Friday, October 4, 2019

Armattan Chameleon 7 Inch | Bukit Botak - FPV Cinematic


Bismillah...

Ini adalah kali pertama saya menerbangkan quadcopter bersaiz agak besar sedikit dari kebiasaannya. Biasanya saya menerbangkan 5 inch tapi kali ini 7 inch.

Armattan Chameleon yang dulunya bersaiz 5" tapi di upgrade ke 7" atas dasar untuk mencuba perbezaan menerbangkan 5" dengan 7".

Ternyata 7" lebih stabil dan mempunyai jangka hayat penerbangan lebih lama berbanding dengan 5".Am i really happy with it? Yes im really puas hati with that. My plan goin to dive the Kinabalu Mount.

Bila keadaan cuaca cukup baik saya pasti akan cuba untuk dive Kinabalu Mount. think its around 10KM ++ from the ground who know right. Hehehe neva try neva know.

Enjoy the clip.

* Dont ever try get you footage by transfer to phone and send it to computer. The quality will reduce event its 4K. Learn from my mistake. Hehe.. ENJOY.

Thursday, September 26, 2019

Wisma InnoPrise Kota Kinabalu


New firmware for my Speedybee AIO F4. Before this im just using Betaflight 3.2 but now i just give a try using new firmware that version 4.0.

Its really pretty nice and smooth before this and the tuning pretty easy.

Bila da tuning mesti da campo freestyle bila da freestyle and nampak bangunan tinggi... apa lagi sudah semestinya go DIVE... Dive... and DIVE....

Sunday, August 11, 2019

Hiking Bukit Bongol aka Bongol Hill at Kota Belud

Bismillah. 

Ini merupakan rekod peribadi saya menerbangkan alat kawalan jauh (FPV Quadcopter) sejauh 4.8km dan paling tinggi di ketinggian 6++m. DJI saya tidak pernah saya terbangkan sejauh dan setinggi ini. 

Pengalaman yang cukup luarbiasa bagi saya. I like to write and i like to see the world. But mostly sekarang saya lebih aktif di channel youtube saya. 

Tidak pernah terlitas langsung di fikiran saya untuk menaiki bukit ini menggunakan quad saya. Seperti saya katakan tadi ianya suatu pengalaman yg luarbiasa dan menakjubkan.

Enjoy da clip. Thàñk ÿôû śø mùçh 

Monday, July 8, 2019

Hiking Bukit Botak Sepanggar - Kota Kinabalu


07072019 merupakan ulangtahun aku dalam dunia FPV Drone. Ianya juga mwrupakan ulangtahun ke 7 perkahwinan ku. Dan ini merupakan pengalaman pertamaku terbang jauh dari Kebiasaan. Pada mulanya. Wrjinak-jonak menggunakan Mjx Bigs 5W dan upgrade ke DJI Mavic Air dan kini beralih arah ke platform fpv quadcopter. Cara pemanduan yg berbeza dengan hold hover drone dan manual hover. 

Apa pun platformnya pasti ada kepuasannua yanh tersendiri. Enjoy the journey my 1st long range fpv hiking Bukit Botak Sepanggar Kota Kinabalu Sabah. 

Monday, June 3, 2019

Just Cruise - FPV Freestyle


No Flip, No Roll, No Dive Just a Cruise.

Bismillah.

Kali ni saya just kasi terbang my orange quad iaitu Armattan Marmotte. Untuk test setting dan tunning yang telah di buat. Maklumlah quad orange ni saya akan buatkan sebagai quad long distance saya. Dengan ada penambahan memasuki GPS agar senang untuk kemudian hari nanti, manalah tau ada kemalangan sepanjang penerbangan ataupun hilang kawalan.

Dengan adanya GPS ini memudahkan misi pencarian ataupun RTH (return to home) sekiranya terputus kawalan radio atau pun transmisi video. 

Enjoy da fly.

Salam.

Friday, May 3, 2019

Armattan Marmotte Dive to Drain


Bismillah n Assalammualaikum.

Sudah lama tidak main freestyle di sebabkan straight 2 week main race saja ada rasa kekok sedikit bermain freestyle kembali.

Apa pun I'm happy with my new 2nd frame for freestyle keluaran Armattan iaitu Marmotte. Beza dengan my 1st frame freestyle Chameleon Ti, Marmotte ada lebih masa delay dia di udara yang memang amat sesuai untuk freestyle lover pilot. 

Apa pun hari ni baru jumpa best setting tunning for this quad dan akhirnya masuk longkang di sebabkan ranting kayu tidak kelihatan dan apa bila dekat baru ternampak kemunculan ranting kayu tersebut.

I will RIPin again this place like always. Salam

Monday, April 22, 2019

When Freestyler FPV Pilot try the track with Racing FPV Pilot


This is my first time ever join and fly my quad like a racer. Walaupun tidak la laju sangat tapi pengalaman bermain di track amat berbeza. Keterujaan racing dan keturjaan gaya bebas amat berbeza sekali.

Apa pun dua-dua platform ini mempunyai keistimewaan dan keterujaannya yang tersendiri. Dan buat aku, aku lebih kepada freestyle kerana aku suka melihat keadaan persekitaran.

Wednesday, March 20, 2019

FunFly with Tatu Funfly at Tg. Aru


When you believed that you can touch the sky, when you believed that you can fly and when you believed the god is only one... Thanks to god to created you dan memberikan alam yang indah ini untuk di nikmati walaupun hanya sementara.


Monday, March 4, 2019

Addicted to Fly


Bismillah.

Tidak di nafikan teknologi semakin maju kehadapan, sama ada kita sedar atau tidak, kita sentiasa di belakang dengan arus permodenan. Dengan ke canggihan AI pada era ini, dunia kini telah berubah peradabannya. Semoga ianya bermanfaat dan di lakukan untuk tujuan kebaikkan.

Chill out wif my DIY Quad 5' Chameleon fly around di Yayasan Sabah mercu tanda Negeri Sabah. Chill X

Friday, September 7, 2018

MJX Bugs 5W upscale 4K


Minggu lepas saya dan keluarga bercuti sambil saya ingin mencuba sejauh mana budget Drone Bugs 5w ni punya kemampuan. Memandangkan harganya yang tidak sakit jiwa sekiranya berlaku kemalangan pada drone ini, pelbagai keadaan saya cuba menggunakkan drone ini terutama faktor cuaca. 

Secara ringkasnya kelebihan drone ini :- 

Pro : Camera Quality memang superb and success upscale in 4K 
Hover : Memang bagus dengan harganya 
GPS : You can trust this bugs 5w gps 
RTH : Excellent 

Con : Tidak sesuai dalam keadaan hujan 
        : Tidak sesuai dalam keadaan angin kuat 
        : Imej kualiti dalam kabus lens macam cepat kena fogs/ berwap atau berkabut 
        : Teda filter untuk lens kamera ( jadi terpaksa diy guna tinted kereta 🤣) 
       : Tidak sesuai untuk mengambil video dalam cuaca terlalu panas terik ( video akan over xpose sebab tiada setting untuk ISO, WB & DLL) 

Overall this budget drone memang superB dan berbaloi.

Pls like, drop some comment & subscribe. I Will upload my full upscale 4k cinematic using this Bugs 5w soon. Stay tune and don't forget to subscribe. TQ 

Song: Last Dawn 
Artist: Ross Bugden Artist's channel: https://www.youtube.com/channel/UCQKG...

Wednesday, August 29, 2018

Editing with Mjx Bugs B5w Drone


Dis footage kena ambil dari my drone. Dengan sedikit ilmu dari drone kelas bawahan ni kita boleh make something yang boleh memuaskan hati kita umpama berangan angan memiliki drone yang hebat dengan "class"nya yang tersendiri.
Here some tweak from RAW Footage ke Final Result.
*Got a bit glitch yang saya x perasan dan fixkan.
Here the test range for my drone

Part 1
https://www.youtube.com/watch?v=HoLqfWNzPZc&t=7s

Part 2
https://www.youtube.com/watch?v=qPMuJSPJRHg&t=20s

* Sekiranya ada rakan-rakan nak minta tolong editing and tweak video anda, just let me know and we make it something with that.

• Licence: You’re free to use this song in any of your videos, but you must include the following in your video description (Copy & Paste): Last Summer by Ikson: http://www.soundcloud.com/ikson Music promoted by Audio Library https://youtu.be/n2oTA5JSk80 ––– • Contact the artist: https://iksonmusic.wordpress.com/ https://www.instagram.com/iksonofficial/ https://open.spotify.com/artist/0oaw4... https://twitter.com/Iksonofficial https://www.youtube.com/channel/UCyB3... https://www.patreon.com/ikson

Thursday, August 16, 2018

MJX Bugs 5W Range Test Pt. 2



Part 2 test range untuk MJX Bugs 5W.
Hari ni focus untuk distance saja, kalau pasal tinggi rasanya kawasan ni tidak sesuai di sebabkan kawasan laluan kapal terbang yg boleh merbahayakan drone aku dan juga kapal terbang tersebut, so bagi mengelakkan daripada sebarang kemungkinan yang terjadi, lebih baik just focus untuk distance saja.
Maklumlah baru penerbangan ke.2 semalam so berani terbang sejauh 530m sahaja. Hari ni da nekad nak guna max range untuk sejauh mana dia boleh terbang.
Walaubagaimanapun di sebabkan keseronokan bermain drone di kawasan ini, membuatkan lalai seketika, max distance tidak dapat di pastikan sejauh mana kemampuan penerbangan drone ni.
Lets guess sejauh mana penerbangan kali ini 😅 (nasib baik sempat sampai kedarat sebelum habis bateri kalau tidak innalillah sudah drone aku 😭🤢🤣😇)
* Angin hari ni agak kuat dari semalam banyak gegar juga drone ni kalau kena angin kuat
* Color Grade premier Pro
* All Raw footage (no stabilizer for the footage)
* Overall 4 from 5 star (beginner punya rate macam aku 🤣)
No more pt.3 for range distance. Saya rasa da cukup jauh da bagi saya jarak ini. Next projek do videography using this drone. Stay tune and pls support and like my page TQ.
https://www.facebook.com/se7enBa/


• Licence: You’re free to use this song in any of your videos, but you must include the following in your video description (Copy & Paste): Last Summer by Ikson: http://www.soundcloud.com/ikson Music promoted by Audio Library https://youtu.be/n2oTA5JSk80 ––– • Contact the artist: https://iksonmusic.wordpress.com/ https://www.instagram.com/iksonofficial/ https://open.spotify.com/artist/0oaw4... https://twitter.com/Iksonofficial https://www.youtube.com/channel/UCyB3... https://www.patreon.com/ikson

Tuesday, August 14, 2018

MJX Bugs 5W Range Test 1st Fly



Hari ni test ketinggina and jauh sebelum masuk kerja. Ketinggian saya tidak dapat test maksimum ketinggian sebab kawasan ni laluan kapal terbang so saya hadkan kepada 120m saja pada video ni, manakala jarak jauh dalam video ni 530m saya tidak berani dan x ada keberanian untuk membawa jauh dari itu di sebabkan bugs ni sudah jadi insect tidak kelihatan lagi. Apa pun saya amat berpuas hati dengan spec dan yang terdapat dalam Mjx Bugs 5w ni. Next project will do cinematic video for dis budget drone. Fill free like my page ya at https://www.facebook.com/se7enBa/

Apa pun saya akan test range distance part II nanti.

Tuesday, July 31, 2018

Rejoice with your family in the beautiful land of life




Air yang mengalir dengan siklus di kehidupan manusia, binatang dan haiwan terus berkembang sebagai pelengkap kehidupan manusia, dan lain sebagainya. Penciptaan tersebut Allah ciptakan semata-mata untuk kebaikan hidup manusia pula.

“Maka berlomba-lombalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamuberada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu” (QS Al Baqarah : 148)

Wednesday, February 28, 2018

Da kemaruk dengan "Speed Art Jersey" ni hehe

Actually dis is my 1st SpeedArt work making a jersey. Sudah lama tidak pegang photoshop. Secara jujurnya beza yang amat ketara menggunakan photoshop cs4 dengan photoshop CC. Kepada sesiapa  yang berminat dan ingin mencuba untuk menggunakan photoshop. Di galakkan menggunakan versi photoshop CC versi terkini, ianya lebih smooth dan banyak memudahkan kerja kita. Apa pun here my SpeedArt Jersey yang pertama.


Wednesday, February 21, 2018

Persediaan Squad Bowling Gemaputera Perlis 2018

Wow, soon x lama lagi nak Gemaputera. Personaly saya sendiri belum ready untuk pertandingan kali ini. Harap ada sedikit tuah untuk menjuarai kejohanan kali ini. InsyaAllah. So here our Bowling Jersey yang design inspired from Tron.



Tuesday, August 8, 2017

Mini Gemaputera : Ipoh Mali... Ipoh Ipoh Mali....

Bismillah...

Begitu lama saya tak jejakkan kaki ke Ipoh rasanya selama 15 tahun... sejak dari saya habiskan pengajian saya di sana. Banyak perubahan mengikut peredaran masa. Ya 15 tahun satu tempoh masa yang cukup lama. 

Tapi ada bangunan yang masih kekal dan ada penambahbaikan bangunan yang sedia ada.. ada yang telah di robohkan di gantikan dengan bangunan baru. Apa pon bandar Ipoh masih kekal seperti dahulu... orang-orang ipoh saja yang tau tradisi Ipoh Mali...... hehehe.....

Aku ke Ipoh kali ini di sebabkan adanya pertandingan sukan Tenpin Boling antara PKEN PKEN Negeri yang mana Ipoh, Perak menjadi tuan rumah untuk sukan Mini Gemaputera yang pertama kali di adakan di sana. Manakala Grand sukan Gemaputera InysaAllah akan di adakan di Perlis  pada bulan Mac 2018 ini merangkumi semua sukan antaranya Badminton, Golf, Futsal, Sepak Raga, Netball, Karoom dan semestinya Ten Pin Boling.

Friday, July 21, 2017

Trip Laut Dalam : Mengalun

Bismillah..

Wow punya lama saya tidak menulis blog. Tahun ni dan kali ni akan di usahakan untuk menulis kembali dan kembali dan kembali lagi.

Dengan azam baru ni, aku stick saja untuk satu blog tapi aku campurkan sudah blog² senaman, memancing dan photography aku semua sekali dalam blog ini saja. Bukan apa x boleh manage kalaul terlampau banyak blog hehe.

Sebagai intro penulisan bagi tahun 2017 ini aku ingin menulis mengenai trip memancing aku ke laut dalam yang sekian lama juga tidak beraksi lebih kurang setahun.

Trip laut dalam yang di atur pada 14-16 julai 2017 kali ini banyak dugaannya hehe sebelum perjalan hingga la sampai waktunya.

Pada mulanya trip ini penuh 10 org dengan kadar sewa kapal RM3200 dan di terajui oleh Tekong Din (Fav Tekong aku). Apakan daya seminggu sebelum perjalanan, 1 per satu rakan tarik diri sebanyak 3 org dengan sebab dan alasan yang munasaba. Mereka bukannya saja-saja nak tarik diri tapi ada komitment lain yg lebih penting yg perlu di selesaikan. Dengan baki 7 org menyebabkan trip ini hampir-hampir tidak jadi jalan, Mana tidaknya RM3700 di bahagikan dengan 7 orang, mau kopak juga poket tu... da gaji bulan 7 ni belum masuk sebab hari raya gaji awal bulan 6 so nak tunggu gaji bulan 7 selama 44 hari lama wo, kalah berpantang hehe.

But itulah orang, kawan biar ramai tapi musuh jangan di cari. Dengan bantuan rakan-rakan pancing dari pelusuk Kota Kinabalu, akhirnya dapat dia tampung 3 orang, tapi 2 hari sebelum jalan seorang lagi tarik diri dan akhirnya kami 9 orang semuanya pada trip kali ini. Kalau 9 orang tu x la sakit sangat nak membayonya hehe. 

Memandangkan cuaca tidak seberapa elok kami menuju ke Perairan Mengalun yang tidak berapa jauh dari daratan dan memancing hanya pada kedalaman 40-60meter saja. Apa pun yang menariknya perairan Mengalun ni, ikannya banyak dan tidak boleh diduga pengguninya cuma bagi orang yang macam aku ini yang tidak berapa lasak kalau berada di atas air, lagi-lagi pulau Mengalun yang perairannya tanpa henti beralun aka bergelora membuatkan aku mabuk teruk pada trip kali ini haha.

Ok lets da pic pula bercerita.. enjoy...

Dari Kiri - Johnny, George, Suzaimi, Rayner, Gemel (duduk), Brenda (duduk), Jack, Husain dan akhir sekali saya.



Yes biar pun mabuk mancing tetap mancing. Muntah muntah tu pening pening perkara biasa bagiku yang memang gemar memancing dan kurang lasak apabila berdepan dengan alunan dan tiupan angin lautan yang kuat apabila berada di pertengahan laut yang dalam. Goncangan dan goyangan ini baru sedikit jika di bandingkan di kiamat kelak. Itulah menjadi peganggan ku yang membuatkan aku tidak kisah apabila aku mabuk dan pening ketika memancing di laut dalam.
Bon kalau tengok sekilas dia ni macam Mr. Ben. Awak-awak kapal yang rajin menolong dan setia dengan tekongnya


Saudara Husain. Dengan Suno nya, Alhamdulillah 5KG woooooo.

My Bro. Dia lah banyak membantu aku ketika aku mabuk di lautan, TQ so much hehe. Bia pun tutup muka di sebabkan panas tapi aku yang wajah senyuman kepuasan dengan mendaratkan dua ekor Suno seberat 4.6Kg dan 3KG.

Saudara Suzaimi dengan Sunonya. Aku tak pasti berapa KG ni hehe.

Apapun itu saja saja gambar yang dapat di kongsi untuk kali ini. X banyak ambil gambar maklum la mabuk kan hehe. Thanks semua rakan-rakan pancing semua. Alhamdulillah  tanpa anda semua trip kali ini tidak akan berjaya. Terima kasih sekali lagi.

Wednesday, April 16, 2014

Exabytes Network Hosting yang di percayai

Exabytes

Di percayai dari segi macam mana? aku sebagai webmaster bagi tempat aku bekerja telah meletakkan webhosting, domain serta email kami di bawah jagaan exabytes network ini sejak 2012.

Dari pakej GoldBiz akhirnya berpindah kepada Bizz pakej yang mana kami memerlukan ruangan yang besar untuk eMail kakitangan yang seramai 92 orang pada waktu itu.


Kemasukkan aku di SEDCO pada 2012.  Aku mendapat tahu yang SEDCO telah membeli domain  www.sedco.com.my tapi sayangnya domain ini tidak di gunakan dan tidak di aktifkan buat masa itu menyebabkan website SEDCO menumpang domain daripada sabah.gov.my yang menjadikan URL pada waktu itu www.sabah.gov.my/sedco.

Dengan perpindahan domain dari KKIP ke Exabytes Network akhirnya domain www.sedco.com.my berjaya di bangunkan. 

Apa yang menarik selama aku menggunakan perkhidmatan dari pada Exabytes Network ini ialah mereka akan melayan anda dalam bahasa english, tapi maklumlah english aku bukannya lancar sangat dan aku akan berbahasa melayu dengan mereka dan pada waktu itu mereka yang berusaha bercakap dalam bahasa melayu sedangkan mereka tidak fasih sangat berbahasa melayu. Dan lagi best perkhidamatan 24H boleh hubungi sekiranya anda mengalami masalah dari segi web down, email down dan apa-apa lagi yang break down.

Apapun untuk pengetahuan anda, sekiranya anda berminat untuk mencuba perkhidmatan mereka, anda boleh mencuba 3 bulan secara percuma untuk Dedicated Server. So tunggu apa lagi rebutlah peluang percuma ini untuk mencuba membangunkan web , email, domain anda secara percuma untuk menilai sendiri kelancaran menggunakan perkhidmatan Exabytes Network ini. Untuk mencuba perkhidmatan ini anda boleh terus klik Exabytes Network Sdn Bhd ataupun KLIK SINI

Exabytes