Showing posts with label foto. Show all posts
Showing posts with label foto. Show all posts

Monday, September 28, 2009

Sunday Outing

Sebelum apa-apa, aku ingin mengucapkan tahniah kepada bos aku dan big bos aku sempena perkahwinan diorang pada hari ini. Kepada En. Maisuri & Pn. Sarinah congratulation semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Nanti sedeh la aku ni sebab dengar² sarita, bos aku akan pindah tempat kerja adeh... tiada sudah la birthday kami kena sambut ni huhuhuhu sedeh sedeh sob sob sob....

Pagi ni aku tangkap gamba kat Gaya Street nak tembak "candid street photography" lama x layan candid jadi ubah angin sket hehehe.. but dis time cuma aku sama Nooren saja menembak di GS tu, member lain ada dengan hal memasing.

So here some pix yang aku dapat ambek time di GS tu... for more just visit my flickr..

H1N1
contoh yang baik oleh auntie ni, di mana mengutamakan keselamatan

pergh awek ni paling tinggi antara semua lelaki

So itulah antara gamba aku ambek time di GS tu, actually x la banyak aku tembak kerna masa terhad sebab nak pi nengok bos aku kawen lepas tu.

After kami nengok bos aku kawen, member aku Norman ajak outing and sekali buat untuk assigment dia la, so kami pun berkumpul la untuk temankan dia buat assigment sambil sambil kami menembak juga hehehe...

Here some pix yang aku ambek di Tg. Aru, ada frust sket la sunsetnya x kelihatan bangat ni adeh....

HDR work
bagi HDR baru la kelihatan bentuk sunsetnya kalau x
alamat x nampak apa² lo hehehe...

Group Photo

Dis time kami ada pendatang baru dalam group kami... so welcome tu JONTOT yang no.2 dari kiri tu... habeh berpeluh bangat dia tangkap gamba hahaha... biasa la 1st time kan, aku pon dulu macam tu jua berpeluh tapi aku rasa sampai sekarang pon sama jua hahahaha...

Apa pon outing kami kali ni boleh dikatakan omos complete, cuma tiada AK saja, but thanks so much to AK sebab datang jua pada hujung hujung acara, walaupon dia sibuk jadi AJK uncle dia kawen hehehe. Ko memang BEH bro gua respect sama lu.

To Liza, Jontot, Dinah (pergh semangat pakai baju raya hahaha...), Nooren, Maya (become our next model hahaha..) & Norman, thanks so much kerna turun meriahkan suasana tembak menembak hahaha.. Korang memang BEH!!!

Wednesday, September 16, 2009

Just a Drop

Just a drop by me. Tiada apa nak buat hari ni, nak pi kelua macro hujan pula.. so lepak kat rumah saja. Tangkap titisan air hujan saja la nampaknya. Apa pon i love shot macro so much.

Monday, August 31, 2009

Sunrise at Mengkabong

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! selamat hari merdeka kepada semua rakyat malaysia yang kaya dengan budaya serta adat resam. Hari kemerdekaan negara Malaysia yang ke-52 pada tahun ini jatuh pada bulan puasa, semoga ianya memberi rahmat kepada negara kita yang tercinta.

Aku tak duga di pagi merdeka ini, rakan² aku yang lain semangat mau tangkap gambar sunrise... gilo gaban hahaha.. semangat kemerdekaan dan tangkap gamba jua diorang. So here some pix yang dapat aku share time kami outing di Mengkabong, Sabah ....enjoy da pix...

Sampai saja terus tembak hahaha..
kasi warm-up dulu kamera aku tu...
time ni mataharinya belum kelihatan lagi baru auranya saja

Behind da scense
Ingatkan kami saja, sekali tengok ada jua photog lain di sini.
meriah-meriah hahaha...

Time ni matahari tu nak timbul sudah aku rasa..
langit makin cerah dan auranya makin terserlah

Subhan'Allah
seumur hidup aku ini la 1s time tembak sunrise.
Tak terkata keindahan ciptaan-Nya

Sunrise at Mengkabong (after glow)
i'll be back untuk tangkap kali ke-2 hehehe. I will...

Terima kasih bebanyak kepada Maya, Dinah, Liza & Nooren kerna buat outing ni dengan jayanya walaupun semua muka baru bangun tido hahaha... Korang memang BEH!!!

Sunday, August 30, 2009

Miracles Of Nature

Finally my macro is back hehehe... sekian lama mengidam mau nangkap macro akhirnya minggu ni menjadi kenyataan aku menangkap macro. Sudahlah kempunan minggu sebelumnya di Mahua kali ni aku lepas gian aku di Nexus Garden, Karambunai - Sabah.

Kalau biasa sebut saja macro, memang di kepala aku mau tembak spider saja lebih-lebih lagi Jumping Spider, but dis time apa saja aku tembak.. apa tidaknya da lama x macro hehehe. So here some pix yang boleh aku share, enjoy da pix....

Waterlily v2
Sama seperti tempat dulu aku tembak waterlily.

Tent Caterpillar
Sama tempat time aku tangkap ladybird

Whisper to the living
Seperti aku katakan, semua benda aku macro hahaha

Sibianor Aurocinctus
This species was known as Bianor aurocinctus until 2001

Akhirnya ada jua aku jumpa jumping spider kali ni jenis Sibianor Aurocinctus . But dis time hanya aku sama Liza saja keluar outing. Beh jua outing time posa ni, meningkatkan kesabaran nembak macro hehehe. Thanks Liza so much.Ko memang Beh!!!

Sunday, August 23, 2009

Breathtaking

Dis week teda outing maklum la da start bulan puasa, so aku pun nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam yang ada di muka bumi ini.

Seperti biasalah aku tak boleh biarkan kamera aku duduk diam kat dalam Dry-Box tu hehehe kesian aku nengok dia, enjin Shutter dia krem nanti kalau lama x ditekan hehehe... apa pon gurau saja mana la dia pandai krem kalau lama x ditekan, cuma aku saja x boleh nengok kamera aku tu duduk diam kat dalam Dry-Box tu hehehe.

Jadi aku pon ambil gamba la kawasan rumah (dalam bilik & luar bilik) aku sempena cuti hujung minggu ni. Seperti tajuknya Breathtaking kebanyakan gamba aku ambek membuatkan aku semput sebabnya menahan nafas lebih-lebih lagi la time posa ni pergh ..hehehe.. so here da pix yang boleh di share...

The Hawk Eye
Sebenarnya gambar ini adalah hasil dari asap ubat nyamuk,
pedih jua mata aku time tangkap gamba ni hehehe dan cara setupnya :-
- 2 speedlight kiri & kanan - transpaper + purple cover -softbox yang aku reka sendiri
aku bagi tajuk sebegitu sebab aku nengok bentuk asap tu macam
ada mata² hawk gitu hehehe....

Tears Of Life
Gamba ni aku ambek di belakang rumah aku.
Time ni aku guna diffuser yang baru aku ubahsuai sikit.
Why black & white?
orang kata gamba black & white
tu nampak lebih seksi hehehe...
(org kata bukan aku kata)
Settingnya :-
* macro lens * diffuser

Dan ini gamba terakhir aku ambek pada minggu ni dan saat ini la, kalau lepas ni aku x tau lagi hehehe.....

Titisan air hehehe.. ini time dia nak kumpul tenaga hehehe

Ini pula dia nak menitiskan air sudah..

Breathtaking
Inilah gamba yang betul mencabar sekali aku tangkap.
Banyak betul aku tembak titisan air ni, tapi akhirnya
aku berjaya juga menangkap detik dia menjadi titisan air
yang penuh hehehe...

Akhir sekali...Find patience in the breath of life.



Saturday, August 8, 2009

SEDCO Golf Challenge 2009

Hangus.... Hangit.... Terbakar.... hahaha itula jadi sama aku sempena pertandingan SEDCO Golf Challenge 2009 yang diadakan di Dalit Bay Golf and Country Club. Aku bukan sebagai pemain tapi macam besa la sebagai tukang tembak para pemain golf hehehe.. bukan tembak pakai senjata api tapi tembak pakai kamera aku hehehe...

Aku pon tak tau kenapa sejak dari tembak orang main sepaktakraw hari tu, aku macam lebih minat tangkap gamba kepada event sukan hehehe... So here some pix yang aku nak share waktu kejohanan itu berlangsung... enjoy da pix guys..

Terpaksa aku tangkap dari tepi² takut kena bola hahaha....

Fuh macam tak percaya aku nengok member aku seorang ni
betul² macam pro la sudah dia aku nengok...

Ini aku tak tau apa motifnya, ukur jarak ka,
cek arus angin ka, ambek feel ka, aku pon
tak tau la hehehe...

Tang ni aku da start berani nak shot dari depan sikit
tapi takut² tu bola kena kat aku tetap ada hehehe...

Apa pon berbanyak terima kasih kepada En. Rahim kerna memberikan kepercayaan untuk menjadi photog pada kejohanan ini.

Kepada Maya & Liza thanks datang untuk tembak² time ni hehehe, for Dinah, Dayang, Sarah & Fred korang memang ajk jadi wajib datang hahaha.. apa pon korang semua memang BEH!!!