Monday, August 31, 2009

Sunrise at Mengkabong

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! selamat hari merdeka kepada semua rakyat malaysia yang kaya dengan budaya serta adat resam. Hari kemerdekaan negara Malaysia yang ke-52 pada tahun ini jatuh pada bulan puasa, semoga ianya memberi rahmat kepada negara kita yang tercinta.

Aku tak duga di pagi merdeka ini, rakan² aku yang lain semangat mau tangkap gambar sunrise... gilo gaban hahaha.. semangat kemerdekaan dan tangkap gamba jua diorang. So here some pix yang dapat aku share time kami outing di Mengkabong, Sabah ....enjoy da pix...

Sampai saja terus tembak hahaha..
kasi warm-up dulu kamera aku tu...
time ni mataharinya belum kelihatan lagi baru auranya saja

Behind da scense
Ingatkan kami saja, sekali tengok ada jua photog lain di sini.
meriah-meriah hahaha...

Time ni matahari tu nak timbul sudah aku rasa..
langit makin cerah dan auranya makin terserlah

Subhan'Allah
seumur hidup aku ini la 1s time tembak sunrise.
Tak terkata keindahan ciptaan-Nya

Sunrise at Mengkabong (after glow)
i'll be back untuk tangkap kali ke-2 hehehe. I will...

Terima kasih bebanyak kepada Maya, Dinah, Liza & Nooren kerna buat outing ni dengan jayanya walaupun semua muka baru bangun tido hahaha... Korang memang BEH!!!

Sunday, August 30, 2009

Miracles Of Nature

Finally my macro is back hehehe... sekian lama mengidam mau nangkap macro akhirnya minggu ni menjadi kenyataan aku menangkap macro. Sudahlah kempunan minggu sebelumnya di Mahua kali ni aku lepas gian aku di Nexus Garden, Karambunai - Sabah.

Kalau biasa sebut saja macro, memang di kepala aku mau tembak spider saja lebih-lebih lagi Jumping Spider, but dis time apa saja aku tembak.. apa tidaknya da lama x macro hehehe. So here some pix yang boleh aku share, enjoy da pix....

Waterlily v2
Sama seperti tempat dulu aku tembak waterlily.

Tent Caterpillar
Sama tempat time aku tangkap ladybird

Whisper to the living
Seperti aku katakan, semua benda aku macro hahaha

Sibianor Aurocinctus
This species was known as Bianor aurocinctus until 2001

Akhirnya ada jua aku jumpa jumping spider kali ni jenis Sibianor Aurocinctus . But dis time hanya aku sama Liza saja keluar outing. Beh jua outing time posa ni, meningkatkan kesabaran nembak macro hehehe. Thanks Liza so much.Ko memang Beh!!!

Friday, August 28, 2009

Timelapse



Ni la video yg aku buat sempena pertindangan ICT 2009 kat tempat aku kerja. First time aku buat keja timelapse ni. Enjoy da video :)

Sunday, August 23, 2009

Breathtaking

Dis week teda outing maklum la da start bulan puasa, so aku pun nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam yang ada di muka bumi ini.

Seperti biasalah aku tak boleh biarkan kamera aku duduk diam kat dalam Dry-Box tu hehehe kesian aku nengok dia, enjin Shutter dia krem nanti kalau lama x ditekan hehehe... apa pon gurau saja mana la dia pandai krem kalau lama x ditekan, cuma aku saja x boleh nengok kamera aku tu duduk diam kat dalam Dry-Box tu hehehe.

Jadi aku pon ambil gamba la kawasan rumah (dalam bilik & luar bilik) aku sempena cuti hujung minggu ni. Seperti tajuknya Breathtaking kebanyakan gamba aku ambek membuatkan aku semput sebabnya menahan nafas lebih-lebih lagi la time posa ni pergh ..hehehe.. so here da pix yang boleh di share...

The Hawk Eye
Sebenarnya gambar ini adalah hasil dari asap ubat nyamuk,
pedih jua mata aku time tangkap gamba ni hehehe dan cara setupnya :-
- 2 speedlight kiri & kanan - transpaper + purple cover -softbox yang aku reka sendiri
aku bagi tajuk sebegitu sebab aku nengok bentuk asap tu macam
ada mata² hawk gitu hehehe....

Tears Of Life
Gamba ni aku ambek di belakang rumah aku.
Time ni aku guna diffuser yang baru aku ubahsuai sikit.
Why black & white?
orang kata gamba black & white
tu nampak lebih seksi hehehe...
(org kata bukan aku kata)
Settingnya :-
* macro lens * diffuser

Dan ini gamba terakhir aku ambek pada minggu ni dan saat ini la, kalau lepas ni aku x tau lagi hehehe.....

Titisan air hehehe.. ini time dia nak kumpul tenaga hehehe

Ini pula dia nak menitiskan air sudah..

Breathtaking
Inilah gamba yang betul mencabar sekali aku tangkap.
Banyak betul aku tembak titisan air ni, tapi akhirnya
aku berjaya juga menangkap detik dia menjadi titisan air
yang penuh hehehe...

Akhir sekali...Find patience in the breath of life.



Sunday, August 16, 2009

Mahua Waterfall - Tambunan

Dis week kami outing di Mahua waterfall yang terletak di Tambunan. Erti kata lain no portrait for dis week.

Aku da tak sabar nak shot macro ni bila outing di hutan ni, sekali tengok, susah jua aku jumpa insect² @ bug² di sana.. "aku ku chi wa........" huhuhu... but i wanna share the Mahua waterfall punya landscape ketika kami berada di sana....

On da way pergi ke destinasi yang di tuju. Kesegaran udara dan kedinginan suasana amat dirasai di kawasan ini. Semua laju bangat jalan, ni mesti kes x sabar nak sampai ke air terjun tu.
Dalam gamba ni si Dinah la paling depan dan paling laju jalan, dan aku rasa dia jua yang paling x sabar nak sampai ke tempat air terjun tu. Sebab dari last week dia asik cerita pasal air terjun saja, jadi bila da sampai tempat ni memang turbo terus jalan dia hahaha.


"Berhati-hati jalan licin", memang licin jua tangga ni, sudahlah licin batang kayu (tangga) tu pun kecik saja, so kalau terlicin memang kompom termasuk terus kaki tu di cela-cela anak tangga tu. So baik pakai selipar ASADI seperti iklan yang aku selalu dengar di radio, yg mana selipar ni x licin walaupun berjalan di tempat yang licin hehehe.. apa pon aku x tau betul ka tidak iklan tu sebab aku x ada selipar tu dan time ni aku pakai kasut jua. So kasut aku memang x licin la walau berjalan di mana pon (kasut 6.0) hehehe jadi tiada penyesalan dan keraguan walaupun dimana jua berada hahaha....

Laluan selamat (Safe crossing) muatan hanya untuk 15 orang untuk sekali jalan, itu la arahan yang tertera di gamba tersebut.

Sebenarnya tujuan jambatan tu dibina sebab ada 2 jalan untuk ke airterjun tu, satu ikut jalan kiri (jalan x selamat) dan satu lagi ikut jalan kanan (jalan selamat) iaitu yang melalui jambatan ni la.

Apa pon kalau kita was² kita digalakkan menggunakan jalan kanan kalau kita bertemu dua pembahagi jalan iaitu kiri/kanan. Itula petua yang diperingatkan oleh aku sewaktu tika dulu. Tapi time ni, diorang semua ikut jalan kiri so terpaksa la diorang meredah batu² kecil dan aliran airterjuan yang sejuk dan bersih, nasib di sini tiada pacat kalau tidak kompom ada orang shuffle lagi di batu hahaha.

"Di larang menangkap ikan di kawasan ini." So sepa² yang ada niat mau menangkap ikut tu lupakan saja, tapi kepada kaki pancing boleh la memancing ikan di sini (aku sebenarnya confius sama ada betul ka signboard perkataan "tangkap" tu ada ka dia merujuk kepada pancing jua?).

Jadi erti kata lain sebelum anda memancing di kawasan ini baik anda bertanya kepada kaunter pertanyaan sebelum masuk ke kawasan airterjun ini. Agar segala masalah salah faham dapat diatasi.

And finally lets we see behind da scenes pengambaran di Mahua Waterfall-Tambunan. (Canid shoot time hehehe...)

Maya & Liza. Angle ala² komando.. pergh ganeh-ganeh..

Nooren menyiapkan senjatanya hahaha... focus tu x ingat.

Memang photog of da day la ko Dinah.

So dis is da Air Terjun Mahua- Tambunan.

Kepada Maya, Nooren, Dinah & Liza thanks untuk outing kali ni. Korang memang BEH!!!

Saturday, August 15, 2009

Saturday

Fuh... lega aku rasa semua benda selesai sudah. Apa yang paling beh sekali hari ni ialah time aku nak basuh kereta... ada pula Dragonfly landing kat antena kereta aku apa lagi aku ambek kamera aku yang memang aku da lama x tangkap gamba macro ni... apa lagi lepaskan gian tembak da Dragonfly hahaha beh beh siap senyum lagi tu dragonfly kat aku... so dis da Dragonfly yang aku tembak tu hehehe...

Orange-winged Dropwing (Trithemis kirbyi)
is a species of dragonfly in family Libellulidae.

Saturday, August 8, 2009

SEDCO Golf Challenge 2009

Hangus.... Hangit.... Terbakar.... hahaha itula jadi sama aku sempena pertandingan SEDCO Golf Challenge 2009 yang diadakan di Dalit Bay Golf and Country Club. Aku bukan sebagai pemain tapi macam besa la sebagai tukang tembak para pemain golf hehehe.. bukan tembak pakai senjata api tapi tembak pakai kamera aku hehehe...

Aku pon tak tau kenapa sejak dari tembak orang main sepaktakraw hari tu, aku macam lebih minat tangkap gamba kepada event sukan hehehe... So here some pix yang aku nak share waktu kejohanan itu berlangsung... enjoy da pix guys..

Terpaksa aku tangkap dari tepi² takut kena bola hahaha....

Fuh macam tak percaya aku nengok member aku seorang ni
betul² macam pro la sudah dia aku nengok...

Ini aku tak tau apa motifnya, ukur jarak ka,
cek arus angin ka, ambek feel ka, aku pon
tak tau la hehehe...

Tang ni aku da start berani nak shot dari depan sikit
tapi takut² tu bola kena kat aku tetap ada hehehe...

Apa pon berbanyak terima kasih kepada En. Rahim kerna memberikan kepercayaan untuk menjadi photog pada kejohanan ini.

Kepada Maya & Liza thanks datang untuk tembak² time ni hehehe, for Dinah, Dayang, Sarah & Fred korang memang ajk jadi wajib datang hahaha.. apa pon korang semua memang BEH!!!


Sunday, August 2, 2009

Kejohanan Sepaktakraw Piala Musa ke-3 Sabah, 2009

Gilo ai penat bangat aku minggu ni. Cakap outing? kompom teda outing, semua pi shot gamba kejohanan sepaktakraw hahahaha.. Siap aku ambek cuti lagi untuk shot gamba sempena berlangsungnya kejohanan tersebut yang bermula pada 29/7 - 01/8/2009 . Walaupun penat tapi aku seronok bangat deh nengok aksi-aksi dan gelagat diorang bermain pada waktu itu. Siap macam "kong pow" pon ada jua, terbang-terbang pergh beh bangat... so here some pix yang aku nak share waktu kejohanan itu berlangsung... enjoy da pix guys..

Ini adalah gamba² tukang baling bola, aku pon x tau
apa nama jawatan bagi tukang baling bola hehehe..
Baju merah tu dari PDRM, yang kuning tu dari Pelapis
Malaysia, yang biru mudah tu dari Thailand dan
yang biru tua tu dari Bukit Putra.

Yang ni aku tau, jawatan diorang ni kena
panggil "Tekong" betul ka tu? kalau
salah tolong betulkan la hehehe...

yang ni di panggil "Killer" pergh aksi ni aku paling suka
nengok.. beh saja nengok diorang terbang di udara hehehe.

and akhir sekali our group photo bersama johan iaitu
pasukan dari Thailand. Gilo gaban semua semangat
begamba ngan "made in thailand" ni. hehehe

So itu saja gamba² yang aku leh kongsi sewaktu kejohanan itu berlangsung. Kepada Norman, Nooren, Ijal, Liza, Brenda, Maya, Jontot & Ak thanks so much kerna meriakan lagi tembak menembak kita hahaha... korang memang beh!!!

Dan tak lupa jua kepada Cik Elly kerna memberikan kami peluang untuk menjadi photog pada kejohanan tersebut. Thanks so much masimaro... ko pon BEH jua hehehe...

p/s : klik gamba untuk size besar.