira tadi selepas permilihan fasa 2 aku nak pergi shot gambar Masjid Bandaraya yang tersegam indah ,tapi belum sampai masanya mungkin sebab hari ni hujan hingga ke petang so terpaksa aku batalkan niat aku. Aku da lama nak shot gamba masjid tersebut tetapi ada saja yang tak mengizinkan. Apapun aku tetap bersabar kerana akan sampai jua waktunya nanti.

Kesian aku nengok kamera aku dia diam² dalam drybox, so aku godek² la kamera aku dan mendapat idea untuk shot water drop ini. Aku ingatkan senang nak shot rupanya berpeluh² jua aku shot gamba water drop ni yang bertempat di bilik mandi dengan peralatan 1 besen merah, lampu merah (da modify) dan 1 kerusi yang jadi penyandang sportlight merah, dan apa lagi kamera serta speedlite aku la maka terhasil la waterdrop aku umpama lautan merah hahaha.